Salah satu hidangan Vietnam yang popular adalah Goi Cuon iaitu Spring Roll. Hidangan ini tiada minyak dan sangat sesuai bagi mereka yang berdiet. Ini cara membuatnya.
Ads
GOI CUON (FRESH VIETNAMESE SPRING ROLLS)
BAHAN SPRING ROLLS
6 keping kulit popia Vietnam (rice paper wrapper)
200 gram suhun | celur
200 gram dada ayam | rebus dan siat-siat
10 ekor udang sederhana | rebus, belah dua
5 helai daun salad
1 biji timun | buang empulur, potong memanjang halus
1 batang lobak merah | hiris memanjang halus
1 pokok daun ketumbar | cencang kasar
1 pokok daun bawang | potong memanjang
CARA MEMBUAT SPRING ROLL
1. Celup kulit popia Vietnam ke dalam air kemudian lap dengan tuala bersih.
2. Susun serba sedikit bahan-bahan lain ke atas kulit popia Vietnam kemudian gulung rapi.
Ads
BAHAN SOS
1 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan cencangan bawang putih
5 sudu makan sos hoisin
5 sudu air rebusan ayam
1 sudu makan mentega kacang
1 sudu makan gula
1 sudu makan kacang tanah sangai | tumbuk kasar
Ads
CARA MEMBUAT SOS
1. Panaskan minyak sayur dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi tapi jangan hangus.
2. Tambah sos hoisin, air rebusan ayam, mentega kacang dan gula.
3. Didihkan sehingga semua bahan sebati dan pekat. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tanah sangai yang telah ditumbuk kasar. Ketepikan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda pasti selalu dengar sajian fusion. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu.
Contohnya Shepard Pie jika diolah menjadi fusion terhasil lah Shepard Pie Rendang.
Begitu juga menu seperti betis kambing, kentang, tulang rusuk boleh sahaja diolah dengan rempah ratus menjadi resepi Asia dan Melayu yang lazat. Jom kita cuba ilham sajian fusion dari chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl, iaitu Chef Muhammad Suhaifi Idris, Mohd Suhaize Hasim, Isa Abu Bakar, Azrin Nuruddin Kamarul Azhar.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Rebus tulang rusuk selama tiga jam. Keluarkan daging dari air. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan hingga naik bau. 3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar dan tuangkan sedikit air rebusan daging (250) ml. 4. Kemudian masukkan tulang rusuk dan didihkan. 5. Masukkan asam keping dan kicap pekat 6. Masukkan santan dan reneh selama 30 minit. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. 7. Biarkan daging betul-betul empuk 8. Tulang rusuk siap dihidang.
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ramuan kicap, rempah dan santan beri keenakan rasa
INFO CHEF : Kicap pekat memberikan warna dan rasa tulang yang sungguh enak.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
Bahan B:
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato. 2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi. 3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk. 4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu. 5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap) 6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang 7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu 8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi 9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1 .Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya. 2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan. 3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging 4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan 5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit 6. Biarkan daging empuk 7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
BAHAN-BAHAN:
Bahan B:
CARA MEMASAK : 1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau. 3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. 4. Kemudian masukkan daging dan didihkan 5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam. 6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil. 7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi 8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek 9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi 10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius 11. Hidangkan bersama salad segar
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Reneh dan bakar Jenis hidangan : Masakan barat diberi sentuhan fusion Keistimewaan : Kentang dan rendang menjadi kudapan yang lazat
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
Bahan B (kuah percik berkeju) :/dikisar
CARA MEMASAK : Cara membuat ayam gulung : 1. Cincang dada ayam bersama kunyit dan garam. 2. Campurkan telur dan kacau hingga sebati. 3. Gulung dada ayam cincang bersama paha ayam dan ikat dengan menggunakan tali ‘butcher’. 4. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Dan perap Cara membuat kuah percik : 5. Kisar semua bahan B 6. Panaskan kuali , dan tumiskan bahan-bahan kisar. 7. Tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam gulung tadi 8. Masak ayam selama 10 minit , keluarkan ayam dan biarkan seketika. 9. Masukkan santan ke dalam bahan-bahan tadi dan masukkan garam secukup rasa 10. Setelah mendidih masukkan keju dan kacau hingga keju betul-betul larut. 11. Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng ayam dengan minyak sedikit. Sapukan madu sebelum itu. 12. Buang tali dan hiris ayam. Susun ayam mengikut kreativiti dan tuang kuah di atas ayam gulung tadi 13. Hidangkan bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 2– 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak sedikit Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lemak berkeju dan sedap Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gabungan keju dan sos percik, gandingan citarasa barat dan timur yang berperisa.
Terima kasih : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl,
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cheesy wedges sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi jika dibanjiri cheese, memang menjilat jari. Sebenarnya anda boleh sahaja buat sendiri cheesy wedges di rumah. Tak perlu lagi beli di kedai. Hanya ikut resipi ini, pasti menjadi.
