Makanan

Petua Berkesan Buang Lumpur Dari Perut KERANG Guna Garam & Cili Kering!

Share

Biasanya kalau beli kerang, pasti ada kesan lumpur dan kotoran. Nak masak pun jadi tak yakin dengan tahan kebersihan kerang ni. Ada cara dan petua mudah untuk buang kotoran dan lumpur pada kulit kerang ni, guna garam dan cili kering je.

Kenapa penting belajar petua buang lumpur dari perut kerang ini? Sebab sesetengah kerang segar yang dibeli di pasar ada simpan lumpur dalam perut dia. Bila dimasak, perutnya akan terbuka. Bayangkan kalau lumpur tu tak dibuang dulu.

Tapi kalau kopek kerang hidup-hidup, seksanya ya tuhan. Takde dibuat orang pun. Cubalah petua mudah yang dikongsikan Shamsiah Mohamad ini.

Ramai juga dah cuba petua buang lumpur perut kerang ni dan terbukti berkesan.

“Saya nak share petua untuk membersihkan lumpur-lumpur dalam perut kerang.”

Bahan Diperlukan;

1. Segenggam garam
2. Beberapa tangkai cili kering

Caranya :

1. Rendamkan kerang bersama garam dan cili kering selama 30 minit. Insya Allah kerang-kerang tersebut berlumba-lumba memuntahkan lumpur-lumpur dalam perutnya seperti dalam video.

2. Pastikan kerang yang dibeli masih segar (masih hidup).

3. Nanti hasilnya, isi kerang jadi bersih dan kita taklah makan lumpur sama.

“Bagus petua ni, dah cuba semalam tapi siput sedut, sama juga. Air yang jernih jadi keruh sebab lumpur yang keluar dari siput tu.” – Siti Hawa

Ini Pula Petua Bersihkan Siput Sedut

“Kalau siput sedut kan.. bubuh kelapa parut dalam segenggam. Lepas tu tutup la siput tu dalam bekas. Siput akan memakan kelapa parut sambil membersihkannya.”

– Zaimah Zaimah

RASA : Mudah ikut petua ni. Segala lumpur dan kotoran pada kerang dapat dikeluarkan, barulah lebih yakin nak masak.

Kredit/Foto : Shamsiah Mohamad

Baca artikel penuh di www.rasa.my.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Published by
Suhaidah Abd Wahab