Ads
Ads

Maklumat Pertandingan

Nota : Pendaftaran terbuka kepada hotel & pengusaha kafe sahaja

Tema Utama :

“The Art of Sweet Marvels”
Menggabungkan seni, inovasi, dan kreativiti dalam pembuatan kek sebagai tarikan visual dan rasa. Setiap kek yang dipamerkan adalah karya seni dengan cerita di sebaliknya. Peserta perlu hasilkan satu kek bertemakan “Fantasi Moden” — interpretasi bebas, janji hasilnya WOW!

Konsep Acara :

1. Eksposisi Kek Kreatif:

  • Setiap peserta mempamerkan kek “signature” masing-masing, dengan elemen kreatif seperti kek berbentuk objek realistik, bangunan ikonik, atau bertemakan budaya tempatan.
  • Kek boleh berasaskan tema tertentu

2. Kisah di Sebalik Kek:

  • Setiap kek dilengkapi papan maklumat tentang inspirasi, bahan, dan proses pembuatannya.
  • Demo video pendek oleh pembuat kek (ditayangkan di skrin) menceritakan cabaran dan teknik unik yang digunakan.
  • Format video melintang berdurasi 3 minit

Jenis kek : Bebas (kek span, kek coklat, kek keju dll.)
Saiz : Minimum 40 cm diameter (bulat) atau 40 cm x 40 cm (petak)
Hiasan : Boleh guna fondant, krim, coklat, edible deco – janji boleh dimakan!
Penyertaan : Maksimum 3 orang

Pemarkahan :

  • Kreativiti reka bentuk (30%) – Unik, imaginatif dan luar jangkaan
  • Ketepatan Tema (20%) – Kek sepadan dengan tema “Fantasi Moden”
  • Kemasan & Teknik (20%) – Kekemasan dekorasi, teknik profesional
  • Rasa & Tekstur (20%) – Keseimbangan rasa dan tekstur
  • Persembahan Keseluruhan (10%) – ‘Wow factor’ secara visual & persembahan

Terma & Syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada semua pengusaha hotel/ kafe di Malaysia
  2. Semua kek mestilah hasil buatan sendiri – bukan kek komersial atau siap beli.
  3. Tema “Fantasi Moden” wajib diikuti – peserta bebas untuk interpretasi.
  4. Kek mestilah boleh dimakan minimum 50%  – hiasan tidak boleh 100% artifisial.
  5. Satu penyertaan sahaja dibenarkan untuk setiap pengusaha
  6. Semua penyertaan mesti dihantar bersama nama kek, senarai bahan & inspirasi tema.
  7. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan: 10 Mei 2025
  8. Penganjur berhak menggunakan gambar kek untuk tujuan promosi.
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  1. Peserta perlu bersedia untuk membawa kek ke Lokasi pertandingan dan bertanggungjawab sepenuhnya keselamatan kek. (Penganjur tidak menyediakan chiller untuk kek)

Hadiah pertandingan berbentuk Media Value kepada perniagaan pengusaha :

Pertama : Media Coverage bernilai RM30,000

Kedua : Media Coverage bernilai RM20,000

Ketiga :  Media Coverage bernilai RM15,000

Saguhati 3 x : Media Coverage bernilai RM8,000

 

Sila lengkapkan borang di bawah untuk penyertaan

Contoh : 60127746225

SeeNI ×