
Sibuk dengan kuliah dan segala tugasan di kampus tidak bermakna anda boleh bagi alasan tidak boleh memasak. Jika berkesempatan masuk dapur bolehlah sediakan menu kegemaran bujang yang paling senang dan kenyang ni.
BAHAN-BAHAN:
- 250gm kuay teow – cuci dan tos
- 4-6 ekor udang – bersih dan tos
- 1 ekor sotong-hiris bulat, bersih dan tos
- Sedikit hirisan isi ayam
- 1 biji telur
- Sedikit hirisan daun kucai
- Sedikit tauge
- 2 ulas bawang putih – titik
- 2 ulas bawang merah – cincang
- 1 sudu besar pes cili
- 3 tangkai cili padi-titik
- ½ sudu besar sos tiram
- ½ sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap pekat
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
- Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.
- Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuay teow.
- Langkah 5: Setelah kuah pekat, masukkan telur.
- Langkah 6: Masukkan kicap pekat.
- Langkah 7: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kauy teow sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Jika suka kerang tambahkan sahaja isi kerang rebus. Kuey teow ini enak dihidangkan bersama cili jeruk.
2 Biskut Badam Paling Enak & Rangup, Biskut Raya Betul-betul ‘Yummy’..

Kacang badam atau ‘almond’ adalah kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat dan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan.
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi.
Selalunya kacang badam dicampur dalam makanan untuk menambahkan lagi kelazatan seperti di dalam aiskrim , biskut, coklat, atau pun salad.
Menariknya,kacang badam adalah kacang yang tidak menimbulkan jerawat di muka yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita.Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu. Malahan minyak badam yang kaya dengan vitamin E ini sering digunakan dalam produk kecantikan kulit.
Jom kita dapatkan khasiat badam dengan membuat biskut raya berasaskan badam. Resepi ni dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin dari Yummilicios Cakes n Cookies yang sudi berkongsi resepi dengan RASA.
1.FLUFFY ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm minyak sapi
- 175 gm mentega
- 200 gm oat | dikisar
- 615 gm tepung gandum | diayak
- 320 gm gula kastor
Bahan hiasan :
- Kuning telur dan badam
CARA MEMASAK :
1. Pukul minyak sapi, mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan oat dan tepung gandum.
3.Bentukkan doh ikut bentuk kesukaan anda.
4. Sapukan kuning telur dan hiaskan kacang badam di atasnya.
5. Panaskan oven, bakar suhu pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 50 -60 keping
Waktu memasak: 17 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan: Ramuan oat yang sungguh sedap dan rangup
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan badam hancur ini ke dalam ramuan adunan untuk rasa lebih rangup.
2. ALMOND SHORTBREAD COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 200gm mentega
- 80gm gula aising
- 250gm tepung gandum | diayak
- 80gm badam kisar
Bahan hiasan :
- Coklat urai warna putih, secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising icing hingga kembang.
2 .Masukkan badam kisar dan tepung gandum, gaul rata hingga membentuk doh.
3. Terap dengan acuan pemotong biskut ikut bentuk yang disukai.
4. Hiaskan dengn coklat urai putih.
5. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius. Bakar hingga perang keemasan
Saiz hidangan : 40 keping
Waktu memasak: 15- 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Rasa badam yang berlemak
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF : Jika anda mahu rasa yang lebih rangup, badan jangan dikisar terlalu halus.
Buat Sendiri Samosa Sayur Yang Sedap & Senang Ni.

Untuk pengemar samosa, ini resipi samosa sayur paling ringkas, sedap dan ranggup, sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang. Kalau buat lebih boleh difrozenkan. Bila-bila teringin boleh goreng, kalau lagi rajin boleh jual, gerenti lakukan. Apa lagi jomlah kita cuba buat samosa secara langakah demi langkah seperti ditunjukkan Zaman semua kerja mahu cepat, apa kata anda sediakan menu minum petang kudapan yang ringkas tetapi berkhasiat iaitu Samosa Sayur Berdaging dan Bebola Kentang Inti Ayam. Ianya cepat dan sangat mudah disediakan, malah jika buat lebih ia boleh difrozenkan. Bila-bila teringin, hanya keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Jika ingin mencuba, berikut disertakan resipi.
SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1 cawan hirisan kubis
1 cawan parutan lobak merah
1 biji bawang merah | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lada sulah
Minyak masak | untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Koko Minuman Berkhasiat & Banyak Manfaat. Tak Rugi Jadikan Amalan

Menikmati minuman koko sama ada panas atau sejuk memang nikmat rasanya. Rasa lemak koko digemari bukan sahaja oleh kanak-kanak malah orang dewasa juga. Pun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui kandungan khasiat yang boleh diperoleh daripada amalan menikmati minuman berasaskan koko ini.
Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik.
Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Manakala serbuk koko pula merupakan produk yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E.
Khasiat minuman koko
1. Antioksida
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperoleh daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan terpenting yang terdapat di dalam koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.
2. Berupaya kurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap daripada koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai minuman yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan serangan penyakit akibat penyakit koronari jantung.
3. Mampu meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polyphenols dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
4. Mampu melambatkan proses penuaan
Penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangka masa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama lima hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida.
Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenols sebagai antioksida dalam coklat.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.