
Bersempena dengan sambutan Mid-Autumn Festival, pandamart menyediakan kuih bulan dengan berinti pelbagai eksklusif dari Tai Thong bermula dengan harga dari RM 14.90. Boleh dapatkan dalam 3 perisa klasik seperti Pure Lotus, Lotus Single Yolk, dan Pure Red Bean. Sangat sedap untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan.
Kebiasaan, kuih bulan berinti salted egg yolk melambangkan bulan. Lagi banyak egg yolk dalam kuih bulan, lagi murah rezeki katanya.
Untuk memeriahkan lagi suasana Mid-Autumn Festival boleh cek tarikh di bawah ni dengan pelbagai jualan yang boleh dinikmati.
12-18 Ogos 2022: Mooncake Mania
19-25 Ogos 2022: Mid-Autumn Specials
26 Ogos – 1 September: Tea Party
2-8 September 2022: Mooncake Mania
9-15 September 2022: BBQ Bonanza
Boleh pesan secara online melalui aplikasi foodpanda dan pesanan akan dihantar terus ke pintu rumah!
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.foodpanda.com
Sambal Nasi Ayam Penyet. Sambal Ekspres, Best Buat Buka.

Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland
• 1 biji tomato
• 4 tangkai cili besar
• 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• sedikit belacan
• gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.
2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar)
3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk
4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba !
Kredit Resipi : Nuhaz Kitchen by Nurhaziqah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI SAMBAL INI :
Tumbuh Setahun Sekali, Cendawan Petir Masak Sambal Memang Terkenang!

Pernah makan kulat taun/tahun @ cendawan petir, pernah dengar? Uniknya kulat tahun/petir dengan cendawan lain ialah kerana ia tumbuh setahun hanya sekali dan sukar untuk memperolehnya kecuali di ladang-ladang kelapa sawit atau getah dan kawasan berbusut di belukar kampung.
Kulat Taun atau Tahun…kenapa panggil tahun…mak saya kata orang dolu-dolu bagi nama sebab die tumbuh sekali setahun sahaja…hehe tak taulah betul ke tak…tapi maksudnye jarang2 lah ade tapi bila ada memang org carik sangat…sebab sangat sedak!!!Mak pun kata, ada aje yang tumbuh lebih dari sekali pun…dia lebih mengikut musim…dulu-dulu ada selalu tumbuh kat kebun getah kami tapi sekarang dah takde…kat rumah mak saudara pun dah tak tumbuh…kadang ada tumbuh di kawasan kebun kelapa sawit.Mak kata ia akan ade banyak tumbuh muncul mase musim hujan dan panas dan ade petir banyak…hehehe sebab itu ade tempat panggil dia cendawan petir

Sesetengah orang berpendapat kulat atau cendawan tahun ini lazimnya didapati tumbuh hanya beberapa hari kemudian selepas adanya dentuman petir dan hujan lebat di sesuatu lokasi atau kawasan. Keunikkan yang ketara membezakan kulat tahun dengan cendawan lain ialah kerana ia tumbuh setahun hanya sekali dan sukar untuk memperolehnya kecuali di ladang-ladang kelapa sawit atau getah dan kawasan berbusut di belukar kampung. Benarlah seperti bidalan atau pepatah Melayu “seperti cendawan tumbuh selepas hujan’.


SAMBAL MERAH KULAT TAUN@TAHUN
- Kulat taun 3 ikat
- Lada kering 10-20 keping (kalau suka pedas tambah lagi)
- belacan 1 inci setengah
- Bawang merah kecil 10-15 ulas
- Bawang putih 2-3 ulas
- Halia 3/4 inci
- Garam kasar secukup rasa (tak perlu banyak sebb dah ade belacan)
- Minyak masak secukupnya
- Air jika perlu
CARA MEMASAK:
- Bersihkan Kulat taun, check betul takut ada ulat atau serangga dan sisa tanah, belah dua kulat tersebut, sebab kadang-kadang dia tak elok. kalau tak dicuci dengan betul mungkin boleh menyebabkan bisa perut atau bisa hati, loya dan mual.
- Kesemua lada, belacan, bawang merah, dan bawang putih, dan halia ditumbuk halus.
- Tidak perlu menggunakan air jika bahan dikisar guna blender.. sebab ia akan mengurangkan kesedapan.
- Tumiskan bahan kisar tersebut sehingga naik bau dan naik minyak, sesudah itu masukkan kulat taun tersebut dan kacau sehingga dia masak. Jika perlu tambah sedikit air jika tidak tak perlu. Rasa jika kurang masin tambahkan garam.
- Siap hidangkan bersama nasi panas.
*sedap juga jika dimasak gulai atau sup.
Selamat mencuba!
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI TIPS INI:
Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang, Korang Bolehlah Cuba.

Korang pernah makan kuih Mochi, kuih berasal dari Jepun yang berwarana warni dan berinti manis ini mula digemari oleh masyrakat Malaysia. Namun tahu tak korang yang kuih ini sangat senang disediakan kerana ia diperbuat dari tepung pulutn yang memberikan tekstur kulit Mochi berasa kenyal dan intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa korang semua. Bagi memudahkan ini RASA kongsi resipi dan cara membuat kuih Mochi Inti Kacang Tanah yang sangat sedap.
KUIH MOCHI INTI KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
Kulit Mochi:
- 400gm tepung beras pulut | sangai sekejap
- 40gm tepung beras | sangai sekejap
- 70gm tepung jagung | sangai sekejap
- 200gm gula pasir
- 3500ml air
- 150ml susu penuh krim
- 4 sudu makan mentega
- 1 sudu teh garam halus
- Pewarna kuning dan merah
BAHAN INTI:
- 160gm kacang tanah
- 60gm gula pasir
- 6 sudu makan air masask
CARA MEMASAK:
Untuk Menyediakan Kulit Mochi:
- masukkan tepung pulut di dalam mangkuk adunan bersama tepung beras dan mentega.
- Adun rata.Campurkan gula garam, susu dan air, larutkan bersama.
- Kemudian tuangkan dalam mangukuk berisi campuran tepung tadi.
- Gaul rata hingga menjadi doh lembut (tidak terlalu cair atau keras).
- Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
- Setiap satu bahagian warna dengan warna hijau, kuning dan merah.
- Gaul rata supaya adunan sebati.
- Kemudian kukus antara 25-30 minit dalam pengukus yang sudah sedia dipanaskan.
- Setelah masak biarkan sejuk sedikit.
Untuk Menyediakan Inti:
- Goreng sangai kacang tanah yang telah dibuang kulit.
- Kemudian tumbuk atau kisar kasar.
- Larutkan gula bersama air suam. Kemudian tuang air gula dalam mangkuk kacang tadi.
- Gaul rata hingga sebati. Ketepikan.
Cara Masukkan Inti:
- Ambil tiga sudu makaan adunan kulit Mochi lalu leperkan di atas tangan dengan yang telah disapukan dengan tepung jagung tadi.
- Kemudian letakkan 1 sudu makan inti kacang ditengahnya.
- Kemudiaan balut inti hingga menjadi bentuk bulat.
- Kemudiaan golekkannya di atas tepung jagung yang telah disangai.
- Kuih Mochi sedia dihidangkan.
Senangkan? Harap percubaan korang menjadi dengan jayanya ye…