Waktu panas memang seronok dapat minuman yang menyejukkan tekak. Lagi-lagi kalau ada banyak pilihan menu untuk dipilih. Lokasi kedai comel ini terletak di kawasan Chowkit di belakang Plaza GM menyediakan lebih dari 20 jenis minuman yang menyegarkan antara minuman Hot Selling adalah Biscoff Vietnamess. 

 

 

Antara menu minuman lain yang menjadi pilihan pelanggan Niansdesserts adalah: 

BANDUNG KAWAII

 CENDOL AISKRIM VANILLA

IKLAN

GREEN TEA ADD ON COOKIES

STRAWBERRY MILKSHAKES VANILLA MASHMELLOW

MANGO VANILLA

IKLAN

APPLE SODA

BISCOFF VIETNAMESE

 

IKLAN

Bentuk dan rekaan yang unik kedai ini telah menarik ramai pelanggan untuk datang dan membeli minuman yang disediakan. Rekaan air yang menarik dan berwarna warni juga menjadi salah satu tarikan untuk para pelanggan mengambil gambar minuman untuk di muat naik di laman sosial. Secara tidak langsung semakin ramai pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk mendapatkan minuman di kedai comel ini! Ada waktunya kedai ini terpaksa tutup awal kerana kehabisan bahan. Ada lebih baiknya jika sebelum ke kedai ini hubungi tuan kedai supaya tak kecewa nanti bila dah sampai kedai dah tutup pula.

 

Kedai ini di buka setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi di pautan WhatsApp ini. 

 

Kredit foto: Niansdesserts 

Pemilik kedai: Gamepie