Minyak mercik semasa menggoreng ikan atau kuih muih bergoreng, biasakan? Ini juga alasan anak dara takut masuk dapur. Emak-emak yang dah biasa masak, buat tak kisah je. Tapi kalau terkena percikkan minyak, ya ampun sakitnya, walaupun sikit tapi pedehkan. Jadi untuk selesaikan masalah ini semua, RASA nak kongsikan enam cara nak kurangkan minyak mercik semasa menggoreng yang korang semua boleh cuba. Senang je.
Pastikan Kuali Kering
Semasa nak menggoreng perhatikan kuali yang lepas dicuci perlu dikeringkan airnya. Caranya senang je, hidupkan api dapur dan biarkan kuali kering baru masukkan minyak. Jika masih ada air walau sedikit ia akan meletup-letup kecil kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air.
Tentukan Keperluan Minyak Untuk Menggoreng
Minyak yang terlalu banyak atau sedikit boleh membuatkan minyak mercik. Oleh itu sesuaikan minyak untuk keperluan menggoreng. Paling bagus adalah menggunakan minyak 1/3 kuali, tetapi kalau hanya untuk menggoreng telur guna sedikit sahaja dan gunakan kuali yang non stick leper.
Ads
Periksa Bahan Perapan Dalam Makan Yang Digoreng
Pastikan bahan perapan yang digunakan pada makanan yang mahu digoreng tidak mengandungi air, Jika terpaksa atau memang berair, tapis dahulu hingga air perapan tos. Cara ini boleh mengurangkan percikan minyak.
Elak Guna Minyak Terlalu Panas
Ads
Kerana nak cepat masak bahan yang digoreng, korang panaskan minyak hingga tahap terlalu panas, tindakan ini mengundang percikkan minyak yang kuat dan suhu yang terlalu tinggi juga mengurangkan kualiti minyak. Malah ia boleh membentuk radikal bebas. Ia tidak elok untuk kesihatan korang semua.
Taburkan Sedikit Garam Dalam Minyak
Ads
Saran ini dikatakan mampu mengurangkan percikan minyak semasa menggoreng, caranya semasa minyak mulai panas, taburkan satu sudu teh serbuk garam di dalamnya Bila anda gunakan cara ini, pastikan kurangkan jumlah garam dalam makanan yang digoreng,
Guna Kuali Berpenutup
Akhir sekali, cara terbaik dan mudah, korang boleh guna kuali berpenutut untuk mengelakkan dari terkena percikan minyak semasa menggoreng. Tapi jangan sampai terlupa membalikkan makanan yang digoreng, bimbang ia masak atau hangus sebelah.
Boleh cuba tip ini untuk mengelakkan rasa takut bila menggoreng..
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak tahu cara simpan bawang kisar tahan lama? Maklumlah, penyediaan awal rencah memasak seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia kisar adalah salah satu cara untuk menjimatkan masa memasak. Tetapi ada yang bersungut, bawang kisar tidak dapat bertahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk. Usah risau. Ada cara untuk menjadikan bawang kisar anda tahan lama. Ikuti petua di bawah ini.
CARA KISAR BAWANG SUPAYA TAHAN LAMA & LAMBAT MASAM
BAHAN-BAHAN: • Bawang merah/putih/besar| dikupas kulit, dibasuh dan dikeringkan • Minyak masak | kuantiti bergantung kepada jumlah bawang • Mesin pengisar • Sedikit garam halus
CARA-CARA:
1. Potong bawang dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Sebaiknya asingkan bawang ikut jenis dan tidak bercampur.
2. Masukkan minyak. Kuantitinya bergantung kepada jumlah bawang yang hendak dikisar.
3. Kisar hingga halus atau ikut tekstur yang dikehendaki.
4. Masukkan ke dalam bekas yang bersih dan kering. Tabur sedikit garam halus di permukaan kisaran bawang.
5. Tutup bekas dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Insya-Allah bawang kisar anda akan tahan lama.
6. Untuk memasak, ceduk sahaja kisaran bawang dan tumis seperti biasa. Hasilnya, kerja masak lebih mudah & kemanisan bawang tak hilang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Musim perayaan Tahun Baru Cina memang banyak buah limau mandarin dijual. Bukan kaum Cina saja yang memakan dan membelinya malah kaum Melayu dan India juga
Tapi awas ya, ada ramai juga yang makan limau ini kemudian terkena batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? Sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.
Menurut Dr Rosli Abdul Jalil puncanya adalah kerana sebelum makan buah limau mandarin ini ia buah ini tidak dibasuh dengan betul. Dalam pada itu beliau turut menjelaskan cara untuk kita mengelak mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.
Kongsi beliau pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak.
Cecair ini digunakan untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.
Foto : Thinkstock
Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit
Foto : Thinkstock
Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa
Foto : Thinkstock
Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa
Foto : Thinkstock
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air
Foto : Thinkstock
Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa
Foto : flickr /muh jember
Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
Isi kelapa muda secukupnya
5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
1 helai daun pandan.disimpul
3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA : 1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. 2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata. 3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. 4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!