Ads

Koleksi Asam Pedas Johor, Tak Banyak Rencah, Sesuai Untuk Anak Dara Belajar Masak!

Resipi asam pedas mempunyai pelbagai rasa dan cara yang berbeza tapi walau bagaiman pun rasa masam, pedas itu memang wajib! Untuk yang baru nak belajar masak asam pedas boleh cuba resipi ini, hanya guna bahan asas tidak menggunakan banyak rencah, tetapi asam pedasnya tetap terasa.

 

ASAM PEDAS JOHOR

Koleksi Asam Pedas Johor, Tak Banyak Rencah, Sesuai Untuk Anak Dara Belajar Masak!

BAHAN-BAHAN:

Ads

Koleksi Asam Pedas Johor, Tak Banyak Rencah, Sesuai Untuk Anak Dara Belajar Masak!

  • 5cm halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 4,5 ulas bawang merah
    (Blend semua bahan diatas)
  • 2 1/2 senduk Cili kering
  • 5,6 ekor ikan
  • 2 keping asam keping @ asam jawa
  • 1 cawan minyak masak
  • 700ml air

*Halba biasa guna tengok apa ikan yg kita nak masak contoh ikan mayong, duri, pari, patin, sebilang

Ads

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Tumis bahan blend sampai naik bau masuk lada kering tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap..
  2. Baru masukkan air dan garam perasa, garam lebih kurang 2 sudu kecil dan tunggu kuah mendidih.
  3. Baru masuk ikan dan asam biar 3 minit siap.I kan ni tak yah masak lama2 ikan cpt masak..

TIP: Kalau masak asam pedas johor kalau dah pakai daum kesum tak perlu tambah bungga kantan.Baunya akan bercampur aduk dan bukan jadi asam pedas johor..(Daun kesum, daun limau, daun kunyit, serai, bungga kantan) ikut cita rasa masing2 atau ikut pada ikan daging ayam dan telur ikan

 

Kredit resipi: Lin Zalika

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Nasi Lagi Sedap, Wangi & Gebu. Ini Rahsia Beras Wangi SAJI...

Beras Wangi SAJI Aroma adalah rahsia nasi lebih wangi, gebu dan sedap. Ketahui kelebihan, cara memasak dan kisah di sebalik popularitinya di Malaysia.