
Resipi KHANOM LEUM KLEUM Sukatan Cawan, Pencuci Mulut Thailand Popular Lembut Manis Berlemak! Khanom Leum Kleum merupakan pencuci mulut yang kian mendapat tempat bagi peminat kuih untuk merasai sendiri keenakannya.
Khanom Leum Kleum ialah kuih tradisional Thai yang manis dan lembut dibuat daripada tepung kacang hijau, santan dan gula. Dari segi rasa dan tekstur, ia gabungan beberapa kuih Melayu tertentu tapi dengan identiti Thai yang tersendiri.
“Khanom” bermaksud pencuci mulut atau kuih dalam bahasa Thai. Pencuci mulut ini popular di Thailand kerana warna-warni, teksturnya lembut, sedikit kenyal dan rasa santannya yang pekat.
Jika ingin rasai keenakan pencuci mulut yang kian viral ini. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Pondok Kueh Ibu sebagai rujukan. Mudahnya guna sukatan cawan je dan acuan kuih lompang.
Ramai yang bertanya resepi. Disini saya share resepi sukatan cawan saya. Untuk resepi ni saya dapat 36biji-38biji menggunakan acuan lompang saiz kecil.
(Lapisan Santan)
½ sdt Garam
2 sdm Gula
¼ cwn Tepung Beras
1¼ cwn Santan Pekat
(Lapisan Warna)
½ sdt Garam
½ cwn Tepung Kacang Hijau (Tepung Putih@Kanji)
½ cwn Gula
2 cwn Air
1 cwn Air Rendaman Bunga Telang
*sdt – sudu teh
*sdm – sudu makan
*cwn – cawan
** tepung kacang hijau (putih@kanji) jika tiada boleh ditukar kepada tepung ubi atau tepung ang kwe (hoen kwe)
1. Lapisan Santan
Campurkan garam, gula, tepung beras dan santan. Kacau hingga larut.
Masak diatas api perlahan dan kacau hingga pekat.
Masukkan ke dalam piping bag.
2. Lapisan Warna
Campurkan garam, tepung kacang hijau, gula, air dan air bunga telang. Kacau hingga larut.
Masak dengan api sederhana dan kacau hingga pekat.
Masukkan ke dalam piping bag.
3. Lapiskan Khanom
Ambil sedikit campuran santan dan campuran warna.
Lapiskan dalam acuan pilihan secara bergilir-gilir untuk efek warna menarik.
Kukus selama 10–15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang.
Jadi bagi nak nak cuba rasai sendiri Khanom Leum Kleum, pencuci mulut Thailand yang manis, lembut dan berlemak ini, boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan.
Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.
Kredit Resipi & gambar: Pondok Kueh Ibu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: