Final Muzikal Lawak Superstar 2025: Malam Gelak & Kudap-Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda!

Share

Hujung minggu anda biasanya penuh dengan aktiviti memasak, waktu santai bersama keluarga dan sesi menonton rancangan kegemaran? Kalau ya, Final Muzikal Lawak Superstar 2025 (MLS5) pada 29 November ini adalah pilihan paling sesuai untuk menaikkan mood seisi rumah.

Dengan tema epik “Clash of Empire”, pentas final tahun ini bukan sekadar menawarkan lawak spontan, tetapi persembahan berskala besar yang lengkap dengan kostum, muzik dan lawak kreatif yang pasti menceriakan ruang tamu anda. Final ini turut mengekalkan DNA komedi muzikalnya yang menjadi tarikan utama peminat sejak musim pertama.

Dengan tagline “Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw”, musim kelima menampilkan kumpulan yang membawa identiti empayar seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, Mughal, Ottoman dan banyak lagi, setiap satunya berjuang mempertahankan “takhta komedi” dengan gaya masing-masing. Tidak hairanlah ramai penonton menjadikan Final Muzikal Lawak Superstar 2025

sebagai acara wajib tonton hujung minggu.

Finalis Berentap Dengan Identiti Empayar

Untuk final MLS5, empat kumpulan terbaik bakal memberikan persembahan paling hebat musim ini, iaitu:

  • Nanas (Dinasti Ottoman)
  • Kimbab (Joseon)
  • Roda (Roman)
  • Puteh (Mughal)

Keempat-empat kumpulan ini telah membuktikan kekuatan komedi masing-masing sepanjang musim dan final ini menjadi penentu siapa yang bakal dinobatkan sebagai Empayar Lawak Terunggul.

Juri Baharu, Rasa Baharu

Kemeriahan Final Muzikal Lawak Superstar 2025 juga diperkukuh dengan gandingan juri yang buat pertama kali tampil bersama:

  • Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil)
  • Zizan Razak
  • Bella Astillah

Manakala pentas masih dikemudi oleh pengacara ikonik Dato’ AC Mizal, memastikan suasana pentas kekal hidup dari awal hingga akhir. Dengan 70% markah daripada juri dan 30% daripada undian penonton, keputusan final dijangka penuh debaran.

BACA: Resipi Popcorn Caramel Homemade, Masak Guna Periuk Je

Pengalaman Menonton Lebih Syok Dengan Kudap-Kudap Homemade

Rancangan penuh gelak seperti MLS5 memang paling best jika ditonton sambil menikmati makanan ringan. Selain menjadikan suasana lebih cosy, ia juga menaikkan “vibe” kekeluargaan ketika menonton bersama. Anda boleh sediakan beberapa kudapan mudah ini:

  • Popcorn Homemade Mentega Madu – wangi, manis dan rangup.
  • Nachos Cheese simple – tambah cili flakes untuk versi pedas.
  • Roti Garlic air fryer – hidangan cepat siap, tapi padu.
  • Keropok Redas rangup – pilihan paling ngam untuk penggemar snek lokal.
  • Teh Tarik atau Kopi Panas – pelengkap malam hujung minggu.

Tambah pula dengan gelak tawa dari peserta dan juri, suasana ruang tamu anda pasti terasa seperti berada di panggung sebenar.

MLS5: Rancangan Yang Mengumpulkan Seluruh Keluarga

Seperti yang ditekankan dalam ucapan Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, Muzikal Lawak Superstar bukan sekadar hiburan, tetapi platform yang mengangkat seni komedi sebagai karya bernilai tinggi. Gabungan vokal, lakonan, tarian, muzik dan jenaka yang disampaikan dengan penuh keikhlasan. Ia juga menjadi jambatan mengumpulkan bakat pelbagai generasi dalam satu pentas.

Dan inilah yang membuatkan MLS5 sangat serasi sebagai acara tontonan keluarga: ia ringan, lucu, penuh warna dan yang paling penting, menyatukan semua orang tanpa mengira umur. Daripada yang kecil sampai yang dewasa, semua pasti ada sebab untuk ketawa bersama.

Jangan Terlepas Final MLS5

Pastikan anda duduk selesa, sediakan snek kegemaran, dan nikmati malam penuh hiburan ini. Anda boleh menonton MLS5 secara langsung di Astro Prima, serta menstrimnya melalui Astro GO dan sooka. Untuk kaki drama, muzik dan komedi, Final Muzikal Lawak Superstar 2025 bukan sekadar final, ia sebuah pengalaman hiburan keluarga yang wajib ditonton.

Published by
Naqiyatul Uzma