Tidak kira ikan sungai atau ikan laut mahupun jenis ikan, ia adalah sumber protein terbaik untuk tubuh. Tetapi, lecehnya ikan segar tidak lari dari bau hanyir, susah disiang dan kadang-kadang bila digoreng mudah melekat pada kuali atau hancur isinya bila digulai. Sakit hati jadinya.
Untuk semua masalah ini, anda jangan bimbang, lapan petua di bawah ini boleh mengatasi semua masalah anda berkaitan ikan.
Cara Mudah Buang Sisik Ikan:
Sesetengah ikan, sisiknya sukar untuk ditanggalkan. Cara mudah mengatasinya adalah dengan merendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sisik ikan di dalam air. Anda akan dapai sisiknya mudah tertanggal.
Ads
Hilangkan Bau Hanyir:
Tuang lebih kurang dua sudu teh cuka atau dua sudu perahan limau nipis atau kasturi pada satu kilo ikan, Gaul dan biarkan lebih kurang 10-15 minit kemudian bilas dengan air bersih. Untuk hilangkan rasa masam cuka, taburkan sedikit garam. Kedua, anda boleh gunakan asam jawa, gaul rata dan selepas 10 minit cuci dengan air bersih. Ketiga, anda gunakan air basuhan beras untuk membasuh ikan, selepas dibersihkan rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.
Ikan Garing Bila Digoreng:
Sebelum goreng, Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian campurkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak panas untuk menggoreng ikan. Goreng ikan seperti biasa. Kedua, Campurkan serbuk kunyit, garam dan sedikit bawang putih yang telah dikisar pada ikan. Lumurkan rata dan perap beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.
Ikan Tidak Melekat Semasa Digoreng:
Masukkan sekeping asam gelugor dalam minyak untuk menggoreng ikan. Setelah minyak panas, goreng ikan seperti biasa. Pasti ikan cepat garing dan tidak melekat.
Ikan Sejuk Beku Segar Semula:
Ads
Ikan sejuk beku atau yang disimpan lama dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Ia boleh diatasi dengan merendamkan ikan tersebut dalam susu segar selama 15 minit. Kemudian masaklah seperti biasa. Ikan akan segar semula dan enak dimakan.
Ikan Bakar Lebih Sedap:
Jika ingin ikan bakar lebih sedap rasanya, selepas dicuci ikan tersebut hendaklah diperapkan dengan sedikit asam jawa dan air. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibakar atau dipanggang.
Ikan Segar Walaupun Disimpan Lama:
Ads
Cara mengekalkan kesegarannya, siang kesemua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun di simpan lebih seminggu dalam peti sejuk.
Telur Ikan Tidak Pecah: Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang lima minit. Keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Selalunya bila teringin makan Putu Bambu mesti beli sebabnya jarang dari kita yang buat putu bambu sendiri, alasannya takda acuam buluh dan acuan ini tidak ada dijual. Jadinya, jalan paling senang beli je dan terus makan. Tapi kalau teringin nak buat sendiri, boleh je walaupun tanpa acuan buluh. Kalau korang nak tahu macam mana, ini cara mudah buat putu bamboo guna acuan biasa. Rasa tetap sedap dan mudah je, asalkan korang ikut tip berikut untuk membuatnya.
Pastikan Tekstur Tepung Beras Lembab Berpasir.
Tepung beras adalah bahan utama Putu Bambu. Goreng sangai tepung beras, kemudian tepung itu dikukus hingga lembab dan dicampurkan dengan air suam dan sedikit garam. Selain air suam boleh tukar dengan susu cair suam untuk tambah perisa. Gaulkan tepung yang dicampur air suam hingga menjadi lembab dan seperti berpasir. Jika terlalu lembik putu akan mudah hancur semasa dikeluarkan dari acuan.
Guna Acuan Aluminium, Silikon & Plastik
Takda acuan buloh, boleh je guna acuan biasa yang dibuat dari aluminium, silikon dan plastik asalkan boleh memuatkan putu dan dikeluarkan dengan sempurna tanpa pecah dari acuan.
