Shah Alam, 26 November 2025 – Musim perayaan kali ini menjanjikan detik yang lebih bermakna di Concorde Hotel Shah Alam apabila hotel ikonik ini mempersembahkan rangkaian promosi Food & Beverage yang memikat sempena sambutan Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026. Turut diterajui oleh Executive Chef Alham Ahmad Daldiri bersama pasukan kulinari berbakat, Melting Pot Café di Level 1 bersedia menghidangkan pengalaman makan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga meninggalkan memori manis untuk para tetamu.

Dengan reputasi sebagai antara destinasi buffet terbaik di Shah Alam, hotel ini menampilkan seleksi hidangan antarabangsa dan tempatan yang sesuai dinikmati bersama rakan, keluarga mahupun pasangan. Tahun ini, konsep yang dibawakan adalah meraikan “togetherness” membawa semua orang berkumpul untuk menikmati suasana perayaan yang hangat dan mengujakan.

Christmas Eve Buffet Dinner – 24 Disember 2025

Concorde Hotel Shah Alam Sajikan Promosi Hebat Musim Perayaan 2025 di Melting Pot Café
Christmas Eve Buffet Dinner

Sambut malam Krismas dalam suasana meriah dengan Christmas Eve Buffet Dinner di Melting Pot Café. Tetamu bakal disajikan hidangan signatur seperti Salted Crusted Whole Salmon Fish dihidang bersama Chive Cream Sauce dan Yorkshire Pudding, serta Roasted Whole Lamb yang dipadankan dengan Mint Yoghurt Sauce, Black Pepper Sauce dan Baked Pumpkin Cube.

Bagi penggemar makanan laut, barisan pilihan seperti Fresh Auckland Oysters, Half Shell Mussels, Poached Yabbies, Smoked Fish dengan Capsicum, Traditional Pate’ dan Salmon Gravlax pastinya memuaskan selera. Tidak dilupakan juga pencuci mulut bertema Krismas seperti Chocolate Mountain Choux Puff Tower, Fruit Cake dan Ginger Bread House yang tampil memukau dari segi rasa dan persembahan.

 

  • RM155 nett (dewasa)
  • RM115 nett (warga emas)
  • RM85 nett (kanak-kanak 5–12 tahun)

Christmas Day Buffet Hi-Tea – 25 Disember 2025

Concorde Hotel Shah Alam Sajikan Promosi Hebat Musim Perayaan 2025 di Melting Pot Café

Rayakan hari Krismas penuh ceria dengan Christmas Day Buffet Hi-Tea yang menampilkan kombinasi hidangan panas, menu tradisi perayaan dan pencuci mulut yang memikat. Antara pilihan utama ialah Baked Whole Seabass with Pink Peppercorn Gravy, Yorkshire Pudding, Whole Chicken with Mushroom, serta pelbagai hidangan sampingan berinspirasikan menu perayaan antarabangsa.

Ads

Lebih istimewa, suasana santai hi-tea ini diserikan dengan alunan lagu-lagu Krismas oleh Batak Band, menjadikan suasana lebih meriah dan nostalgik sesuai untuk keluarga yang ingin meraikan perayaan dalam suasana hangat.

  • RM95 nett (dewasa)
  • RM75 nett (warga emas)
  • RM55 nett (kanak-kanak)

Christmas Day Buffet Dinner – 25 Disember 2025

Concorde Hotel Shah Alam Sajikan Promosi Hebat Musim Perayaan 2025 di Melting Pot Café

Pada sebelah malam, tetamu yang ingin menikmati lebih banyak seleksi makanan boleh memilih Christmas Day Buffet Dinner. Dengan hidangan lengkap daripada pembuka selera, sajian utama sehingga pencuci mulut, Melting Pot Café menyediakan persembahan buffet yang padat dengan cita rasa antarabangsa yang selari dengan standard Concorde Hotel Shah Alam.

  • RM105 nett (dewasa)
  • RM75 nett (warga emas)
  • RM55 nett (kanak-kanak)

Sambutan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam

New Year’s Eve Buffet Dinner – 31 Disember 2025

Concorde Hotel Shah Alam Sajikan Promosi Hebat Musim Perayaan 2025 di Melting Pot Café

Ads

Akhiri tahun 2025 dengan hidangan penuh citarasa di New Year’s Eve Buffet Dinner. Buffet ini menawarkan pelbagai hidangan istimewa, mencakupi pilihan manis, masin dan enak yang disediakan khas oleh pasukan Chef Alham Ahmad Daldiri. Ia merupakan pilihan ideal untuk keluarga yang ingin meraikan makan malam Tahun Baru dalam suasana yang selesa di Concorde Hotel Shah Alam.

  • RM155 nett (dewasa)
  • RM115 nett (warga emas)
  • RM85 nett (kanak-kanak)

New Year’s Eve Countdown – Crossroads Lounge

Selepas menikmati buffet, sambung sambutan meriah di Crossroads Lounge yang menawarkan acara istimewa “Dangdut Rock Countdown”. Para tetamu boleh menari, bermain permainan interaktif, dan berpeluang memenangi hadiah melalui cabutan bertuah. Acara penuh hiburan ini berlangsung dari 7 malam hingga 12.45 pagi, menjadikannya antara tarikan utama malam tersebut.

  • RM88 nett per pax (Termasuk 1 minuman tanpa alkohol, party pack & peluang menang lucky draw)

New Year’s Day Buffet – 1 Januari 2026

Memulakan tahun baru dengan hidangan enak adalah cara terbaik untuk memulakan 2026. Tetamu boleh memilih sama ada menikmati New Year’s Day Buffet Hi-Tea atau Buffet Dinner di Melting Pot Café. Kedua-duanya menyediakan variasi menu antarabangsa dan tempatan yang disempurnakan oleh pasukan kulinari berpengalaman di Concorde Hotel Shah Alam.

Harga Hi-Tea

  • RM95 nett (dewasa)
  • RM75 nett (warga emas)
  • RM55 nett (kanak-kanak)

Harga Dinner

  • RM105 nett (dewasa)
  • RM75 nett (warga emas)
  • RM55 nett (kanak-kanak)

Tempahan & Pertanyaan

Untuk pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi Melting Pot Café, Level 1:

Ads

T: 03 5520 8000 Ext 2210 / 2304
E: shah@concorde.net

Dengan rangkaian promosi yang meriah dan menarik, Concorde Hotel Shah Alam sekali lagi menjadi destinasi pilihan utama untuk menikmati suasana perayaan yang mengujakan dan penuh kenangan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads