Nama insan ini tak perlu lagi untuk diperkenalkan kerana beliau sudah terkenal di seluruh pelosok negara. Malah nama Chef Wan sudah dikenali di seantero dunia. Program masakan beliau bukan hanya membabitkan di tanah air malah beliau sudah banyak bekerjasama dengan chef antarabangsa.

Chef Wan Terima Anugerah Tokoh Ikon FELDA 2019

Melihatkan kejayaan demi kejayaan yang dibawa Chef Wan dalam industri kulinari, pemilik nama Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Ikon FELDA 2019. Beliau ialah generasi kedua FELDA yang meraih kejayaan besar dalam kerjaya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan anugerah tersebut pada Chef Wan pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3, Pahang.

Chef Wan Terima Anugerah Tokoh Ikon FELDA 2019

IKLAN

RASA tampilkan petikan kata-kata Chef Wan melalui instagram beliau.

“Thank you FELDA for honoring me with this national award. Insya-Allah i would love to assist and work on some of FELDA assisting project or new ones to be propose by me working along with so many talented and experienced Malaysian yang jujur.

Together we work for the rakyat, bangsa, negara and most of all for Allah. We need to make that huge turn around. Hearing Tun Dr Mahathir speech on behalf of the current government we hope to assist the government to inspire and assist many of our young FELDA generations to be successful. Insya-Allah.”

ANAK MELAYU PERLU UBAH SIKAP

Chef Wan Terima Anugerah Tokoh Ikon FELDA 2019

Chef Wan menyarankan anak Melayu perlu ubah sikap. Jangan malas dan hanya tahu menyalahkan orang lain apabila diri tidak maju. Usaha perlu ada. Seseorang yang rajin berusaha pasti kejayaan akan berada di depannya.

IKLAN

“Sikap anak muda Melayu kita mesti berubah supaya mereka juga can enjoy the slice of the cake in this country! The best man always win in the end pun. Jika kita malas dan malu berusaha dan tak sanggup atau berani menerima cabaran hidup dari Allah we will never be successful in life. Duduk la situ menyalahkan mak bapak, kerajaan dan macam-macam lagi melainkan sikap dan kelemahan diri kita masing-masing.

 

SUARAKAN KEBAIKAN

Hidup ini tak perlu la sangat main drama dan memutar belit kan itu dan ini. Say it loud when u can afford to speak out for all the good principals that u want to hold on too. Memang bila kita nak menyuara kan sesuatu yang baik tak ramai manusia yang suka mendengarnya. Kita akan terima segala cacian, kutuk mengutuk serta di pandang hina dan serong.

Look at Tun Dr M our beloved PM journey pun. Its a tough one. Betapa berat mata memandang lagi berat bahu beliau memikulnya. Yet there so many maggots from the gutters out there show very little respect of his contribution and sacrficies to this nation.

 

TAHNIAH CHEF WAN

Chef Wan Terima Anugerah Tokoh Ikon FELDA 2019

MAJALAH RASA mengucapkan tahniah kepada Chef Wan atas anugerah yang diperoleh. Semoga kerjaya Chef Wan semakin memberangsangkan apatah lagi dengan kemunculan restoran terbaharu Chef Wan di tengah ibu kota dengan nama De.Wan 1958.

Terbaharu, RASA bekerjasama dengan Chef Wan untuk rancangan RASA Nostalgia Ramadan yang bersiaran setiap dari di Astro Prima sepanjang bulan puasa yang lalu.

IKLAN

Selain kejayaan dalam kerjaya, Chef Wan turut memberi inspirasi kepada setiap anak supaya menjaga kebajikan ibu bapa selagi hayat mereka dikandung badan. Melalui instagram, Chef Wan selalu mengatakan supaya anak-anak jaga ibu bapa mereka. Malah jangan kedekut kerana dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Sebab itulah Chef Wan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Sekali lagi, tahniah Chef Wan!

Chef Wan Terima Anugerah Tokoh Ikon FELDA 2019

 

Kredit: Instagram Chef Wan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI