Daun ketumbar memang selalu kita gunakan dalam masakan. Tapi hairannya ada yang mengadu kata daun ini busuk macam bau kumbang. Sedangkan pada kita bau daun ketumbar ini wangi dan membangkitkan selera.
Kalau nak tahu sebenarnya ia ada kaitan dengan genetik kita. Mesti ramai yang tak tahu perkara ini kan. Fakta ini dikongsi di laman Ini Sains Beb.
Siapa yang kata daun ketumbar busuk angkat tangan!
Ketumbar (nama Inggeris: cilantro, coriander. Nama saintifik: Coriandrum sativum) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea.
Bau ketumbar mempunyai nuansa sitrus yang dipengaruhi oleh kompaun kimia linalool.
Namun, ketumbar sebenarnya memberikan persepsi bau (dan rasa) yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar, dan rasa sitrus. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput!
Ads
Bagaimana ini terjadi?
Ketumbar mengandungi tinggi kompaun aldehid yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal.
Kenapa sesetengah orang tak bau ketumbar pelik?
Ads
Sebenarnya, ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mengaruh persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.
Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid.
Ads
Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat lebih menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.
Terdapat 14-21% dari orang Asia Timur, Afrika, Caucasian tidak menyukai ketumbar. Manakala, hanya 3-7% saja dari populasi seperti Asia barat, Hispanic, South Asian, Timur tengah tidak sukakan bau ketumbar.
Bila kita gunakan mesin pengisar untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada. Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender pula berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Bau bawang dan kesan kunyit ni kalau dibasuh guna pencuci kadang-kadang susah nak hilang. Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
CARA HILANGKAN BAU BAWANG & KESAN KUNYIT PADA BLENDER
BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
CARA-CARA:
1. Ambil limau nipis. Potong kecil.
2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.
5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!
Tengah usha PENGISAR baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Minyak zaitun banyak manfaat kesihatan, semua orang tahu hal ini. Ini kerana lemak terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain itu, ia mengandungi antioksidan yang bagus dalam mencegah penyakit berbahaya seperti jantung, stroke dan diabetes.
Bagi memperolehi manfaat minyak zaitun, selain diambil secara terus ia juga boleh dicampurkan dalam masakan. Nak tahu macam mana caranya? Ini ada cara yang boleh korang pratikkannya sebagai permulaan mengamal menu yang lebih sihat.
Guna Untuk Menumis
Kalau sebelum ini, korang tumis sayur menggunakan minyak masak biasa, sekarang tukar pada minyak zaitun. Ia kerana minyak zaitun mengandungi lemak baik yang boleh meningkat kadar kolestrol baik dan menjadikan aroma sayur yang ditumis lebih sedap. Namun satu perkara perlu korang tahu, minyak zaitun tidak boleh digunakan sebagai minyak menggoreng kerana ia memerlukan masa lama dan api yang panas, ini akan menyebabkan nutrisi rosak dan tiada manfaat untuk kesihatan.
Sapukan Pada Roti
Sebelum ini korang sapukan mentega pada roti, sekarang tukarkannya dengan minyak zaitun yang lebih sihat dan kaya dengan nutrisi. Lemak baik dan antioksidan dalam minyak zaitun ini sangat baik untuk kesihatan jantung berbanding mentega.
Sebagai Dressing Salad
Sebelum ini anda biasa menggnakan mayones sebagai dressing salad buah atau sayur, sebenarnya ia kurang sihat. Kerana kandungan lemak dalam mayones sukar dibakar, ia juga salah satu punca koranag naik berat badan. Jika anda tukar pada minyak zaitun sebagai dressing, ia adalah lebih baik dan sihat. Untuk menyediakan dressing minyak zaitun, korang hanya perlu campurkan minyak zaitun dengan garam, sedikit gula dan perahan jus lemon dan serbuk lada hitam dan bawang putih cincang. Masukkan dalam botol, goncang dan sedia digunakan sebagai dressing.
Kerang yang masih bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur serta kotoran yang melekat padanya. Jika tidak dicuci, bimbang pula ia akan mencemarkan makanan anda serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keracunan makanan serta cirit-birit.
Ada pelbagai bahan-bahan semulajadi yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang ni. Antaranya ialah:
1. SERAI
Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.
2. HAMPAS KELAPA
Hampas kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
3. DAUN UBI
Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
4. DAUN BETIK
Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
5. GARAM
foto: getty images
Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.
6. PELEPAH PISANG
foto: pexels.com
Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
7. ASAM GELUGUR
Foto: wikipedia
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.