Rasa Nostalgia Ramadan menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh anda ikuti sekiranya ketandusan idea untuk memasak. Dalam episod 8 kali ini Mas Idayu serta anaknya Dayini Syafiqah bersama-sama ke dapur menyiapkan juadah untuk berbuka puasa.

Lala Daun kari menjadi kegemaran Dayini. Menurut Mas Idayu, dia belajar memasak lala itu ketika makan di sebuah restoran Cina. Bila dah rasa sedap, belajar mengolahnya sendiri sampai jadi.

Pemanis mulut Sagu Melaka menjadi kegemaran Mas Idayu. Akuinya, itulah kali pertama dia memasaknya sendiri.

Lala Daun Kari & Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

LALA DAUN KARI

BAHAN-BAHAN:

2 helai daun kari

5 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah (dikisar sekali)

2 sudu serbuk kari ikan

Sedikit halba campur

Lala

1 biji bawang besar- dipotong dadu

3 inci halia

3 batang serai- dipotong

10 biji cili api

Minyak masak secukupnya

2 sudu cili kering (dikisar)

Garam + Ajinomoto -secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Masukkan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang sudah dikisar.

2.Letakkan halba campur. Tumis hingga bau wangi.

3.Masukkan cili kisar.

4.Masukkan bawang besar , cili padi, halia dan bawang putih yang sudah dipotong.

5.Masukkan serbuk kari.

6Bila dah naik minyak, letakkan garam dan ajinomoto.

7.Kemudian letakkan lala .

8.Tambahkan sedikit lagi serbuk kari.

9.Gaul sebati dan bolehlah dihidang.

Tip: nak hilangkan bau hanyir lala:

Rendam dengan air asam jawa dan letak garam kasar. Dah nak masak barulah disuci lala itu. Pastikan lala , ditos hingga kering.

Lala Daun Kari & Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

250gm biji sagu

4 cawan air

Pewarna makanan (merah dan hijau)

6 helai daun pandan

80gm gula melaka

4 sudu besar gula pasir

½ cawan air

300ml santan pekat

Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masakkan sagu. Letak daun pandan. Masak hingga sagu jadi jernih.
  2. Toskan sagu tadi dan bahagikan dua .
  3. Letak pewarna.
  4. Letakkan santan yang sudah diletakkan sedikit garam.
  5. Kemudian letakkan gula melaka.
  6. Sedia untuk dihidang.

Lala Daun Kari & Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

Lala Daun Kari & Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

Lala Daun Kari & Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

Minuman Segar, Tulen Dan Bersih Terus Dari LG PuriCare™ 

Setelah seharian berpuasa, tekak yang dahaga memang tak sabar untuk minum air sepuasnya kala berbuka.

Untunglah ada LG PuriCare™; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD  yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) yang membekalkan air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.

Jadi kalau sedang makan tu, tergigit cili atau gulai terlalu pedas, jus yang dibuat pula sudah habis, apa lagi ambil sahaja terus dari Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.  Selamat untuk diminum terus. Muncung Auto Bergerak Atas dan Bawah juga dapat memutar kiri dan kanan, memudahkan kita mengambil air dengan mudah.  Nikmati air bersih dan segar serta merta pada isipadu air pilihan anda iaitu 120ml, 500ml dan 1000ml hanya dengan satu butang.

Lepas makan nak buat air panas, mudah sangat, tekan pilihan air panas.  Kawalan air panas memberikan anda pilihan suhu 40°C, 75°C & 85°C hanya di hujung jari sahaja.

Ternyata Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD memberikan banyak kelebihan dan keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst

Lala Daun Kari & Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI