Makan Makanan Sihat, Sahutlah Seruan Menteri Kesihatan

Share

Korang yang tengah bekerja dari rumah pasti ada yang tak tahan godaan melihat katil dan tilam yang empuk. Bila dah kerja kat rumah, kadang-kadang mulalah berulang alik ke dapur. Elakkan makanan tak sihat kerana ini juga juga boleh menjadi punca letih dan mengantuk.

Sambutlah saranan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba yang menyarankan agar rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan mengamalkan makanan sihat, banyak bersenam dan jangan stres semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Apa kata mulai sekarang meh lah kita  ambil lima makanan sihat ini bagi memastikan korang semua kekal bertenaga:-


1. TELUR

Bila kurang tidur dan rasa mengantuk itu tandanya, sel-sel otot akan menjadi penat. Bagi mengatasi masalah ambil asid lemak seperti EPA dan DHA dan sumber makanan seperti putih telur. Untuk mendatangkan selera, korang boleh hidangkannya bersama sayuran hijau yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan kailan yang kaya zat besi, secara tidak langsung menjauhkan korang dari anemia yang disebabkan kepenatan


2. IKAN

Ikan seperti tuna salmon dan sardin antara ikan kaya dengan kandungan protein yang tinggi akan menjadikan korang lebih bertenaga. Sementara lemak tak tepunya membantu otak lebih fokus semasa melakukan pekerjaan.


3. BUAH MANGGA

Tahu tak, bila penat dan mengantuk boleh mendorong korang mengindamkan makanan manis dan karbo. Ini adalah salah satu petanda bahawa badan kurang bahan bakar. Dibandingkan kudapan seperti coklat, aiskrim dan makanan berkalori tinggi. Sebaiknya makan mangga sebagai ganti yang baik kerana ia mempunyai kandungan  khasiat semulajadi.


.

4. KEKACANG HALANG HORMON PENYEBAB STRES:

Lemak tak tepu dalam kekacang seperti mede, dikatakan mampu menghalang hormon penyebab stres. Selain itu, kekacang tinggi lemak ini boleh membuatkan korang rasa kenyang tanpa menyebabkan peningkatan gula dalam darah.


5. OAT MEAL:

Bijirin seperti gandum dalam oatmeal mengandungi karbohidrat kompleks membantu anda rasa kenyang lebih lama dan peningkatan paras glukosa dalam darah lebih lambat berbanding nasi. Ia memang diakui antara makanan sihat yang boleh mengurangkan kolestrol.

Senang je kan, makanan ini selain membantu korang lebih produktif, ia juga tidak akan menjadikan korang gemuk, walaupun mengambil dan memakannya di waktu malam hari.

IKLAN