Ini Cara Nak Besarkan Isi Petai

Share

 

Musim petai ni memang nampak di tepi-tepi jalan banyak petai dijual. Seikat antara RM5 hingga RM20. Kalau beli yang RM20 tu, mahu dapat dalam 15 papan. Banyak tu. Kalau dibiar lama, kadang isi petai akan mengecut. Dan ada juga situasi isi petai tak begitu besar. Isinya agak kecil dan nampak tak menggiurkan. Rupa-rupanya ada cara untuk menjadikan isi petai bertukar saiz lebih besar. Senang je. Rendam dalam air semalaman.

RASA kongsikan petua daripada facebook Hani Azahari mengenai cara membesarkan isi petai.

Siapa peminat petai? Hahaha.

Semalam kan mak kakhani datang, ada sedara bagi petai. Tetiba mak kakhani kata “Hani, cer awok potong petai tuu, belah dia, pastu rendam dalam air. Nanti dia jadi besor, buat tengok, mak tengok makcu buat”

Pastu kakhani pun turutkan jugak lah sebab kakhani suka petai, tapi selalu asal nak beli je petai haluihh bebenor. Dapat jadikan dia besor behh jugak kan? Hakhak.

 

So kakhani pun rendam lah. Esok pagi nya tu tengok. Naahhhh kembang seperti dalam gambar. Siap terkeluar dari kelopak dia. Rasa masih sama rasa petai. Dan masih rangup. Hakhak.

 

 

Amacam? Ada yang suka makan ulam petai, nak masak sambal petai, cer try guna tips nie kalau petai yang korang beli tu kecik tuekk. Tetiba kongsi pasal petai pulak. Hakhak. Ehh apa salahnya kan. Mende baik wajiblah share. Kikiki.

#TipsBesarkanIsiPetai 😄

Kredit facebook: Hani Azahari

IKLAN