Maklumat Pertandingan
Nota : Terbuka kepada pelajar kulinari sahaja
Konsep :
Pelajar perlu mencipta pencuci mulut yang disusun dan digubah menyerupai taman atau landskap alam.
Size minimum ialah 60 cm x 60 cm (empat segi) atau 60 cm diameter (bulat)
Cabaran :
Gunakan elemen edible seperti coklat, gula, atau krim untuk menghasilkan tekstur seperti pasir, daun, dan bunga.
Pemarkahan :
- Kreativiti reka bentuk.
- Persembahan visual.
- Keseimbangan rasa.
Penjelasan :
Ketua Kumpulan perlu mampu menerangkan hasil ‘karya ciptaan’ dengan jelas dan lancar.
Penyertaan :
- Pertandingan ini terbuka kepada pelajar kulinari dari institusi yang diiktiraf.
2. Penyertaan secara berkumpulan (maksimum 5 ahli setiap kumpulan).
3. Peserta mesti berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan berlangsung. - Setiap kumpulan perlu mengisi borang penyertaan yang lengkap sebelum tarikh tutup pendaftaran sebelum atau pada 10 Mei 2025
Format Pertandingan :
1. Setiap kumpulan diberikan masa 5 minit untuk menerangkan ciptaan.
2. Semua elemen dalam hidangan mesti boleh dimakan sepenuhnya dan mematuhi tema “Edible Garden”.
3. Pencuci mulut mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu elemen berikut:
- Bahan coklat.
- Komponen buah atau sayuran.
- Teknik kreatif seperti hiasan fondant atau gula tarik.
4. Setiap kumpulan perlu sertakan VT (video) proses penyiapan rekaan dengan format melintang berdurasi 2-3 minit.
Peralatan dan Bahan :
1. Semua bahan masakan dan peralatan ditanggung pihak peserta.
2 Hasil rekaan perlu disiapkan di premis kulinari masing-masing
Penilaian : Penilaian akan dilakukan oleh panel juri profesional berdasarkan kriteria berikut:
- Kreativiti dan persembahan reka bentuk: Inovasi dan interpretasi tema “Edible Garden” (30 markah)
- Rasa dan keseimbangan: Gabungan rasa dan tekstur hidangan (20 markah)
- Penggunaan bahan: Kecekapan dan kepelbagaian bahan (20) markah)
- Penerangan yang jelas (15 markah)
- Video The Making Of (15 markah)
Peraturan Am :
1. Peserta mesti mematuhi arahan penganjur dan menjaga kebersihan semasa pertandingan. Karya perlu ditutup dengan baik.
2. Sebarang tindakan yang tidak jujur seperti penggunaan bahan pra-dibuat yang tidak dibenarkan akan menyebabkan penyingkiran.
3. Hasil ‘karya’ adalah dibawah tanggungjawab peserta sepanjang berada di lokasi acara.
Hak Penganjur :
1. Penganjur berhak menggunakan gambar dan video hidangan peserta untuk tujuan promosi tanpa bayaran tambahan.
2. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku semasa pertandingan.
Sila lengkapkan borang di bawah untuk penyertaan