Hidangan nampak meriah walaupun bahannya simple dan mudah penyediaannya. Menu sesuai untuk sajian malam ni bersama keluarga. Selamat mencuba!

 

Macaroni Goreng Daging Menu Ringkas Tapi Sedap!

RESIPI MAKARONI GORENG DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 400 gram makaroni
  • 400 gram daging kisar ramly
  • 5 pcs Sosej di potong bulat
  • 2 biji bawang bawang holand didadu
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 5-6 sudu besar cili kisar blh tambah jika suka pedas
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 biji capsicum hijau,merah,kuning ..bagi meriah
  • 5-6 biji cendawan butang
  • Sayuran campuran 1 peket
  • Sedikit brokoli hijau
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Didihkan air dahulu dan rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak elak makaroni melekat

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

IKLAN

3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato,sos cili sos tiram,kiub ayam dan capsicum. Masukkan sedikit air.

4. Masukkan daging kisar,sosej,cendawan dan brokoli kacau sehingga hampir masak.

IKLAN

5. Masuk makaroni. Kacau hingga sekata.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan ..Hias ikut selera masing2..sy tabur dengan daun persly ,hirisan daun bawang, lada merah.hirisan sosej dan taburan serbuk lada hitam jika suka

 

Kongsi resipi: JJ Pau Mawar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI