Tak tahu nak masa apa untuk hidangan berbuka? Tengoklah Rasa Nostalgia Ramadan, macam- macam resipi kita kongsikan.

Dalam episod 5 ini memang terhibur dibuat dengan gelagat Didie dan Enot masing-masing menyempurnakan resipi nostalgia untuk dihidangkan ketika berbuka.

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

Didie sempat mengimbau kenangan kali pertama bertemu di set penggambaran ketika itu waktu Ramadan , Enot masakkannya Rendang Udang. Memang nampak sedap dan menyelerakan.

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

Hidangan pemanis mulut disediakan oleh Didie yang menjadi kegemaran Enot Lepat Labu dan Pisang.

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

 

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

RENDANG UDANG

BAHAN – BAHAN:

1kg udang Harimau

1kg santan Kara

1 helai daun kunyit

4 sudu besar kerisik

Ads

4 helai daun limau purut

Minyak masak untuk menggoreng udang

Garam secukupnya

Maggi Cukup Rasa

Ajinomoto

Gula Merah secukupnya

Air asam jawa

BAHAN KISAR:

3 ulas bawang putih

2 biji bawang besar

10 biji cili api hijau

1 inci kunyit hidup

4 batang serai

3 inci halia

1 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA:

1.Panaskan kuali dan goreng udang yang sudah dibersihkan. Masak sekejap hingga kekuningan.Ketepikan

2.Kemudian masukkan bahan kisar hingga naik bau / pecah minyak.

3.Tambahkan santan, air asam jawa, daun limau purut, kerisik, garam & gula merah secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.

4.Bila sudah mendidih masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali masukkan daun kunyit.

5.Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Terpulang pada citarasa  masing-masing.

6.Padamkan api dan hidangkan.

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

LEPAT LABU DAN PISANG

BAHAN – BAHAN:

1 biji  labu kuning ( (kukus dan dilecek)

1 sisir pisang -dilenyek

Ads

2 sudu besar gula pasir

Daun pisang-layurkan dulu

Gula Merah secukupnya

1 cawan tepung gandum

Kelapa parut + garam ( untuk inti )

CARA MEMASAK:

1.Campurkan gula pasir , gula merah dan tepung ke dalam adunan labu dan pisang yang telah dilenyek.

2.Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung,adunan ni tak terlalu lembik.

3.Letak adunan 1 atau 2 sudu besar atas daun pisang.

4.Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya.

5.Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.

6.Kukus sampai masak.

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

Ads

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

 

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang PaduAir Tulen, Bersih dan Segar Dari LG PuriCare™

Minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan tenaga kepada badan. Tetapi dalam bulan puasa, lebih kurang 13 jam tubuh tidak mendapat air di waktu siang hari. Jadi ketika berbuka ramai akan minum pelbagai jenis air khususnya yang manis-manis  belaka.  Jadi untuk memberikan keseimbangan kepada tubuh, kita perlu minum air kosong yang tulen, bersih dan segar selepas berbuka.

Tidak sukar mana kerana kita boleh bawakan minuman ini ke dalam rumah dan boleh diminum atau digunakan untuk memasak dan sebagainya. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD sangat mudah dikendalikan. Mudah dipasang dan tidak menggunakan banyak ruang.

Ia juga mempunyai Aplikasi LG ThinQ™   berfungsi untuk memantau penggunaan air dan menggunakan mod Diagnosis untuk mengesan sebarang kesalahan produk. Jadi air dari mesin ini sentiasa mempunyai tahap ketulenan, kebersihan yang kesegaran yang berkualiti.

Ia juga dilengkapi dengan Alert Change Filter, di mana pengguna dapat memantau keadaan penapis pembersih air dengan mudah melalui lampu indikasi untuk memastikan prestasi sentiasa dioptimumkan. Jadi kita tidak perlu risau dengan tahap kebersihan air yang kita minum atau memasak setiap hari.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

 

Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini

Gabungan Rendang Udang , Lepat Labu & Pisang Didie Alias Dan Enot Memang Padu

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI