Bila menjengah ke ruang dapur setiap kediaman, saiznya tidak sama. Jika luas ia merupakan bonus untuk anda menggayakan dengan bebas. Sebaliknya jika ruang dapur anda kecil dan kompak perlulah bijak menggayakannya agar mampu memberi persembahan yang bukan sahaja praktikal malah selesa. Pun begitu dalam membentuk ruang dapur bersaiz kecil ini agar tampak lebih luas pada pandangan mata, ada trik yang tersendiri. Antaranya :-

  1. Bentuk kabinet hingga ke siling

Menggayakaan kabinet gantung hingga mencecah ke siling dapat mengarah pandangan mata lebih meninggi. Ini secara tidak langsung dapat membentuk ilusi ruang dapur kelihatan lebih tinggi, besar dan luas.

  1. Pilih warna yang cerah

Pilihlah warna-warna yang dapat memberi kesan lapang seperti merah, oren, kuning, kelabu atau biru. Hindari daripada menggayakan kabinet rona gelap yang akan menyebabkan ruang menjadi lebih padat dan sempit.

  1. Penambahan cahaya

Semakin banyak cahaya yang mengalir melalui sebuah ruang akan menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih besar. Maka ada baiknya bukaan tingkap di ruang dapur di tinggikan dan dilebarkan untuk membenarkan cahaya masuk sepenuhnya.

Ads
  1. Lampu di bawah kabinet

Menempatkan lampu di bawah kabinet dan lampu tumpu ke arah siling akan memberi ruang dapur kelihatan lebih tinggi dan menjadikan ruang tampak luas.

  1. Penggayaan para atau kabinet terbuka

Jika boleh, praktikkan penggayaan beberapa unit para atau kabinet terbuka di bahagian kabinet gantung untuk memberi kebebasan ruang dari terus dikongkong oleh binaan kabinet yang tampak menyesakkan di ruangan dapur sempit.

  1. Kosongkan bahagian lantai

Jangan sekali-kali menambah kesesakan ruang dapur yang kecil dengan perletakkan barang atau perkakasan di atas lantai. Contohnya meletakkan bakul sampah, biarpun hal ini sering dilakukan ramai orang. Sebaiknya tempatkan bakul sampah yang berpenutup ke dalam kabinet dasar. Selain dapat menghindar daripada gangguan trafik di ruang dapur ia turut dapat membantu menampilkan ruang dapur lebih kemas dan selesa.

Moga memberi manfaat buat anda yang baru nak berpindah ke kediaman baru.

Jika anda sedang mencari PETI SEJUK baru, boleh klik DISINI.

INGIN MEMBELI JUICER, BOLEH LIHAT DI SINI.

Minyak Masak Terpakai Boleh Jual Balik. Duitnya Boleh ‘Rolling’ Beli Minyak Baru.

Ads

Cream Cheese Homemade, Sangat Mudah Hanya 4 Langkah Je.

DIY Rak Gantung Jimat Ruang Dapur. Modal RM 80 Aje.

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI