Daging masak hitam ala kenduri ini memang sedap. Lagi lama masak lagi sedap. Sering kali dihidangkan ketika majlis kenduri-kendara seperti kenduri kahwin. Tapi, bulan puasa macam ni, jarang sangat orang buat kenduri Kahwin. Tekak pula tiba-tiba teringin nak makan.
Ha…apa lagi. Masak sendiri lah kat rumah. Boleh ikut resipi yang dikongsikah oleh puan Rusfaniza Abu Majid ini. Makan waktu buka sedap, buat makan waktu sahur pun sesuai. Selamat mencuba ye!
Perap daging dengan kicap manis dan kicap pekat serta cili kering kisar. Seeloknya perap selama 2-3 jam. Barulah sedap sebab rempah dah sebati dengan daging.
Sementara tunggu daging diperap, kisar dulu bawang besar, bawang putih, halia (dalam bekas biru).
Kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam (bekas pink).
Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan. Kemudian masukkan bahan kisar dalam bekas biru.
Ads
Apabila bawang dah garing, masukkan rempah dalam bekas pink pula. Kacau sekata.
Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan daging. Gunakan api perlahan dan jangan letak air kerana nanti daging keluar air.
Masak sampai kering (macam dalam gambar).Kalau ikutkan sudah ada rasa masin dan manis dan tak perlu masuk garam dan gula lagi. Tapi kalau suka manis sedikit, letak jugak 2 sudu besar gula.
Nak sedap, masak hingga 3 jam ye. Memang lama tapi tapi berbaloi Bila air daging keluar nanti, perlahankan api dan tutup kuali. Sebaik daging kering, lembutlah daging tu. Selamat mencuba ye!
Sempena Hari Raya Aidiladha kamu bolehlah sediakan hidangan sup berasaskan lembu, pelbagai jenis sup boleh di sediakan tau. 6 jenis bahagian ini memang popular dan sedap jika di buat sup. Untuk kamu yang gemarkannya boleh mencuba resipi yang Rasa kongsikan ini. Selamat mencuba.
RESIPI SUP KAKI KERBAU/LEMBU
BAHAN-BAHAN:
Bahan direbus bersama:
Kaki lembu / Kerbau
Halia sejengkal
Asam keping 5 keping
Garam
Serbuk perasa
Bahan tumis:
Halia 3 inci-kisar
Bawang putih 5 ulas-kisar
Bawang merah 2 labu-kisar
Kayu manis
Bunga lawang
Jintan manis dan jintan putih
Lada hitam
Serbuk sup 5 sudu
Bahan hiasan/penyeri:
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi yang dipotong-potong
CARA MEMASAK:
1. Rebus kaki lembu bersama bahan2 yang direbus selama 2 -3 jam dalam periuk. Kalau guna pressure cooker 1 jam je. Biar betul-betul empuk tau. Kalau tak nanti lemak dan urat tak sedap dimakan.
2. Gorengkan bahan2 tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yang lain dan akhir sekali masukkan serbuk sup tu. Goreng sampai pecah minyak.
3. Pabila sup dalam periuk dah mendidih (estimate separuh empuk kaki tu), tuangkan semua bahan tumis tadi dalam periuk. Wahhh memang naik baunya. Tutup periuk tersebut. Kemudian teruskan merebus sehingga betul2 empuk. Nanti kuah akan menjadi pekat. Boleh campurkan sedikit air. Nanti pabila betul2 empuk, kuah akan pekat kembali.
4. Hidangkan dalam mangkuk. Tabur bahan-bahan hiasan tadi. Bukan sekadar hiasan tetapi penyedap sup juga. Makan panas-panas.
5. Untuk lebih nikmat, sediakan straw untuk menyedut lemak2 dalam kaki tu. Walla!
RESIPI SUP TULANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC/kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cuka makan
*Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air bersama serai, cili, jus limau nipis, bawang putih dan bawang merah sehingga sedikit mendidih.
2.Kemudian masukkan perut dan perasakan dengan garam serta gula mengikut cita rasa anda. Biarkan mendidih seketika.
3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
RESIPI SUP LIDAH
BAHAN-BAHAN:
500g lidah lembu – direbus hingga empuk dan dihiris halus
rempah 4 serangkai – kulit kayu manis (2), bunga lawang (2), buah pelaga (4) dan bunga cengkih(2)
1 sudu besar rempah sup adabi
5 biji bawang merah – tumbuk
2 biji bawang putih -tumbuk
2 inci halia – tumbuk
semangkuk kecil bawang goreng
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
500ml air – ikut suka nak kuah lebih lebihlah air
minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
panaskan minyak dan tumis rempah 4 serangkai
lepas tu, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau
bila dah naik bau masukkan air dan rempah sup , biarkan hingga mendidih
bila dah mendidih, masukkan lidah lembu, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris (guna separuh je)
masak sehingga mendidih dan rasakan garam dan ada hitam
Sedia untuk dihidangkan dengan dengan nasi panas atau roti. Jangan lupa tabur bawang goreng , daun sup dan daun bawang serta perah asam limau.
2kg ekor lembu (oxtail), minta tukang daging memotongnya menjadi potongan 4-5cm
1 liter stok daging lembu
1 batang kayu manis 3”
2 bunga lawang
30g halia, dipukul sedikit
12g galangal, ringan dihancurkan
5g serai, hanya bahagian bawah, ringan dihancurkan (kira-kira 1 serai)
Aromatik:
520g bawang besar
25g bawang putih, dikupas
130g saderi, seluruh batang, daun ditanggalkan & diguna sebagai bahan sup
Untuk sup:
200g lobak merah, dikupas & dipotong 5cm panjang dan kemudian dibelah 4
385g kentang, dikupas & dibelah 2
300g tomato, dibelah 4
75g cili hijau, kira-kira 5 keping
25g cili padi hijau, kira-kira 14 keping
85g kacang panjang, dipotong panjang 4-5cm (tidak wajib)
Daun saderi, dihiris halus (lihat bahan aromatik di atas)
5g serai, bahagian bawah sahaja, kira-kira 1 batang
2 keping daun limau purut, dikoyak kasar
1 paket sup bunjut
1 sudu kecil sos ikan
500ml stok daging lembu
1 limau, jus sahaja
2 sudu kecil lada hitam kasar
100ml minyak masak
Untuk Hiasan Hidangan:
Bawang goreng
Daun sup, daun sahaja
Limau, dibelah separuh
Roti Perancis, dipotong senget, kira-kira 2cm tebal & disapu mentega
Hidangan: 8 orang
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan periuk tekanan kedalam periuk tekanan dan masak pada api tinggi sehingga siap. Sekiranya anda tidak mempunyai periuk tekanan, baca tip kami di bawah.
Bahan-bahan dimasukkan kedalam periuk tekanan
Periuk tekanan mempunyai butang untuk menandakan bila ia siap
Proses memasak sedang dilakukan bila butang masih tertekan
Proses memasak siap apabila butang muncul dan stim terkeluar
Buka tudung periuk tekanan. Kecilkan api dan reneh selama 1 jam.
Semasa ekor mereneh, tanggalkan daun dari saderi dan batang daun sup dan tepikan untuk sup dan hidangan.
Dalam pengisar makanan, masukkan semua bahan aromatik dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses kisaran. Tepikan sehingga ekor sudah direneh.
Sediakan dan potong bahan-bahan lain sambil menunggu ekor.
Bahan-bahan lain sudah dipotong dan siap untuk dimasak
CARA MEMASAK:
1. Dalam periuk besar, panaskan minyak.
2. Bila minyak secukup panas, masukkan campuran aromatik dan tangkai serai. Tumis sehingga berwarna perang sedikit, kira-kira 15 minit.
Tumis bahan-bahan aromatik anda
3. Tuangkan seluruh isi periuk tekanan ke dalam periuk. Lakukan langkah ini dengan perlahan dan was-was kerana periuk tekanan agak berat dan sangat panas.
Sedia untuk menuangkan kuah ekor
Biar hingga mendidih
4. Masukkan sup bunjut, kentang, daun limau purut, lada hitam, sos ikan dan stok daging lembu.
5. Biar ia mendidih pada suhu panas selama 20 minit. Kacau sekali-sekala.
6. Masukkan lobak merah, tomato, kacang panjang (jika menggunakan) dan semua cili. Tambah jus limau. Rebus selama 20 minit lagi.
Semua bahan-bahan telah dimasukkan ke dalam sup
7. Kecilkan api dan biarkan ia reneh untuk 20 minit. Kacau sekali-sekala. Masa memasak tambahan ini benar-benar menonjolkan rasa sup ekor.
8. Bila sedia untuk dihidang, masukkan satu atau dua keping ekor ke dalam mangkuk dan isi dengan sup. Taburkan bawang goreng, daun sup, dan setengah biji limau. Hidang dengan roti Perancis.
TIP TAMBAHAN:
Jika anda tidak mempunyai stok daging lembu, stok ayam boleh digunakan juga.
Tiada periuk tekanan? Tiada masalah. Masukkan semua bahan-bahan periuk tekanan ke dalam periuk besar, tutup, dan masak sehingga mendidih.
Kecilkan api, keluarkan penutup, dan reneh selama kira-kira dua jam atau sehingga ekor lembu lembut dan senang dipetik dari tulangnya.
Tambahan kacang panjang bagus jika anda mempunyai anak-anak di rumah yang tidak suka makan sayur-sayuran mereka. Jika anda tidak suka kacang panjang dalam sup anda, ia tidak akan memberi kesan kepada rasa sup jika anda tidak menggunakannya.
Jika anda tidak merancang untuk makan sup dengan serta merta, sup ekor anda akan rasa lebih sedap esok. Biarkan ia sejuk sepenuhnya di dalam periuk sebelum dimasukkan ke bekas kedap udara dan simpannya di dalam peti sejuk. Bila anda bersedia untuk memanaskan semula sup anda, keluarkan minyak sebati di atas permukaan sup (jika ada) untuk rasa yang lebih kuat.
Jika anda akan menyimpan sup ekor untuk dimakan beberapa kali, bahagikannya ke dalam bekal hidangan satu atau dua orang untuk pemanasan yang mudah. Anda juga boleh membekukan sup lebih selama dua hingga tiga bulan.
Hidangan stew memang sangat sedap dan mudah nak dimasak. Lauk ini boleh dikatakan lengkap dengan daging dan sayur kerana kita boleh letak banyak sayur dalam masakannya. Antaranya boleh masukkan kentang, saleri dan juga lobak merah. Jadi, andai kata anda tak sempat nak masak banyak lauk, boleh cuba stew daging ini.
STEW DAGING DAN SAYUR CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
300 gram daging batang pinang | hiris nipis
2 cm halia
2 ulas bawang putih | diketuk
1 biji ubi kentang | potong dadu
Lobak merah | potong dadu
Saleri | potong kecil
3 cawan air
Sedikit kiub pati daging
5 biji lada putih | tumbuk
Secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan daging dan masak sekejap. Kacau selalu.
2. Masukkan halia, bawang putih, ubi kentang, lobak merah dan saleri.
3. Masukkan air, kiub pati daging, lada putih dan lada hitam.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
5. Masukkan garam jika suka. Biarkan seketika dan matikan api.
Selain dijadikan ulam, petai juga boleh dijadikan sebagai tambahan pada lauk yang dimasak. JIka sebelum ini petai selalu jadi tambahan dalam sambal tumis, kali ini boleh juga dimasukkan dalam hidangan daging goreng.
Apa kata korang cuba resipi daging goreng petai ni. Memang sangat sedap. Apatah lagi dimakan panas-panas dengan nasi putih panas. Tambahkan cili biar pedas-pedas sikit. Sedap weh.
DAGING GORENG PETAI
BAHAN-BAHAN
• Bawang putih (ditumbuk)
• Halia (ditumbuk)
• Daging (dihiris nipis)
• Kunyit
• Garam
• Minyak masak untuk menggoreng
• 1 biji bawang holand atau bawang besar (dihiris)
• Sos tiram
• Cili merah
• Gula dan garam secukup rasa
• Petai
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih dan halia. Jangan sampai lumat. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air jika perlu. Jangan goreng garing pula. Bila daging dah empuk, boleh tutup api dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu. Masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati.
4. Kemudian masukkan cili merah, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!