Bulan Ramadan kian sampai ke penghujungnya. Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan hari ini, giliran Dato’ Seri Vida, Cik B dan Kacak pula berkongsi resipi-resipi nostalgia yang menjadi kegemaran mereka.

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

Siapa sangka, selain berbakat dalam bidang seni, Cik B ni rupanya boleh memasak. Kemana tumbahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dato’ Seri Vida pun handal di dapur. Jadi anak daranya pun pastilah pandai juga.

Dalam keterujaan anak beranak ini memasak, Datuk Chef Wan pun datang berkunjung. Siap tolong Cik B memasak lagi. Wah…Lain auranya bila chef selebriti terkemuka pun puji masakan Cik B yang nampak sedap dan menyelerakan ni.

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

Istimewa buat semua penonton, Cik B telah berkongsi resipi dua menu nostalgia istimewa yang sangat mudah, sedap dan sesuai dijadikan sajian berbuka puasa iaitu Ikan Siakap Terbang dan Koktel Kelapa.

Jadi bagi anda yang sudah menonton Rasa Nostalgia Ramadan, jangan lupa untuk mencuba resipi-resipi yang mereka kongsikan ini. Pasti menambat selera.

 

IKLAN

IKAN SIAKAP TERBANG

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap – dibersihkan dan dibelah tengah (butterfly)
  • Tepung goreng serbaguna secukupnya
  • 1 tangkai daun ketumbar – hiris
  • 2-3 ulas bawang putih – hiris
  • 2-3 biji bawang merah – hiris
  • 5-6 biji cili padi – hiris
  • 1-2 biji tomato – hiris
  • 3-4 biji limau nipis
  • Gula melaka @ gula kabung Thai secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Ambil ikan dan lumurkan bersama sedikit garam. Kemudian salutkan dengan tepung goreng serbaguna hingga rata.
  2. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali. Kemudian goreng ikan tadi hingga garing keemasan. Angkat dan letak dalam pinggan.
  3. Untuk menyediakan sosnya, satukan gula melaka @ gula kabung thai bersama jus limau nipis dan sedikit garam. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar, bawang putih, bawang merah, cili padi dan juga tomato. Sebatikan. Rasa sos supaya cukup rasa masam, masin dan manisnya.
  5. Tuang sos diatas ikan yang telah digoreng tadi.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

KOKTEL KELAPA

IKLAN

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji air kelapa muda bersama isinya
  • 1 mangkuk Nata De Coco
  • 6-7 biji sumi
  • 4-5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 mangkuk susu cair

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan susu pekat manis ke dalam mangkuk. Jika perlu, tambah sedikit air panas untuk larutkan susu.
  2. Kemudian masukkan susu cair, nata de coco dan juga sumi.
  3. Seterusnya masukkan isi kelapa muda bersama airnya. Sebatikan.
  4. Tambah ais sebelum dinikmati.

 

LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang

Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih.  Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.

IKLAN

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini.    Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.

Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini  juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Cik B Tunjuk Skil Masak Ikan Siakap Terbang & Koktel Kelapa. Datuk Chef Wan & Dato’ Seri Vida Pun Kagum

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI