Makanan

Resipi IKAN CUKA Stail Filipina, Definisi Masak Campak-Campak Sedap, Makan Dengan Nasi Bertambah-Tambah!

Share

Ikan masak cuka antara lauk orang dulu-dulu yang menjadi kesukaan ramai.Ada pelbagai cara untuk memasak lauk ikan masak cuka ini. Kebiasaannya ikan perlu digoreng terlebih dahulu, dimasukkan cuka dan bawang yang banyak.

Namun sedikit berbeza dengan resipi ikan cuka stail Filipina, ikannya tak perlu digoreng malah mengunakan cuka dan minyak yang agak banyak serta dimasak dalam api perlahan sehingga ikan benar-benar mesra dan sebati dengan semua bahan.

Perkongsian resipi Ikan Masak Cuka daripada Shasazzys ini boleh dijadikan panduan. Menurut wanita ini, resipi ini dipelajari daripada arwah ibu saudaranya yang berasal dari Filipina.

“I memang love ikan cuka ni, a Filipino recipe from my late aunty Lilibeth. Makan dengan nasi bertambah-tambah… memang tak boleh stop. A true savoury guilty pleasure 🤍

“Kalau buat ni confirm jadi! Ni definisi masak campak-campak sedap. Takde tumis takde cara yang renyah. Just campak semua bahan-bahan, tutup and siap. Bahan jangan kedekut. Cili bawang banyak tu yang tambah-tambah sedap,”

Bahan-Bahan:

Ikan sardin/selayang/ikan aye.
Bawang merah *mayang/ hiris
Bawang putih *hiris atau tak hiris pun boleh
Cili padi
sedikit Halia *hiris
sedikit Lada itam kasar serbuk *sikit
1 cawan Cuka (bergantung jumlah & saiz ikan)
1 cawan Minyak
Garam
Serbuk perasa

Cara Membuat:

1. Susun bawang merah terlebih dahulu dalam periuk, kemudian susun pula ikan di atasnya
2. Selepas itu, tabur je bahan-bahan lain macam dalam gambar ni.
3. Kemudian, curah cuka dan air, selepas itu letak semua perasa.
4. Tutup periuk, masak api kecil je sehingga cuka kering dan tinggal minyak je.

Siap! mudah je kan.

RASA: Menarik juga resipi ringkas ikan cuka stail Filipina yang dikongsikan ini. Tak perlu renyah nak goreng ikan atau tumis bahan-bahan, tingga lebur je semua dalam periuk. Boleh cuba nanti.

Sumber: Shasazzys

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Published by
Suhaidah Abd Wahab