Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup, Ini Caranya!

Share

Petua ikan bilis goreng kekal rangup, ini caranya! Biasanya bila dah tinggal lama sikit ikan bilis goreng jadi lemau. Liza Idris berkongsi petua untuk ikan bilis goreng kekal rangup, baru sedap makan dengan nasi lemak sampai petang. Dah simpan dalam bekas untuk beberapa hari pun masih rangup. Boleh cuba nanti!

Petua ikan bilis goreng kekal rangup

Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye.

Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.

Cara-caranya:

  1. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.
  2. Resjiskan cuka ikut keperluan.
  3. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu.
  4. Panaskan minyak, biar betul-betul panas.
  5. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
  6. Dah garing, angkat dan toskan minyak.
  7. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.

Semoga bermanfaat

Kredit: Liza Idris

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN