Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Datin Fatimah, Pakar Buat Ketupat Palas

Datin Fatimah, Pakar Buat Ketupat Palas

Seronoknya tengok  Datin Fatimah memasak sambil melayan karenah empat anaknya di dapur, Bukan calang-calang mak yang boleh masak sambil layan anak di dapur seperti  ibu muda kepada empat cahaya mata, Afreal Idris,11,  Afrieyan Idris,9,  Afriena Irdina, 6 dan Afriessa Irdina,4 tahun.

Tak sangka, rupanya Datin Fatimah memang pakar masak Ketupat Daun Palas Utara. Tak sampai seminit dan siap satu ketupat dibalut memang laju dan kemas hasil kejadiannya. Dalam pada admin membelit-belit daun palas Datin dan siap 3-4 biji.. haha.

“Saya belajar balut ketupat ni sejak zaman sekolah lagi kerana inilah menu wajib keluarga saya di Kedah, Bila sudah selalu buat memanglah laju,” ujar Datin Fatimah ramah.

Sambil menunggu ketupat palas yang  dikukus masak, Datin Fatimah kembali ke dapur untuk menyediakan tauhu sumbat kegemaran anak-anaknya pulak. Tidak sampai lima minit inti siap ditumis. Sambil memanaskan minyak,  sempat menyumbat tauhu dengan inti, kemudian dicelup dalam telur dan digoreng. Ternyata ia mudah dan ringkas.

“Anak-anak suka tauhu sumbat inti sayur  tapi khas untuk hari ini saya sediakan tauhu sumbat inti daging kisar.  Tauhu sumbat ini sedap dihidangkan dengan sos cili,” cerita Datin Fatimah sambil menyumbat dan menggoreng tauhu sumbatnya.

IKLAN

Habis sahaja menggoreng tauhu, admin mencuba satu,  makan panas-panas dengan sos  pedas manis yang disediakan sendiri oleh beliau. Ditambah pula dengan  tauhu yang ranggup, memang terbaik sebagai kudapan.

Datin Fatimah, Pakar Buat Ketupat Palas

KETUBAT PALAS UTARA
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg pulut susu
  • 1 sudu butter
  • 200ml santan
  • 150 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun palas

CARA MEMASAK:

  1. Cuci pulut sehingga bersih dan toskan sehingga kering.
  2. Panaskan periuk dan masukkan butter,garam, gula, santan, air dan daun pandan.
  3. Kemudian masukkan pulut dan kacau sehingga kering.
  4. Angkat dan letakkan dalam bekas yang besar dan tunggu sehinnga sejuk.
  5. Setelah pulut sejuk, balut pulut dengan daun palas.
  6. Panaskan periuk kukus, dan kukus ketupat palas lebih kurang satu jam.
  7. Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.

Datin Fatimah, Pakar Buat Ketupat Palas

TAUHU SUMBAT DAGING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji 10 | potong dua bentuk tiga segi
  • 200gm daging kisar
  • 1 batang lobak merah | potong dadu halus
  • 1 biji bawang Holland
  • 3 sudu serbuk kari campur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perasa
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak ikan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng semua tauhu sehingga keperangan.
  2. Kemudan sejukkan tauhu dan dibelah dua. Ketepikan.
  3. Korek dan keluarkan  isi tauhu, kemudian hancurkannya hingga halus.
  4. Untuk menyediakan inti: Panaskan minyak dan tumis bawang ,lobak merah sehingga naik bau
  5. Masukkan daging dan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi, tumis sehingga masak.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk kari campur dan perasa.
  7. Apabila sudah masak ambil kulit tauhu yang telah dikorek isi tadi kemudian sumbat dengan inti yang telah siap tadi.
  8. Panaskan minyak dalam kuali.
  9. Sementara itu, pecahkan telur, kemudian peraakan dengan sos ikan dan dipukul hingga sekata.
  10. Celup tauhu yang telah disumbat intinya  ke dalam teluar dan goreng sehingga keperangan.
  11. Tauhu sedia dihidangkan bersama sos cili Thai.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI