Ads

Kari Ikan Masala, Sedapnya Lain Macam. Lagi Umphh!

Kari ikan Masala ini sesuai untuk penggemar kari tapi mahukan rasa yang sedikit berbeza. Penggunaan garam Masala dalam hidangan ini bukan saja memberi kemasinan tapi rasa dan aroma rempah ekstra. Lagi umphh! Nak tahu kesedapan kari ini kenalah cuba.

Resipi Kari Ikan Masala

Kari Ikan Masala, Sedapnya Lain Macam. Lagi Umphh!

Bahan-bahan

1 ekor ikan jenahak/ikan merah – saiz sederhana
1 biji bawang besar merah – dihiris
2 tangkai daun kari
1 ulas bawang putih – dihiris
1 biji tomato – dipotong dadu kecil
Garam
1 paket rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
2 ulas bawang putih & 1 inci halia -ditumbuk jadi pes
1 inci halia
1½ sudu kecil garam masala
½ sudu kecil halba campuran
Setengah sudu kecil serbuk kunyit
½ cawan air asam jawa
½ cawan santan

Cara memasak

  1. Ambil sedikit pes halia bawang putih, serbuk kunyit, dan sedikit garam. Lumurkan pada ikan dan goreng dalam minyak panas hingga sedikit masak. Jangan terlalu lama, kerana kita mahu ikan kekal lembut dan tidak terlalu kering. Ketepikan.

Kari Ikan Masala, Sedapnya Lain Macam. Lagi Umphh!

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halba campuran, dan daun kari sehingga bawang menjadi sedikit garing dan naik bau yang harum.

Ads

3. Masukkan tomato dan tumis sekejap hingga tomato mula lembik dan mengeluarkan jus.

4. Bancuhkan rempah kari, garam masala, serbuk cili, dan sedikit air sehingga menjadi pes. Masukkan bancuhan rempah ke dalam kuali, bersama dengan pes halia bawang putih yang tinggal. Kacau sehingga rempah masak dan naik bau wangi.

Kari Ikan Masala, Sedapnya Lain Macam. Lagi Umphh!

Ads

5. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang disukai. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Jika ingin kuah lebih pekat dan rasa berlemak, tambah sedikit santan. Boleh juga masukkan yogurt sebagai pengganti santan jika suka.

6. Setelah itu, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur. Masak seketika sehingga kuah mendidih.

Kari Ikan Masala, Sedapnya Lain Macam. Lagi Umphh!

Ads

7. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa. Jika suka sedikit manis, tambahkan sedikit gula. Masak sehingga semua bahan sebati dan kari siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Mi Gulung Sedap & Padu. Resipi Mudah Buat Keluarga Tak Jemu

Resipi Mi Gulung sedap dan mudah dengan kuah berperisa yang padu, sesuai untuk menu makan malam seisi keluarga dan tak jemu dimakan.