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong baju ubi kentang dan gaul bersama garam dan kukus lebih kurang 10 minit.
2. Toskan ubi kentang dan gaul bersama tepung gandum, tepung jagung, breadcrumb dan serbuk kari.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
4. Angkat dan tuangkan cheezy sos.
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Cairkan butter. Kemudian masukkan kiub ayam, serbuk cili dan air.
2. Kacau sebati hingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna (sentiasa kacau supaya tak berketul)
3. Masak hingga keju cair dan sedikit pekat.
4. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh masukkan dalam peti ais.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
1. Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt. 2. Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati. 3. Masukkan adunan ke dalam paiping bag. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150˚C. 4. Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chiller dengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan. 5. Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.
*INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju.
ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum 1 cawan air 1 sudu teh gula 100gm mentega 3 biji telur
1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak. 2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur. 3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda. 4. Bakar pada suhu 170˚C selama 20 minit. 5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan. 6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
NUTELLA CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum 250gm mentega asli 70gm gula aising 1 sudu teh garam
1. Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150˚C. 2. Untuk membuat topping pula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan. 3. Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.
*INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
250gm tepung gandum 2 sudu teh serbuk penaik 130gm gula perang 150gm oat 170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
160gm coklat gelap 80gm krim putar 40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
150gm adunan cake crumb 50gm emping badam
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan cake crumb dan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan. 2. Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan. 3. Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap. 4. Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumb dalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya. 5. Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi. 6. Bakar pada suhu 150˚C selama 30 minit.
*INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega 250gm gula perang 3 biji telur 310gm tepung gandum 2 1/2 sudu teh serbuk penaik 200gm cip coklat
CARA-CARA:
1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati. 2. Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan. 3. Kemudian dibakar pada suhu 150˚C selama 40 minit.
*INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.
PUDING SUSU KOPI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1300ml susu cair 2 paket serbuk agar-agar kosong 10 sudu makan gula 1/2 sudu teh garam 1 paket coffeemix 3 in 1 3 sudu makan serbuk koko
CARA-CARA:
1. Campurkan susu cair, gula, agar-agar dan garam dalam periuk. Jangan buka api dulu. Gaul sebati baru hidupkan api. Masak hingga mendidih dan tutup api. 2. Sediakan acuan masukkan kira-kira 5 senduk adunan susu ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan agak keras. 3. Ambil 5 lagi senduk adunan susu dan tambahkan sepaket coffee mix 3 in 1 tadi. Gaul sebati dan curahkan adunan ke atas lapisan susu yang disejukkan tadi. 4. Adunan terakhir tambah serbuk koko dalam adunan susu. Dan curahkan di atas lapisan kopi tadi. Sejukkan semalaman.
Tips: Panaskan adunan setiap kali nak tambah perisa sebab adunan akan keras kalau tidak dipanaskan.
BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
100g mentega 250g coklat dark compound | cairkan 2 sudu besar Nutella *150gm tepung gandum *1 sudu kecil baking powder ½ sudu besar tepung beras (campur dan ayakkan bahan bertanda *) 2 biji telur ½ cawan gula perang 1 sudu kecil esen vanilla
CARA-CARA:
1. Panas dan cairkan coklat, nuttela dan mentega secara berasingan. Saya pakai pengukus je cairkan senang tak merecik air panas. Kalau double boil leceh. 2. Kemudian, campurkan kesemua di dalam satu bekas. Kacau-kacau. 3. Masukkan telur, gula perang dan esen vanilla. Kacau. 4. Masuk tepung kacau lagi. Tak kisah kacau laju, perlahan atau sedang-sedang, asal kacau. 5. Lapik baking paper dalam loyang. Kemudian, letak sesenduk amik spatula, ratakan nipis-nipis. Lagi nipis lagi bagus. 6. Tabur segala yang anda suka, sama ada kuaci, jenis kekacang seperti hazelnut, pecan, tabur je. Rata-ratakan. 7. Bakar suhu 160/170C api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan. 8. Tengok ye bergantung ketuhar masing-masing. Ketuhar saya kurang panas, jadi lama sikit masa membakar. Ada ketuhar cepat panas jadi 20 minit boleh periksa dah.
*Masa panas, brownies ni memang belum cruncy. Jadi potong laju-laju masa panas, brownies tak mudah pecah. Apabila dah sejuk, baru ambil pisau sisip bawah brownies tadi.
BISKUT ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250g mentega/marjerin 150g gula icing 2 kuning telur 1 sudu teh esen vanila 450g tepung gandum* 2 sudu teh tsp emplex* Ayak bahan bertanda * 150-180 badam saiz sederhana berkulit | disangai/bakar dalam ketuhar hingga kuning keemasan, sejukkan di atas rak dawai
BAHAN SALUT
600g coklat masakan 1 sudu besar lemak sayur/cocoa butter Almond nibs secukupnya | disangai hingga kuning keemasan Paper cup secukupnya
CARA-CARA:
1. Satukan mentega dan gula icing, pukul hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila, terus memukul hingga berkrim. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat di mangkuk pengadun. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit. 3. Keluarkan dari peti sejuk. Tutup doh dengan tuala lembap supaya doh tidak menjadi kering. 4. Ambil sedikit doh lebih kurang 3/4 sudu teh dan salutkan doh pada sebiji badam dan bentukkan seperti oval. Buat hingga habis. 5. Susun di dalam loyang dan bakar dalam pada suhu 160-170°c selama 20-25 minit ikut ketuhar memasing. (ketuhar saya 160c 20 minit api bawah sahaja). Sejukkan atas rak dawai. 6. Cairkan coklat bersama lemak sayur secara double boiler, kacau rata. Ambil sebiji biskut, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakan hingga menutupi biskut tersebut. Taburkan almond nibs dan sejukkan.
*saya buat separuh bancuhan dan kacau guna senduk kayu sahaja dapat 108 ketul. Omit emplex sama je rangupnya. Kali ni guna choc coins + cocoa butter dan panaskan dalam microwave 1 minit.
1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan minyak masak 1 cawan susu pekat 1 cawan susu cair (semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati. Tutup api, ketepikan) 4 biji telur gred A *1 cawan tepung gandum *1 sudu kecil soda bikarbonat *1 sudu kecil baking powder (ketiga bahan bertanda * diayak)
CARA-CARA:
1. Dah agak suam bahan yang dimasak tadi, masukkan ke dalam pengisar, masukkan 4 biji telur, kisar sekejap. 2. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, kisar sehingga semuanya sebati. 3. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Loyang sapukan sedikit planta, kemudian masukkan adunan kek. 4. Bila air dah mendidih, letak loyang kek tadi. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
*saya gandakan bahan, sebab tu kek nampak besar.
UNTUK TOPPING:
Sedikit serbuk koko + sedikit susu pekat manis + sedikit Planta. Masak sehingga cair.. Sejukkan baru tuang atas kek.
20gm agar-agar bertali 5 cawan air 3/4 cawan gula *Masak sampai larut/hancur agar-agar. Kemudian masuk gula
BAHAN B
5 keping roti gardenia | buang kulit tepi, potong kecil-kecil 1 biji telur 1 tin susu cair 2 sudu besar marjerin | dicairkan dulu atas api perlahan 2 sudu besar susu pekat 1 penutup esen vanilla Secubit garam 1 sudu besar serbuk koko** 1 sudu besar milo**
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam alat pengisar, kecuali bahan bertanda** . Kisar halus. 2. Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Masak sampai mendidih. Tutup api. 3. Adunan puding tadi, asingkan dalam 1/2 cawan. Selebihnya bahagi dua. Satu yang asal, satu lagi campur dengan serbuk koko dan milo. Kacau-kacau, sebatikan. 4. Tuang adunan puding yang coklat tu ke dalam loyang 8×8. Biarkan sederhana beku. Tuang adunan puding yang asal atas coklat tadi perlahan-lahan hingga habis. Biarkan sederhana beku. 5. Agar-agar yang 1/2 cawan tadi, panaskan semula dalam periuk. Campur 1 sudu kecil serbuk koko dan 1 sudu kecil milo. Kacau-kacau dan sebatikan.. 6.Tuang dalam piping bag atau botol muncung kecil. Memang panas, pegang piping bag/botol tu berlapik dengan tuala/kain yang sesuai. Piping corak ikut suka atas permukaan atas puding. Sejukkan dalam peti sejuk 2-3 jam. 7. Keluarkan puding dari loyang. Boleh potong-potong dan sedia untuk dihidang.
3 cawan tepung gandum 1 biji telur gred A 3 sudu besar serbuk koko/boleh ganti milo 2 sudu besar susu pekat manis 2 sudu gula castor/gula biasa pun boleh 2 sudu minyak masak Secubit garam 2 1/2 cawan air (kalau rasa pekat, tambah lagi sedikit air)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan. Kacau bagi sebati. Nak senang masuk semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati, kemudian tapis. 2. Tuang adunan dalam botol lubang/muncung 3. 3. Panaskan non-stick pan. Sapukan sedikit minyak. Kirai/jala adunan ke atas pan/kuali. Biarkan hingga masak. Kemudian angkat, lipat dan gulung.
SOS COKLAT MUDAH
2 sudu serbuk koko 250ml susu cair 100ml susu pekat 1 sudu besar mentega/marjerin 1 sudu kecil esen vanilla 3 sudu golden syrup (kalau tak ada, boleh ganti dengan coklat masakan. Saya guna jenama Meriah. Masak dalam 4 bar. Tak nak bubuh pun tak apa. Cukup dengan serbuk koko je) 1 sudu tepung jagung (untuk pekatkan sos coklat)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau-kacau guna whisk untuk rata dan sebatikan. 2. Masak atas api perlahan. Sentiasa kacau. Masak hingga sos nampak sedikit likat/pekat. Tutup api. 3. Sedia untuk dicicah bersama roti jala versi coklat.
Biskut jejari 20gm agar-agar bertali 5 cawan air 1 cawan gula 1 tin susu cair (sukat 2 cawan, tak cukup tambah air. Boleh juga guna susu segar dalam kotak) 5 sudu besar tepung kastard (bancuh dulu dengan sedikit air) 2 sudu besar susu pekat manis 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar milo Secubit garam Pewarna kuning
CARA-CARA:
1. Masak air dengan agar-agar hingga larut agar-agar. Masukkan gula. Kacau-kacau hingga larut gula. 2. Pastikan guna api sederhana. Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau rata. 3. Kemudian tepung kastard. Kacau dengan cepat bagi rata. Kalau tidak tepung kastard akan berketul-ketul. Bubuh secubit garam. Kacau sekata. Perlahankan api. 4. Basahkan loyang 8×8. Susun biskut jejari dalam loyang tu hingga penuh bahagian bawah loyang. 5. Ambil 3 ½ cawan agar-agar dalam periuk tadi tuang dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau-kacau. Sebatikan. 6. Ambil dalam 1 cawan adunan agar-agar coklat tadi, tuang perlahan-lahan atas biskut jejari. Ratakan agar-agar coklat atas biskut jejari. Biarkan sederhana beku. 7. Susun lagi biskut jejari penuh loyang. Seperti biasa, tuang 1 cawan agar-agar coklat atas biskut jejari, ratakan. Biarkan sederhana beku. 8. Langkah ke-3 sama juga caranya. Susun dan tuang hingga habis adunan coklat. Biarkan sederhana beku. 9. Lebihan adunan agar-agar dalam periuk tadi, bubuh sedikit pewarna kuning atau ikut suka. Tuang perlahan-lahan atas puding biskut jejari tadi hingga habis. Biarkan beku/sejuk. 10. Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam. Keluarkan. Guna pisau plastik. Cuba-cuba untuk keluarkan pudding. Telangkupkan atas alas yang rata. Sedia untuk dipotong.
1 cawan minyak jagung 1 cawan susu pekat manis 1 cawan susu cair 1/2 cawan gula 2 sudu teh vanila (Masak atas api sebentar dan sejukkan)
BAHAN B:
3 biji telur
BAHAN C:
1 cawan tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 cawan serbuk koko (Ayak semua dalam mangkuk lain)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE
250g cream cheese ½ cawan susu cair 1/2 cawan gula 2 sudu makan tepung gandum 1 biji telur 1 penutup esen vanila *Semua bahan dikisar sampai halus dan dibahagi kepada 2 bekas.
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah sejuk. Pukul guna pemukul telur. Masukkan bahan C. Pukul lagi hingga bercampur dan tak berketul. Bahagi kepada 3 mangkuk. 2. Panaskan kukusan. Saya guna loyang 5x 5×3. Boleh guna loyang 9x9x3 supaya kek tak tinggi. 3. Sapu loyang dengan minyak baru lapik dengan kertas minyak. Boleh buat 5 lapis kalau suka (3 lapisan coklat, 2 lapisan cheese). Kukus ikut urutan iaitu coklat, cheese, coklat, cheese, coklat. 4. Kukus selama 20 minit. Tutup loyang guna aluminium foil supaya air tak menitik masuk. Dah masak baru, tuang bahan cheese krim, kukus selama 20 minit. Buat hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
1 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B:
(masak dalam periuk, guna api kecil, kacau betul-betul sebati) 1 cawan serbuk koko 1 cawan minyak jagung 1 cawan susu cair 3/4 cawan susu pekat manis 3/4 cawan gula pasir
BAHAN C:
3 biji telur (kisar sampai berbuih)
ADUNAN CHEESE:
(satukan semua bahan dan kacau sebati) 250gm cream cheese ½ cawan gula kastor ½ cawan susu cair ¾ cawan tepung gandum 1 biji telur
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan A dan C ke dalam bahan B berselang-seli sehingga adunan betul-betul sebati. 2. Masukkan dalam pengisar untuk dapat adunan yang halus. 3. Panas pengukus, balut penutup dengan tuala bagi mengelakkan air jatuh atas adunan. 4. Oles minyak pada acuan kemudian paipkan adunan cheese lebih kurang ¼ acuan. Kukus 3 minit. 5. Tuang adunan coklat dan sambung kukus 8-10 minit.