Sedapnya kalau dapat makan makanan yang simple seperti laksa siam. Rasa pedas dan berlemak memberi nikmat rasa yang tidak terkata. Korang yang belum tahu penangan kesedapan laksa ini boleh cuba membuatnya.
LAKSA SIAM
Bahan-bahan • 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam • 1 kg ikan kembung / selayang • 2 sudu cabai giling • 2-3 tangkai daun pudina • 2-3 helai daun limau purut • 1 kotak santan 200ml • Air secukupnya • 10 biji cili padi merah* (boleh adjust ikut kepedasan) • 10 biji bawang merah* (bawang ros lagi sedap) • 1 labu bawang putih* (kalau besar ambik 1/2 labu saja) • 4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk) • 2 inci lengkuas* • 2 inci halia* • 2 inci kunyit* • Belacan*
Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar.
Bahan Ulaman • Limau kasturi • Daun pudina • Daun salad • Taugeh • Timun • Daun samak /pucuk janggus / daun selasih (kalau ada)
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Rebus Ikan Mula-mula, rebus 1 kg ikan kembung / selayang tadi. Bila agak-agak dah masak, biar sejuk sikit, asingkan isi daripada tulang. Kalau tak mahu kuah jadi warna gelap, jangan ambil air tulang ikan.
2. Kisar Bahan Tumisan Lepas tu kisar bahan-bahan yang bertanda * tadi dan tumis dalam minyak yang panas dengan cabai giling. Kacau sampai naik bau. Cabai giling tu kena betul-betul masak.
3. Masukkan Isi Ikan Bila bahan tumis tadi dah pecah minyak, masukkan isi ikan yang kita asingkan tadi. Masukkan serai yang diketuk dan kacau sampai mesra.
4. Masukkan Santan Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya nanti kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut Bagi memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut. Masak sampai mendidih sambil kacau.
Ingatttt, kena kacau selalu supaya kuah tu nanti tak berketul. Tunggu sampai mendidih dan kemudian boleh tutup api.
Ads
6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman Sediakan bahan ulaman setakat yang ada dan sedia untuk dimakan dengan laksa yang dah pun direbus sampai empuk.
Kredit: dinda jiwa al hadi
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini .
Yang suka makan pedas, resepi ini memang sesuai untuk anda. Bihun goreng cili padi paling padu. Guna bahan yang ada kat rumah dan sesuaikan tahap kepedasan ikut selera anda sendiri. Makan dengan telur mata atau telur dadar, mantap!
CARA MASAK BIHUN GORENG CILI PADI SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus bihun – rendam – beli online disini Udang secukupnya 4 biji telur Lobak merah – hiris Daun sup secukupnya 1 sudu makan cukup rasa
BAHAN RENCAH: Cili padi hijau Bawang besar Bawang putih 1 genggam ikan bilis – beli online disini (jumlah ikut selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.
2. Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
3. Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
4. Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
5. Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
6. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
7. Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
8. Tabur perasa Maggi Cukup Rasa. Sebatikan hingga rata.
9. Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
10. Bihun Goreng Cili Padi sedia untuk dihidangkan.
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitorea Ternatea adalah sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna dan juga tanaman hiasan. Bunganya yang berwarna biru terang sering digunakan sebagai pewarna bagi sajian Nasi Kerabu. Jika dahulu, bunga ini tidak dipedulikan dan hanya digunakan dalam masakan yang terhad namun kini, ia kembali mendapat perhatian.
Ia bukan sahaja berguna dari segi mewarnakan makanan malah turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan.
KHASIAT & MANFAAT BUNGA TELANG
Kredit foto: Chef Sue M Arukin
1. MENGUBATI BISUL
Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Tampal bahan tumbuk tadi di bahagian bisul. Ulang beberapa kali hingga bisul kecut.
2. MENAJAMKAN PENGLIHATAN
Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu menajamkan penglihatan. Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga telang dan minum airnya. Untuk lebih enak, boleh dicampur bersama sedikit gula.
3. BANTU CUCI DARAH
Darah yang kotor akan menyebabkan penyakit kulit seperti bisul dan jerawat. Untuk mengubati masalah ini secara semulajadi, amalkan pengambilan air bunga telang secara konsisten.
4. BAGUS UNTUK DETOKSIFIKASI
Bunga ini juga dikatakan mampu menghilangkan racun dalam tubuh dan juga membantu melancarkan proses pencernaan.
5. MENGATASI STRES
Bunga telang juga dikatakan boleh mengatasi masalah stres. Kandungan anti depresi yang ada pada bunga ini mampu memberikan rasa tenang dan meredakan tekanan yang dialami.
6. TINGKATKAN KEKUATAN OTAK
Bunga ini juga mempunyai kemampuan dalam meningkatkan memori. Malah bunga ini juga mempunyai kesan positif pada saraf yang mampu memperkuat serta meningkatkan fungsi otak.
Jadi bila dah tahu khasiat bunga telang ni, bolehlah tanam dan gunakannya dalam hidangan harian. Antara yang boleh dicuba ialah enam resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ni. Sangat mudah dan enak. Jom cuba!
1. BLUE BUTTERFLY DRINK
BAHAN-BAHAN:
1 genggam bunga telang
2 cawan air suam
3 cawan air sejuk
Gula batu secukupnya
1 helai daun pandan
2 biji jus limau nipis
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh bersih bunga telang dan rendam dalam air suam selama 30 minit.
Kemudian masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air, gula batu dan daun pandan. Masak dan biar mendidih hingga air tinggal lebih kurang 3 cawan.
Padam api dan tutup periuk. Biarkan sejuk.
Letak air bunga telang ke dalam bekas berisi ais dan tuang jus limau nipis. Air biru akan berubah menjadi ungu.
Terasa nak makan Mi Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba.
RESIPI MI BANDUNG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning secukupnya | basuh dan celur seketika
Sedikit isi ayam | dihiris
Udang segar | jumlah terpulang pada citarasa
2-3 keping tauhu | dipotong dan digoreng seketika
1-2 batang lobak merah | dipotong
Putik jagung
Sedikit sawi
1 biji tomato | belah 4
4 biji telur
1 cawan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 1/2 sudu makan tepung jagung | (bancuh dengan 1 cawan air
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan garam
Bahan perasa secukupnya | jika perlu
2 liter air | jika kuah pekat, boleh lebihkan. Jika kuah cair, boleh tambah air bancuhan tepung jagung
3 senduk minyak untuk menumis
BAHAN SAMPINGAN:
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 sudu makan udang geragau kering | boleh ganti dengan 3 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga garing dan betul-betul pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Biar hingga empuk barulah dimasukkan air. Biar hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan lobak merah dan tomato.
5. Bila kuah dah mendidih kuat, pecahkan telur. Jangan kacau kerana nak biarkan telur masak sebiji-sebiji.
6. Bila telur sudah masak, masukkan sawi, udang dan tauhu.
7. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung secukupnya. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa.