Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda.
Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
Ads
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Ads
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
“Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.”
Makan mi kuning yang ada rasa kapur memang spoil. Terus potong selera untuk makan. Supaya tak hidang atau makan mi begini sebaiknya kita buat langkah ini untuk hilangkan terus rasa kapur pada mi kuning.
Caranya pun cukup mudah cuma guna gula saja. Dikongsi oleh Aliabangs berikut adalah caranya.
Tip mudah hilangkan rasa kapur pada mi kuning
1. Leraikan mi dalam satu bekas yang besar.
2. Masukkan air sama ada air paip atau air bertapis tapi mesti suhu bilik.
3. Masukkan gula perang/ gula putih. Ini kuantiti gula untuk mi makan 20 orang. Jangan bimbang mi takkan kembang.
4. Rendam selama 15-20 minit.
6. Kemudian buang air, tos dan bilas lagi sekali.
7. Seterusnya boleh hidang atau masak, mi dah langsung tiada rasa kapur.
Boleh juga tonton video langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Alia.
Cara tanam bawang tanpa tanah. Daun cambah segar bugar. Tanam tepi rumah je. Dah tak perlu beli daun bawang. Selamat mencuba!
Ya! Akak memang tak pernah beli daun bawang. Akak taman macam ni. Sekejap je tumbuh dan boleh guna terus untuk masak. Tak ada bahan-bahan lain. Jimat.. Tambah sekarang mahal!– Kak Mon
CARA-CARA:
1. Ambil bawang merah potong bahagian atas sikit.
2. Siram bekas telur sampai lembab.
3. Masukkan bawang tadi ke dalam lekuk *bagi rapat bawah
4. Siram 2 hari 1 kali.
5. Letak tempat sedikit teduh.
6. Dalam 2 minggu lebih boleh ambil. Bergantung pada ketinggian daun bawang tu.
Penggunaan lengkuas dalam masakan selalunya sedikit saja, hanya beberapa hiris. Tapi biasanya kita akan beli seketul besar. Selebihnya simpan dan selalu jadi sampai kecut dan tak boleh digunakan lagi. Membazir pula.
Supaya tak jadi lagi pembaziran lengkuas ini, elok kita praktikkan cara simpan yang betul agar lengkuas yang seketul itu tahan berbulan-bulan lamanya. Caranya dikongsi oleh Faizah Husain.
Petua simpan lengkuas agar tahan berbulan bulan
Lengkuas kegunaannya agak jarang juga tapi kalau tiada lengkuas tak sedap singgang dan rendang. Bau lengkuas kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.
Lengkuas yang jual di kedai biasanya seketul besar. Nak guna 5 atau 6 hiris saja. Jadi selebihnya simpan ikut cara ini.
1. Basuh kesan-kesan tanah terlebih dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Kemudian keluarkan dari peti beku dan terus masukkan dalam bekas atau plastik ziplock. Masukkan cepat sebelum lengkuas berair.
Tujuan dibekukan supaya bila nak ambil untuk masuk dalam masakan lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3-4 keping saja.
4. Simpan semula dalam peti beku. Cara ini lengkuas tahan selamanya jika tak digunakan untuk memasak. Lebih mudah berbanding cara rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas. Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung, lagi berselera makan lauk sebegini.Cara...