
Baru nak masak gulai lemak, tetiba kelapa parut yang dibeli basi, mesti kecewakan, sebab kelapa parut tidak tahan lama terdedah pada suhu bilik. Tapi jangan bimbang ada cara boleh bantu agar kelapa parut yang dibeli tidak mudah rosak atau basi.
Ini ada satu tip mudah simpan kelapa parut supaya tahan lama atau disimpan untuk waktu tertentu. Caranya ialah masukkan kelapa parut dalam bekas kecil kemudian simpan dalam freezer dan bekukannya.
Kelapa yang sudah dibekukan ini boleh tahan hingga 2-3 bulan lamanya jika disimpan dalam freezer. Keluarkan kelapa bila anda perlu menggunakan kelapa tersebut.
Biarkan pada suhu bilik atau cairkan dengan air panas dan kisar kelapa, kemudian dan santannya dan anda boleh memasak tanpa was-was. Selamat mencuba dan senangkan?
Raih Pengalaman di Dubai dan Iran. Chef Dennie Yudie Manfaatkan Ilmu Perantauannya.

Hari ni Min nak cerita pasal personaliti Chef yang mempunyai nama yang’sedap’ didengar,unik sekali. Tiga perkataan iaitu Dennie Yudie Darmawan berbinkan ayahnya Samsuardi, tapi dia anak jati Malaysia tau. Mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang kulinari (F & B) segala pengalaman yang dilalui banyak membentuk dirinya sekarang.
Berjawatan Eksekutif Sous Chef di hotel berprestij Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, Dennie adalah orang ‘kanan’ yang banyak membantu ketuanya, Eksekutif Chef Alex Leong Mun Fai.
Kini sudah empat tahun dia berkhidmat di sini , membantu mengekalkan prestasi operasi dapur ,kualiti makanan dan minuman, penyeliaan dan penyediaan menu, penyeliaan staff , perbelanjaan dan kos dan pelbagai lagi.
Di antara yang menjadi keutamaan adalah mengekalkan kebersihan penyediaan makanan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO dan HACCP
Chef Dennie memulakan kerjayanya dari ‘bawah’ daripada tahun 2000 apabila mula bekerja di Hotel Nikko , Kuala Lumpur sebagai Commis 3 ketika masih dalam pengajian diploma Genting Centre of Excellent, Malaysia. Ketika itu dia menjalani latihan praktikal di sana.
Sehingga kini Chef Dennie pernah bekerja di 7 hotel berprestij iaitu :
1.2000- 2005, Hotel Nikko KL – Commis 1
2.2005 -2008, Sime Darby Convention, KL – Jurumasak
3.Julai 2008, Nov 2008, Hotel Shangri KL – Commis 1
4.2008-2009, Impiana KLCC Hotel & SPA, KL – Chef De Partie
5.2010-2011, IKEA, UAE, Abu Dhabi – Penolong Kanan F & B (Pengurus)
6.2011- 2012, Urban Spoon Restaurant – Sous Chef (Pengurus)
7.2014 hingga kini, Hotel Eastin, PJ – Eksekutif Sous Chef
Kegigihannya terserlah kerana pernah menerima anugerah Kehadiran Sempurna, sebanyak 3 kali. Semasa bekerja di Hotel Nikko beliau pernah menerima pendedahan bekerja selama setengah tahun di Hotel Azadi, Tehran Iran
Meminati selebriti berbangsa Arab, Chef Ammar Ali , dia juga mahir membuat masakan Arab yang dipelajarinya dari mentornya ini. Pengalaman bekerja di Abu Dhabi juga walaupun hanya dua tahun tetapi banyak membantu Chef Dennie mendalami skil memasak masakan Arab.
“Memasak masakan Arab ni kena tahu teknik dan peralatan masak yang betul. Dan juga paling penting boleh menerima teguran dari tetamu Arab yang agak cerewet sedikit. Pemilihan rempah ratusnya kena segar dan berkualiti,” ujar Denni kepada RASA.
Prinsip memasaknya mudah sahaja. “ Bila memasak masakan bukan sahaja perlu sedap, tetapi juga bersih cara penyediaannya .”
Serius Dengan Bisnes Atas Talian Bila Jualan Biskut Dapat Sambutan Di Hari Raya

Jika ada minat dan usaha, di situ ada kejayaan. Di waktu pandemik ini ramai yang mula berjinak dengan perniagaan atas talian bagi menjana pendapatan. Bagi Albita Tahir dan Khairina Khairiri telah lama aktif menjalankan perniagaan atas talian sejak 2015 di mana ketika itu permintaan yang menggalakkan pada bulan Ramadan untuk jualan biskut di Hari Raya.
Produk yang ditawarkan
Bermula dengan Milk Chocolate Almond Clusters diperkenalkan pada tahun 2015. Selepas produk pertama ini mendapat sambutan, mereka kenalkan pula Sea Salt Dark Chocolate flavor untuk penggemar kurang manis.
Selain itu ditawarkan blueberry muffins, double choc muffins, triple choc brownies, mushroom & chicken pie. Buat masa ini terdapat empat produk utama iaitu Almond Clusters berperisa Milk Chocolate, Biscoff White Choc, Sea Salt Dark Chocolate dan Mushroom & Chicken Pie.
“Tahun ni kami mula perkenalkan beberapa perisa baru termasuk the famous Biscoff white choc. Chocolate Almond Clusters merupakan signature produk mereka.Bagi mengekalkan keenakkan, kami menggunakan hanya bahan-bahan yang premium di pasaran.
Akui mereka inilah bisnes atas talian pertama yang dibuat secara serius. Dalam perniagaan mereka mengutamakan kualiti dan kepuasan hati pelanggan. Harga yang ditawarkan masih sama dari beberapa tahun lepas, yang penting pelanggan dapat kepuasan dan dapat menikmati air tangan mereka.
Bagaimana jualan ketika pandemik?
“Alhamdulillah jualan meningkat ketika pandemik dari masa PKP tempoh hari memandangkan ramai membuat pembelian atas talian. Kami sentiasa bersedia untuk bake fresh dan beroperasi setiap hari.
Kami sentiasa perlu inovatif dari segi promosi dan pemasaran memandang ini perniagaan atas talian. Sebagai contoh kami ada perisa bermusim.
Contohnya pada bulan merdeka, kami keluarkan almond clusters berperisa bandung, milo dinosaur, neslo dan horlicks sebagai nostalgia di kalangan rakyat Malaysia.
Bagi mengekalkan produk di pasaran perlu sentiasa alert dengan trend foodie terkini supaya kami dapat target marketing yang sepatutnya dan menarik minat pelanggan sentiasa.
Bagi yang ingin merasai keenakkan air tangan Albita Tahir dan Khairina Khairiri boleh ke Instagram Thenuttery_my atau Fb Thenuttery_kl.
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.
Cara Buat Kek Tornado Viral Sedap Melekat. Pertama Kali Buat, Dah Menjadi
Campak Campak Jadi Ep 10, Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Tanduk Kacang Hijau Paling Mudah & Sedap.

Dah tengok siaran Campak-Campak Jadi Ep 10 di Channel Yout Tube Majalah Rasa dan FB Rasa. Nampak menyelerakan kan dua menu yang dimasak hari tu.

Tengok rupa pun dah tahu sedap. Sesiapa yang tak sempat salin resipi jom semak resipi gerenti sedap ni. Chef Imelda memang terbaiklah sentuhannya.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK LABU

BAHAN-BAHANNYA:

- 1kg siput sedut – direndam dengan air garam dan dibersihkan hujungnya
- Setengah biji labu manis – dipotong kiub
- 2 batang serai – dititik
- 7 biji cili padi -dikisar
- 5 biji Bawang merah -dikisar
- 3 ulas Bawang putih -dikisar
- 2 inci kunyit hidup -dikisar
- Segenggam kecil ikan bilis – dikisar
- 1 helai daun kunyit –diracik halus
- 1 cawan santan pekat
- Sedikit Garam
- Air yang mencukupi
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Seterusnya masukkan siput yang telah dicuci bersih. Biarkan mereneh seketika.
3. Kemudian tuang santan dan labu, biarkan mendidih. Taburkan daun kunyit dan jaga api supaya kuah tidak membuak lalu perisakan dengan garam secukupnya.
4. Bila labu agak lembut tutup api dan sedia dihidang.
PENGAT PISANG TANDUK KACANG HIJAU

BAHAN-BAHANNYA:

- 1 pisang tanduk – dihiris menyerong
- 2 cawan kacang hijau- sudah direbus separa lembut
- 1 tin isi jagung manis
- 1 cawan sagu
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan gula Melaka parut
- ½ cawan gula perang
- Sedikit garam
- 3 helai daun pandan
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK :
1. Panaskan mentega dengan sedikit gula perang sehingga sedikit cair.
2. Masukkan pisang dan masak sehingga lapisan isi pisang menjadi sedikit karamelize. Ketepikan.
3. Rebus kacang hijau dan sagu sehingga lembut dengan air yang mencukupi. Kemudian masukkan daun pandan dan santan.
4. Masukkan jagung, gula Melaka dan garam secukup rasa. Apabila bubur mereneh, masukkan pisang dan masak sebentar lalu ditutup api.

Teruskan menonton Campak Campak Jadi seterusnya live di Facebook Rasa setiap Rabu jam 11.30 pagi