Ikan MasinOrang kata ikan masin, lauk pembuka selera, tetapi bila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Bagi mengatasi masalah ini, berikut tip mudah yang boleh bantu kurangkan rasa masin melampau dan anda boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat. Anda boleh cuba salah satu dari tiga tip berikut:
Rendam Dengan Air Biasa
Ads
Rendam ikan masin dengan air basa selama 12-24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3-4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya.
Rendam Dengan Air Garam
Rendam ikan masim dalam air garam ( 2 liter air tambah 1 sudu akan garam). Biarkan selama 5-10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.
Ads
Rendam Dengan Air Panas
Ads
Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi yang baru nak belajar ‘membaking’ ada baiknya belajar perkara asas. Selain resipi dan sukatan, pemilihan bahan-bahan untuk membuat biskut, kek, kuih perlu juga diketahui.
Salah satu daripadanya adalah pemilihan mentega. Dalam hal ini perkongsian dari Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan. Melalui pengalaman, beliau berkongsi info jenis mentega yang sesuai dan sedap untuk membuat biskut dan kek.
Jenis pure butter untuk buat biskut dan kek
Melalui pengalaman baking dan eksperimen- eksperimen yang saya suka buat waktu aktif dahulu, di sini mungkin saya boleh berkongsi dapatan saya (disclaimer : eksperimen personal ya bukan fakta profesional).
Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu ya). Jika mahu jadikan rujukan, silakan. Jika tidak terima, it’s also ok sebab memang masing-masing punya cita rasa berbeza.
Berat Pure Butter Buku
– 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.
Salted – Unsalted, Kek atau Cookies?
– Kek sedap guna yang salted
– Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)
Jenama pure butter apa yang best dan sesuai?
SCS, Tatura, Golden Churn : Shortbread, Tart, Kek, Brownies
Anchor : Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, soft chewy cookies
Lurpark : Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, Bars
Emborg : Kek, Brownies, Bars
Dah expired boleh guna lagi ke tak
Dah tiba tarikh expired tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak? Jawapan, masih boleh. Jangka masa?
– Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan
– 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan
Kenapa pure butter tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.
Yang jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.
Salted untuk kek, unsalted untuk cookies
Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.
Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.
Gambar adalah antara ujian yang saya buat kepada rasa kepada mentega dan butterblend yang biasa ada di pasaran kita. Walaupun anda dah jumpa mentega asli terbaik, tapi jika anda nak buat cookies, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lelemak yang lain), cookies anda akan rapuh teruk ya… banyak kecainya nanti.
Sebut pasal cendawan, terbayang keenakan cendawan goreng tepung, sup cendawan dan banyak lagi sajian enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Kalau yang suka sangat, hari-hari lauk cendawan pun tak apa. Namun cendawan ni sifatnya agak ‘manja’. Ia sukar untuk disimpan lama dalam peti sejuk kerana nanti ia akan menjadi lembik dan kurang enak apabila dimasak.
Ada cara yang boleh anda cuba yang boleh memanjangkan tempoh kesegaran cendawan ini. Apa yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Cendawan segar
Tisu dapur
Kertas surat khabar
CARA-CARA:
Keluarkan cendawan yang baru dibeli dari plastik. Elakkan dari terkena air.
Ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.
Letak cendawan tadi dan bungkus dengan kemas.
Simpan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
Hasilnya cendawan yang anda beli boleh tahan lebih dari seminggu dan tidak lembik.
INFO PENTING!
Jika nak simpan cendawan, elakkan sama sekali daripada terkena air. Basuh cendawan bila nak masak sahaja.
Air akan membuatkan cendawan ‘bernafas’ dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.
Selain surat khabar, anda juga boleh menyimpan cendawan di dalam beg kertas apa apa-apa sahaja bekas yang boleh menyerap kelembapan.
Sinki di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika ia mula tersumbat, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah.
Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.
kredit: brendid.com
Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan.
Mulakan langkah penjagaan sinki anda dengan mencampurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudiannya disiram ke dalam sinki yang tersumbat.
Biarkan semalaman dan lihat hasilnya. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
Mahu lebih yakin lagi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu, sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.