Laman

Dah Potong Sawi Untuk Masak, Pangkal Jangan Buang. Boleh Tanam Semula

Share

Kalau masak sayur sawi, dah potong daun, bahagian bawah atau pangkalnya jangan buang ya. Rupanya kita boleh simpan dan tanam semula.

Selain guna biji benih, kita juga boleh sawi guna kaedah ini. Caranya dikongsi oleh Puan Oggy Bungsu.

  1. Ambil keratan sawi bahagian pangkal, kemudian rendam dalam 30 minit. Tak perlu yang ada akar pun.

2. Sediakan bekas, tebuk bahagian bawahnya untuk pengaliran air. Isi dengan tanah.

3. Kemudian ambil keratan sawi tadi dan cucuk dalam tanam, biar dalam sedikit. Selepas tanam siram, pastikan tanah lembap (siram 3 kali sehari).

4. Bila dah keluar 3-4 helai daun boleh alih ke polibeg.

5. Ini hasilnya, lakukan siraman dan letak baja bila pokok mulai naik.

Sumber: Puan Oggy Bungsu

IKLAN