Ads

Masak Lemak Ikan Masin Kurau Campur Nanas, Mau Bertambah-tambah Nasi.

Masak lemak Ikan Masin campur nanas, sentiasa menjadi antara hidangan paling laku dan suka dimasak oleh orang Malaysia dari semua negeri. Dan antara ikan yang sedap dimasak begini semestinya Ikan Kurau. Kalau nak tahu bahagian mana yang paling sedap semestinya pada  bahagian tulangnya. Kalau dah mula makan, mau habis nasi seperiuk.
BAHAN-BAHAN: 
5 potong ikan masin kurau
300gm nangka muda | dibersihkan dan rebus hingga empuk
6 biji bawang merah
3cm halia
5cm kunyit hidup
15 biji cili api
500ml santan kelapa
3 batang serai
Garam secukup rasa
 CARA MEMASAK: 
1. Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup dan cili api. Ketepikan.
2. Ambil sebiji periuk, masukkan kesemua bahan kisar dan santan. Masukkan juga sedikit air, bergantung pada kepekatan yang diingini. Gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan pula ikan masin, nangka muda dan serai yang telah dititik.
4. Masak di atas api sederhana besar sambil kuah dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah, Lembut & Confirm Jadi

Resipi Chee Cheong Fun Udang Homemade paling mudah guna rice paper. Tekstur lembut, inti juicy dan sos berkilat tanpa perlu tepung khas.