Jangan Tekan Adunan Dalam Acuan
Adunan tepung beras yang sudah siap dimasukkan ke dalam acuan. Sukatannya hanya 1/4 dari acuan, kemudian taburkan gula Melaka yang sudah dihancurkan secukupnya. Kemudian tutup lapisan gula dengan satu lai lapisan adunan tepung beras hingga memenuhi acuan. Jangan tekan adunan, bimbang ia akan melekat pada acuam dan boleh menyebabkan tekstur putu menjadi keras.
Pastikan Pengukus Panas.
Rahsia putu cantic, gebu dan tak bantat adalah menggunakan kukus yang panas dan kukus hingga masak. Oleh itu panaskan terlebih air dalam pengukus hingga mendidih ketika dibuka penutupnya. Untuk menambah aroma boleh masukkan 1-2 helai daun pandan dalam air kukusan. Kemudian masukkan acuan berisi adunan putu dan kukus hingga masak. Putu yang dibuat dengan acuan kecil, waktu mengukus lebih kurang 15-20 minit dengan api sederhana.
Bila dah siap bolehlah dihidangkan dengan kelapa yang dan gula. Makan panas-panas dengan secawan kopi memang layan.
Resipi Putu Bambu
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
13 sudu makan a’ir
Gula Melakan Secukupnya
1 helai daun pandan
Secubit garam
Cara Memasak:
Masak aiar dalam periuk besama secubit garam dan daun pandan. Apabila air mendidih dan wangi bau daun padan. Tutup api.
Di dalam mangkuk masukkan tepung beras dam masukkan air suam tadi dan gaul hingga berderai seperti serbuk roti.
Kemudian tapis tepung tadi gunakan penapis jarang dan ayak. Setelah siap masukkan dalam acuan dengan di bahagian tengahnya letakkan gula Melaka.
Tentu lebih puas jika dapat menyediakan solok lada daripada hasil yang kita tanam sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi jika saiz lada yang dituai sihat dan segar sekaligus menjadikan hidangan tampak begitu menggiurkan. Sebelum anda cuba tanam sendiri di rumah, ketahui tip dan cara untuk memastikan tanaman anda bukan sahaja subur, malah boleh menghasilkan buah yang lebat. Cuba ikut tip yang dikongsi oleh Ben Safwan.
TANAM SOLOK LADA DI LAMAN RUMAH
1. Semai dari anak benih atau nak senang, boleh terus beli pokok yang usia hampir 2 bulan di Sopi Ben. Dah stabil dan subur. Boleh dapatkan di Shopee.
2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 beg 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nursei dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben. Jika nak senang, terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16. Saiz ini sesuai untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3 hingga 4 polibeg untuk setiap isian.
3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Masukkan sekali dari polibeg lama ke polibeg baru. Dalam 4 hingga 5 hari pertama, letak anak pokok di bawah cahaya matahari agar dapat terima terus cahaya matahari pagi dan tengahari. Kemudian, letak di tempat redup. Selepas tempoh tersebut, baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.
4. Cara siram dan pembajaan serta tip:
Siram 1 liter air paip setiap dua hari sekali. Jika saiz polibeg atau bekas kecil, siram hari-hari pada awal pagi atau lewat petang.
Sembur plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur, kuat, elak serangan rabun seranggan, bena putih dan lain-lain.
Minggu pertama, guna baja subur. Minggu kedua, baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kecil dan ikut tumbesaran pokok pada jarak 5 cm hingga 10 cm dari pangkal pokok.
Bila buah dah lebat, berhenti dahulu baja buah. Teruskan dengan baja subur.
Buang daun yang tidak diperlukan sebelum ranting Y dan jika daun di bawah terlebih besar.
Terlebih daun akan menyebabkan nutrien tidak sampai kepada buah kerana daun akan menyerap nutrien. Tapi perlu diingat bahawa daun ialah pekerja yang akan menghasilkan buah yang lebat. Jadi, berpada-pada bila nak membuang daun.
5. Jangan lupa cakap-cakap dengan pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah.
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah. Anda hanya perlu taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan banyak lagi. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah, ia membantu buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel dan belimbing. Oleh itu, selepas potong buah-buah ini kemudian rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…