Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, perumpaan paling sesuai untuk Chef Sarah Ariffin, anak kepada Chef Siti Mastura, pakar kek dan pasti dari Singapura kerana juri Hero Oven yang kecil molek ini sama seperti ibunya bab baking memang tak kalah. Kalau korang nak cuba resipi Chef Sarah, ini dua menu dessert yang dikongsikan olehnya.
BANDUNG CRÈME BRULEE
BAHAN-BAHAN:
- 200ml susu UHT | Full Fat
- 200ml krim tenusu |Dairy Whipping Cream
- 40gm gula kastor
- 130gm kuning telur atau 4 biji telur kuning
- 5 sudu makan cordial sirap rose
CARA MEMASAK:
- Dalam periuk , didihkan krim, sirap rose dan esen vanilla.
- Dalam mangkuk, pukul kuning telur dan gula hingga sebati.Ketepikan.
- Tuang 1/3 campuran susu yang telah dididihkan tadi dalam adunan kuning telur dan gula.
- Kacau menggunakan whisk sambil tuang semua campuran susu.
- Panaskan ketuhar dan bakar dengan kaedah ‘waer bath’ pada suhu 130 celsius selama 30-45 minit. Atau hingga tekstur seperti puding atau ‘wobbly’ di tengah.
- Sejukkan Crème Brulee dalam peti sejuk, taburkan gula kastor di permukaan dan bakar dengan blowtorch hingga warna bertukar perang.
MANGO BASIL RICE PUDDING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm santan
- 180ml susu UHT | Full-Fat
- 50gm mentega tanpa garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 230gm Jasmine rice
- 1 biji mangga madu Thai
- 2 sudu makan gula kastor
- 3-5 helai daun selasih
- 1 biji limau purut | ambil jus dan parutan kulit
CARA MEMASAK:
- Didihkan santan, susu, mentega dan esen vanilla.
- Masukkan beras dan masak hingga lembik. Untuk elakkan dari berkerak dan hangus, sentiasa kacau semasa proses mendapatkan nasi lembik.
- Jika terlalu pekat tambahkan air, untuk elakkan dari hangus dan puding kekal lembut.
- Hiris mangga dan dadu kecil, campurkan dengan gula, jus, parutan kulit limau dan hirisan daun selasih. Gaul hingga rata.
- Letakkan puding nasi dalam acuan dan sejukkan. Letakkan potong mangga di atas permukaan dan hias dengan daun pudina.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI