Kebaikan dan khasiat buah Avokado Australia tidak perlu diperkatakan lagi. Rasanya semua sudah tahu betapa lazatnya buah hijau yang satu ini. Dek kerana kebaikannya, Taste Australia – jenama kebangsaan mewakili industri hortikultur Australia – telah melancarkan kempen A Untuk Avokado Australia yang membawakan buah avokado yang sihat dan berkhasiat untuk dinikmati semua.

Ini Rupanya Khasiat Buah Avokado Australia Yang Ramai Tak Tahu

Ini Rupanya Khasiat Buah Avokado Australia Yang Ramai Tak Tahu

Avokado Autralia lulus dengan skor ‘A’ kerana ia dipenuhi dengan lemak sihat dan vitamin yang menyokong sistem imuniti badan. Ia mengandungi lemak penting yang diperlukan untuk menyerap zat yang larut lemak seperti vitamin E dan juga untuk kesihatan jantung. Satu hidangan Avokado Australia (suku dari 50 gram) dapat memberikan anda serat, vitamin-vitamin B, kalium dan antioksida.

Ini Rupanya Khasiat Buah Avokado Australia Yang Ramai Tak Tahu

IKLAN

Buah ini mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia kerana berkualiti tinggi serta keenakannya. Terdapat dua jenis buah Avokado Australia di Malaysia iaitu jenis Hass dan jenis Shepard. Musim bagi jenis Hass adalah dari Mei hingga Januari manakala jenis Shepard pula dari Februari hingga Mei.

Menurut jurucakap bagi Taste Australia, Matthew Dwyer, pandemik ini menjadikan kita lebih peka untuk menjaga kesihatan dan corak pemakanan. Penting untuk kita mengetahui makanan yang terbaik untuk tubuh kita. Avokado Autralia padat dengan zat yang menyokong imuniti, mengurangkan keletihan dan juga menyokong prestasi mental. Buah ini juga boleh dinikmati dalam pelbagai cara mengikut citarasa Malaysia.

Ini Rupanya Khasiat Buah Avokado Australia Yang Ramai Tak Tahu

IKLAN

Ini Rupanya Khasiat Buah Avokado Australia Yang Ramai Tak Tahu

Buat anda di luar sana, boleh jadikan Avokado Australia sebagai satu keperluan di dalam hidangan harian anda. Avokado Australia ini boleh didapati di pasaraya terkemuka seluruh Malaysia seperti Jaya Grocer, Village Grocer dan AEON serta pasar dan kedai buah-buahan. Ia juga boleh didapati di platform atas talian seperti Shopee dan Lazada. Nantikan juga promosi Avokado dengan bahagian khidmat makanan seperti Avocadian, The Fish Bowl dan Nourish Me.

IKLAN

Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram dan Facebook Taste Australia Malaysia.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI