Ini Petua Agar Cili Segar & Tahan Lama

Share

Cili padi adalah antara bahan masak yang wajib ada di dapur. Memang tak boleh habis bekalan. Namun, jika beli dalam kuantiti yang banyak, cili ini mudah rosak dan busuk. Rugi pula kan? Namun ada petua yang boleh anda cuba. Cara ini dikatakan boleh menjadikan cili padi anda kekal segar sehingga lebih 2 minggu. Wow! Memang berbaloi kalau cuba. Jom lihat cara-caranya.

CARA-CARA SIMPAN CILI SUPAYA TAHAN LAMA

  1. Cuci bersih cili dan toskan.
  2. Biarkan kering. Jika nak cili kering dengan cepat, letak diatas tuala lap yang bersih.
  3. Masukkan cili ke dalam bekas yang telah dialas dengan tisu.
  4. Masukkan juga 2-3 ulas bawang putih. Jika banyak, guna 2/3 ulas. Jika cili sedikit, 1 ulas sudah memadai.
  5. Simpan di dalam peti sejuk seperti biasa. Hasilnya cili akan tahan lebih lama.

Selamat mencuba!

IKLAN