Sekali sekala jamu selera dengan menu udang memang lazat. Yang penting pilihlah udang yang segar, barulah lauk yang dibuat gerenti manis.
Udang galah dan udang air tawar Yabby memanglah agak ‘mahal’ tetapi sekali sekali penuhkan selera ‘mewah’ sebagai ganjaran kepada diri anda atas kegigihan kerja keras anda
Jom semak resipi yang disediakan oleh Ekeskutif Chef Alexander Chong, Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, Chef Alief Aldrin dan Chef Nazrin Syazwan Roslan ini dari New World Hotel, Kelana Jaya.
Ads
GULAI UDANG GALAH NENAS NEW WORLD
BAHAN-BAHAN :
1 kg udang galah
350 gm nenas| dihiris
3 cawan santan kelapa
2 cawan air
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut | dicarik
1 sudu teh pes asam jawa
Bahan dikisar (A):
12 biji cili merah
15 biji bawang kecil
200 gm bawang putih
1 1/4 sm lengkuas
4 sm kunyit hidup
2 batang serai | dihiris
60 gm buah keras
50 gm belacan | dibakar
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan A, tambahkan sedikit air untuk memudahkan ia dikisar.
2 .Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan nenas dan biarkan ia mereneh selama 5 minit.
4. Kemudian tuangkan santan. Perlahankan api dan terus kacau perlahan-lahan.
5.Masukkan udang, pes asam jawa dan gula secukupnya
6. Biarkan udang masak. Kemudian tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rata.
7.Gulai siap dihidang
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Udang galah dan nenas terbit rasa manis dan masam yang enak
Anggaran kos : RM 65
INFO CHEF: Pilih udang yang segar untuk rasa yang dijamin manis. Udang segar badannya pejal dan kepala terlekat di badan. Badannya juga menjalar bukan membengkok, bermakna ia dibekukan masa hidup dan lebih segar.
KARI LAKSA UDANG YABBY
Ads
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
300 gm cili kering /dibuang cili
150 gm halia /dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih/ diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai, dihiris halus
1/2 cawan minyak masak
2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan/ sudah dimasak
1/4 cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus /lembut
Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
Ads
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
Anggaran kos : RM 85 setiap bahagian (portion)
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Terima kasih : NEW WORLD HOTEL, 1, Jalan SS 7/26a, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila sebut mengenai petai, selain dibuat ulam ia juga sesuai dicampur dalam pelbagai jenis masakan terutamanya menu bersambal. Lauk paling mudah yang anda boleh sediakan ialah Sambal Udang Petai Cili Padi ni. Sangat senang dan memang cepat masak. Selamat mencuba!
SAMBAL UDANG PETAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
20 tangkai cili padi merah & hijau – dikisar
4 biji bawang merah saiz besar – dikisar
3 papan petai – dibuang kulit dan dibelah dua
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan airnya.
Panaskan minyak dan goreng petai hingga sedikit layu. Angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili padi dan bawang yang dikisar hingga garing dan masak.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata dan biar hingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gaul hingga sebati. Biar udang hingga 1/2 masak.
Seterusnya masukkan petai yang dah digoreng tadi. Gaul hingga rata sekali lagi.
Sebut saja menu seafood atau makanan laut, tidak kira di pelusuk dunia mana, pasti ramai yang menyukainya dan dimasak dengan cara dan tradisi bangsa, budaya sesebuah negara itu. Namun tidak salah jika kita menyukai menu masakan negara lain janji sedap dan mudah disediakan. Kalau korang nak cuba, ini antara 4 menu seafood terlajar sedap ye…
KETAM KARI MENTEGA CILI PADI BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersihkan potong dua
Sedikit serbuk garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KUAH:
4 sudu makan mentega
4 ulas bawang putih cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kasar
10 biji cili padi | hiris halus
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk kari
1 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Sementara itu, gaulkan ketam bersama garam halus dan serbuk kunyit.
3. Setelah gaul rata, goreng hingga ketam bertukar warna kemerahan.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi.
6. Masukkan hirisan cili dan daun kari.
7. Kacau seketika, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
8. Setelah sebati dan pecah minyak masukkan susu cair, kacau rata.
9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, baru masukkan ketam.
10. Gaul rata dan tutup api setelah cukup rasa.
11. Ketam Kari Mentega Cili Padi sedia dihidangkan.
SALMON PANGGANG SOS KURMA
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan salmon| bersih dan toskan.
1 sudu teh garam
1 sudu teh sulah
1 ulas bawang putih |cincang halus
1 sudu teh minyak zaitun
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih |cincang halus
2cm halia muda | hiris memanjang
6 biji cili padi | hiris halus
2 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan mayones
1/2 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan salmon dengan garam, bawang putih dan minyak zaitun.
Panaskan kuali leper, panggang ikan guna api perlahan lebih kurang 7-8 minit. Selepas lima minit balikkan ikan.
Setelah masak, tutup api. Ketepikan ikan.
Menggunakan kuali, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, serta hirisan cili padi.
Setelah wangi masukkan campuran pes serbuk rempah kurma, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan mayones dan susu cair, kacau rata sehingga tiada ketulan mayones.
Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam dan gula secukup raa.
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, tuangkan sos di atas salomon panggang tadi.
Salmon panggang sedia dihidangkan.
SOTONG TUMIS CILI KERING ALA HONG KONG BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz sederhana | bersihkan dan tos
10 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 biji cili beggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | dadu besar
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris batang mancis
1 pokok daun bawang | hiris 3cm sebagai hiasan
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Sotong yang dibersihkan dikelar tidak putus.
Masukkan sotong dalam kuali, dan panaskan di atas dapur.
Biarkan air sotong keluar, setelah sotong kecut tapiskan airnya.
Gunakan kuali lain,panaskan minyak. Tumis hirisan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan hirisan cili kering, kacau seketika masukkan sotong dan cili benggala.
Kacau rata, masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan minyak bijan.
Kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sebelum dihidangkan, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang.
UDANG PANGGANG SOS SALSA BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL| Buang sesunggut dan bersihkan.
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk garam
2 sudu makan mentega
BAHAN SOS:
1 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun pudina
3 biji cili hijau
2 biji tomato hijau
3 ulas bawang putih
1/2 cawan yogurt
1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama garam, serbuk kunyit serta mentega hingga rata.
2. Panaskan kuali pemangang, panggang udang hingga kemerahan dan balik-balikkan.
3. Setelah udang bertukar kemerahan atau panggang lebih kurang enam minit.
4. Angkat dan isikan dalam pinggang hidangan.
5. Sementara itu, sediakan sos. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
6. Kisar hingga halus, sos sedia dihidangkan dengan udang panggang tadi.
Selain kerang, lala antara makanan laut yang enak dimakan. Hidangan lala ini selalunya dimasak ringkas untuk menikmati keaslian rasanya. Lala masak lemak atau direbus antara yang sedap sama ada diratah atau dimakan dengan nasi. Tapi lala ini juga sebenarnya enak dibuat tumis pedas.
Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.
Resipi lala tumis pedas yang sedap
Bahan-bahan
1 mangkuk besar lala
3 tangkai cili besar merah
5-10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 batang serai -diketuk
Sos tiram
Serbuk Cukup Rasa
Cara membuat
1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.
2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.
3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.
5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.
6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.
7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.