Siapa saja yang tidak menggemari kek keju atau cheese cake yang original atau pelbagai rasa. Asal ada cara yang mudah dan sedap pastinya ia menjadi pilihan bukan sahaja untuk suri rumahtangga tapi bagi wanita yang sibuk dan bekerjaya juga. Berikut 4 resipi kek lapis cheese yang anda boleh cuba tanpa perlu fikir nak bakar pakai apa.

1. Cheese Cake Layer Coklat

Bahan-bahan :

  • 2 Bungkus Biskut Cheese ‘Saltcheese Khong Guan’
    1 Paket Cheedar Cheese (untuk lebih rasa cheese)
    500gm Tatura Cream Cheese (lain brand pun bole)
    250gm Buttercup
    1 Cawan Fresh Milk Dutch Lady (untuk celup biskut)
    1 Tin Kecil Susu Creamer Manis Cap Junjung 388g
    1 Paket Kecil Milo
    2 Kotak Coklat Cadbury di Cairkan

Cara Membuat :

  1. Pukul cream cheese, susu creamer manis dan buttercup sampai kembang.
    (Pakai mixer untuk lebih cepat dan senang)
  2. Setelah kembang, masukkan 1/2 cheedar cheese sedikit demi sedikit.
    (1/2 cheedar untuk parutan / hiasan kek).
    Pukul lagi sehingga aduan sebati.
  3. Bahagikan kepada 2bahagian, 1 bahagian cheese tadi masukkan milo dan coklat Cadbury dan gaul sebati.
  4. Masukkan adunan 1st layer cheese, celupkan biskut ke dlm fresh milk dan susun satu persatu.
  5. Parutkan cheedar cheese pada lapisan tadi (untuk lebih cantik)
  6. Lapisan 2nd layer, coklat.
  7. Buat berlapis-lapis sampai habis.
  8. Setelah siap melapis, parutkan cheedar cheese di lapisan atas sekali.
  9. Simpan di dalam fridge selama 2jam.

2. Kek lapis-lapis cheese

Bahan-bahan

Bahan A:

IKLAN
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat
    500ml susu segar(dipanaskan)

Bahan B:

  • 500gm cheese cream (saya guna tatura)
    10ml susu segar
    1/2 cawan gula halus

Cara membuat:

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jgn sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dgn kertas minyak.
  5. Panaskan susu segar di atas api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu(suam2 panas). Susun biskut tadi dalam bekas.
  7. Lepas tu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapiskan biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dgn cara menapis serbuk biskut di atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk, biarkan selama 6jam sebelum dipotong

3. Kek lapis cheese

Bahan-bahan:

  • 1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
    1 Cawan susu segar
    250gm Cream cheese
    100gm Whipping cream non-dairy
    3 Sudu besar gula castor
    1 Sudu besar gelatin halal
    50ml air panas
  • Hiasan:
    Chocolate rice

Cara membuatnya:

IKLAN
  1. Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.
  2. Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jgn sampai lembik.
  5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.
  6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.
  7. Bekukan dalam 1-2jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.

 

4. Cheesekut dengan topping Oreo

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut original mini cracker
    250gm cream cheese
    1/2 tin susu pekat
    3-4 sudu fresh milk
  • Hiasan:
    Biskut oreo(dibuang intinya)

Cara membuatnya:

IKLAN
  1. Pukul cream cheese menggunakan mixer.
  2. Blend sampai kembang dan campurkan susu pekat kacau hingga sebati.
  3. Celupkan biskut dalam fresh milk dan susun dalam bekas.
  4. Lapiskan biskut tadi dgn adunan cream cheese sedikit demi sedikit dan ratakan.
  5. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga habis cream cheese. Lapisan cream cheese yg terakhir.
  6. Kisar biskut oreo, taburkan di lapisan cream cheese tadi.
  7. Masukkan dalam freeze selama 2 jam. Barulah dipotong.

 

Ini pulak trend baru makan cheese cake yang tengah viral… Kamu boleh cuba juga teknik membuatnya, dalam cuaca panas-panas macam ni sedap jugak dimakan

 

Posted by Makanan Most Wanted on 20hb Oktober 2017

Sumber resepi: thevocket.com