Daging Rebus Air Asam Kerisik, Dah Rasa Sekali Mesti Nak Buat Lagi!

Nak masak lauk yang nampak simple tapi rasa dia buat orang ketagih? Inilah dia Daging Rebus Air Asam Kerisik. Daging lembut direbus empuk, kemudian disiram dengan kuah air asam berkerisik yang padu. Masam, pedas, dan ada rasa lemak berasap.