Ini Cara Rebus Kacang Hijau Cepat Empuk

Share

Berita baik kepada anda yang menyukai menu berasaskan kacang hijau ? Ini ada tip agar  kacang hijau yang direbus cepat empuk sebelum sedia dijadikan bubur  kuih yang sedap untuk hidangan keluarga.  Diharapkan dengan adanya tip ini masalah  kacang yang direbus susah nak empuk tiada lagi ye.

Rendam Kacang Hijau

Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang  3-4 jam atau  supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.

Masukkan Kacang Apabila Air Mendidih

Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal  dalam rebusan kacang.

Api Sederhana

Dianjurkan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk  dan masak sempurna.

 Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk

Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang.  Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.

Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata

IKLAN