Maklumat Pertandingan
Nota : Terbuka kepada pelajar kulinari sahaja
Terma & Syarat Pertandingan:
- Terbuka kepada penyertaan berkumpulan (maksimum 5 ahli).
- Setiap organisasi dibenarkan menghantar MAKSIMUM dua (2) kumpulan yang diinginkan.
- Setiap kumpulan hanya boleh menghantar satu set susunan dan mengikut kesesuaian saiz tidak melebihi 4 kaki tinggi (atas faktor keselamatan)
- Semua donut dan bomboloni mestilah buatan sendiri; produk siap dari kedai tidak dibenarkan.
- Aspek kebersihan penyediaan perlu diutamakan.
- Penggunaan bahan tambahan untuk hiasan dibenarkan tetapi mestilah halal dan selamat dimakan.
- Set struktur donut dan bomboloni perlu siap untuk dipertunjukkan sebelum pertandingan bermula.
- Pendaftaran awal diperlukan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Januari 2025 dan menghantar gambar berkumpulan bagi tujuan promosi.
- Hasil susunan akan dinilai berdasarkan kreativiti, kecantikan visual, dan keaslian idea.
- Peserta dilarang menggunakan sebarang bahan yang boleh mencetuskan alergi tanpa label yang jelas.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Peserta perlu berada di lokasi pertandingan sekurang-kurangnya sejam sebelum masa pertandingan bermula.
- Segala kos pertandingan adalah di bawah tanggungan oraganisasi sendiri.
Sila lengkapkan borang di bawah untuk penyertaan