Melalui facebook Rasa Share Resipi, Husna Azlan telah berkongsi tip yang sangat berguna untuk semua yang ingin masak ikan. Ini kerana dia berkongsi petua untuk hilangkan hanyir pada ikan. Masak ikan kalau masih ada bau hanyir, memang sangat tak best, kan?
Jom kita baca apa petua daripada Husna.
1. Orang dulu, kalau nak hilangkan bau hanyir ikan, mereka akan letak gandum, limau, cuka atau garam kasar. Rasa ikan lepas dimasak pun best berbanding kalau dibasuh biasa tanpa diletak apa-apa pada ikan.
Ads
2. Satu lagi cara adalah gunakan daun pokok jambu batu. Ambil beberapa helai daun jambu ikut pada jumlah ikan yang hendak dimasak. Kemudian basuh dan ramas daun jambu itu. Ramas dalam air. Kemudian rendam ikan dalam air ramasan daun jambu itu. Gosok pada ikan. Bilas ikan. Kemudian masak macam biasa.
Hati siapa yang tak bangga bila tengok pokok tumbuh subur. Lebih lebih lagi kalau buahnya ranum dan mekar. Rupanya bukan susah pun nak tanam pokok capsicum atau lada benggala ni.
.
Ikut aja perkongsian ilmu daripada Mell Akmalini. Katanya, “First time tanam alhamdulillah menjadi. Renek aje pokoknya tapi buah kerap jadi. Benih saya ambil dari capsicum yang dibeli dari pasar sahaja.”
Bagi yang nak tahu cara semainya, jom tengok langkah demi langkah dan teknik dari Mell ini :
CARA SEMAI POKOK CAPSICUM :
1. Beli capsicum di pasar berdekatan
2. Ambil bijinya, dan rendam dalam air semalam
3. Biji yang terapung itu dibuang . Yang lain lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Ini gambar usia anak pokok lebih 10 hari
.
6. Sembur air 2 kali sehari.
.
7. Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari. Bila besar sedikit pindah ke tanah atau pasu yang lebih besar.
8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.
“Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar“, akhiri Mell.
Bawang tidak kira, bawang besar, merah, Holland mahupun bawang putih, ia adalah keperluan utama dalam kebanyakan perencah dan tumisan masakan dan mesti ada dalam setiap dapur. Disebabkan ia barang keperluan dapur, pasti ramai yang membelinya dalam jumlah yang banyak. Tapi macama mana anda menyimpannya supaya tahan lama?
Sebagai info, berikut RASA kongsikan cara menyimpan bawang supaya tahan lama, kekal segar dan tidak busuk walaupun disimpan berminggu-minggu.
Simpan Di Tempat Terbuka & Kering
Pastikan untuk menyimpan bawang di tempat terbuka dan kering. Bawang yang disimpan di tempat seperti ini akan tahan lama. Elakkan simpan bawang di tempat basah atau lembab kerana ia boleh menyebabkan bawang cepat busuk dan keluar tunas.
Asingkan Dengan Barang Dapur Lain
Pastikan bawang tidak disimpan bersama sayur-sayuran atau bahan dapur yang lain seperti cili kering dan rempah ratus kerana ini akan menjadikan bawang cepat busuk, rosak dan rasanya juga berubah.
Simpan Bawang Telah Dikupas
Simpan bawang yang telah dikupas di dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Apabila sedia digunakan baru dicuci, dihiris atau dikisar sebelum dijadikan bahan campuran penumis masakan.
Simpan Bawang Dalam Bentuk Kisar atau Dihiris
JIka anda jenis mak-mak yang sibuk dan mahu menjimatkan masa di dapur. Boleh saja simpan bawang yang telah dikisar halus di dalam freezer tetapi hendaklah ia dimasukkan dalam bekas yang bertutup kemas. Apabila ingin memasak ambil hanya untuk keperluan, lebihnya simpan semula dalam freezer.
Senangkan? Semoga tip ini dapat membantu dan selamat mencuba ye…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selalu hadapi masalah buat pastri kulit karipap tak rangup, mudah lemau, terlembik atau keras sangat. Jangan risau, ini ada cara senang nak buat pastri karipap yang rangup, dan tak mudah lemau. Kepada penggemar karipap boleh cuba ni.
Guna Sukatan Yang Betul
Ini penting, sebelum mula menguli pastikan sukatan bahan adalah betul. Contoh untuk 10 biji karipap, korang perlukan 200gram tepung protein tinggi, ½ sudu teh garam, 2 sudu makan marjerin serta70ml air suam. Penambahan garam dan marjerin menjadikan kulit karipan lebih sedap dan sedikit lemak. Sementara air suam menbantu menjadikan kulit rangup. Jika ingin membuat dalam jumlah lebih banyak, korang hanya perlu tambah sukatan ikut keperluan. Pastikan semasa mencanai, pasti jangan terlalu nipis atau tebal, kerana kalua nipis akan mudah terkoyak dan tebal kurang rangup.
Adun Bahan Dengan Cara Yang Betul
Semasa mengadun korang kena ikut step yang betul, mulakan dengan mencampurkan tepung, garam dan marjerin, adun hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian tambahkan air suam sedikit demi sedikit sambal terus adun hingga sebati,
Adunan Jangan Terlalu Keras Semasa Diadun
Menguli kulit karipap tidak seperti menguli adunan roti. Adunan tidak boleh terlalu keras kerana adunan yang terlalu keras akan menyebabkan kulit tidak rangup.
Canai kulit karipap dengan betul dan sebati.
Canai kulit karipap hingga sebati, oleh itu jangan takut untuk mencanainya adunan berulang kali dan nipis sebelum sedia diterap dengan acuan karipap. Untuk mengelakkan kulit karipap yang dicanai melekat pada papan pencanai atau rolling pin, korang sapukan tepung pada rolling dan papan pencanai.
Inti Karipap Jangan Terlalu Basah
Ingat ye, bukan hanya kulit, inti juga mempengaruhi kerangupan kulit karipap, jika menggunakan inti yang terlalu basah atau masih panas ia menyebabkan kulit karipap lembek. Oleh itu semasa menumis korang masukkan sedikit saja air, sekadar untuk memasak dan melembutkan kentang saja. Perlu diingatkan pastikan inti sejuk sebelum dimasukkan dalam kulit karipap ye.
Semasa Menggoreng Siramkan Karipap Dengan Minyak Goreng
Semasa menggoreng, korang sambil membalik-balikkan karipap, korang juga boleh siramkan bahagian atasnya dengan minyak goreng tersebut untuk membantu kulit kembang dan rangup.
Macam mana korang senangkan, lepas ni bolehlah buat sendiri dan makan lebih puas. Kalau buat lebih, boleh frozenkan dan ganya perlu goreng bila teringin.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!