Rancangan Rasa Instafamous episod ke 13 kali ini menampilkan Ezal Ezlizan sebagai tetamu undangan. Berketerampilan dan berpewatakan menarik, siapa sangka jejaka ini seorang yang pandai memasak.

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

Ditanya mengenai permulaan penglibatan beliau dalam bidang masakan,  menurut Ezal, bukanlah suatu yang asing baginya. Ini kerana Ezal sudah mula belajar memasak sejak berusia 9 tahun lagi.

Sejak dari umur 9-10 tahun, saya sudah mula belajar memasak. Ini kerana pada waktu iatu, mak dan ayah bekerja. Jadi kalau terasa nak makan apa-apa, cubalah buat sendiri. Pada mulanya, memang taka da minat langsung. Tapi bila dah cuba, minat tu datang secara sendiri, ujar Ezal.

 

INSPIRASI DARI ORANG TUA

Ezal bertuah kerana dikelilingi oleh kaum keluarga yang sememangnya handal dalam bidang masakan. Ibunya merupakan seorang tukang masak yang handal manakala neneknya juga mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Maka tidak hairanlah jika Ezal mewarisi bakat dan kebolehan dalam menghasilkan sajian-sajian yang enak ini.

Pendedahan dalam bidang kulinari ni secara ‘formal’ memang tiada. Ini kerana saya banyak belajar dari mak dan tok secara ‘direct’. Contohnya jika teringin nak makan gulai, saya akan bertanya pada tok akan cara-caranya. Jadi dari situ saya belajar teknik dan cara memasak hidangan yang enak dan lazat, tambah Ezal lagi.

Jika anak muda seusianya lebih gemar makan di kedai atau restoran, Ezal amat bertuah kerana memiliki kemahiran untuk memasak. Antara jenis masakan yang menjadi pilihan beliau ialah masakan tradisional seperti lauk pauk Melayu yang senang dan cepat dimasak dan mudah untuk dihasilkan terutamanya bila pulang dari pejabat.

Terasa nak cuba masakan  Ezal Ezlizan? Istimewa buat semua, dalam Rasa Instafamous kali ini, Ezal telah berkongsi tiga resipi kegemaran beliau yang tentunya sangat sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Selamat mencuba!

 

1. KERABU THAI / SOMTHAM

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji limau nipis
  • 5 biji cili padi
  • 50g udang kering
  • 50g ikan bilis
  • 30g kacang tanah
  • 1 biji betik muda
  • 2 biji mangga muda
  • 2 biji tomato
  • 1 batang lobak merah
  • 1 ikat kacang panjang
  • 1 biji timun
  • 100g salad
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar kicap masin thai / nampla

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kacang dan ikan bilis terlebih dahulu.
  2. Sagat betik muda dan mangga muda.
  3. Tumbuk bawang putih, cili padi, udang kering, ikan bilis, kacang tanah, tomato, kacang panjang secara separa hancur.
  4. Masukkan garam, gula, nampla/sos ikan dan air limau nipis.
  5. Gaulkan dan masukkan betik, mangga, lobak merah dan tumbuk sebati.
  6. Hidangkan dengan daun salad, timun, kacang panjang dan pelbagai jenis ulan kesukaan.
  7. Sedia untuk dihidang.

 

2. KARI KEPALA IKAN UTARA

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor kepala ikan merah
  • 3 bungkus kecil serbuk kari
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 keping asam keping
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili besar merah
  • 2 biji cili besar hijau
  • 5 batang sayur bendi
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tunis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari, asam keping, kiub pati ayam, dan garam.
  4. Masukkan ikan dan biarkan ikan masak.
  5. Masukkan bendi, cili merah, cili hijau serta tomato.
  6. Sedia untuk dihidang.

 

IKLAN

3. PULUT PISANG SIRA

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

BAHAN-BAHAN:

  • ½ kg beras pulut
  • 1kg santan
  • 3 helai daun pandan
  • 10 biji pisang emas
  • 3 ketul gula Melaka
  • 4 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Cuci dan rendam beras pulut terlebih dahulu.
  2. Kukus beras pulut bersama santan dan sedikit garam hingga masak.
  3. Dalam satu periuk lain, masukkan santan, gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
  4. Masak sehingga sebati dan masukkan pisang emas yang telah dibelah dua.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Sedia untuk dihidang bersama pulut.

 

 

MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA

IKLAN

Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakkan namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.

Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.

Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.

Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.

 

BEHIND THE SCENE

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

Ezal Ezlizan Kongsi 3 Resipi Istimewa Inspirasi Dari Ibu & Nenek Dalam Rasa Instafamous Episod 13.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI