Cara Semai Capsicum, Walau Baru Mencuba Pun Boleh Tumbuh Subur

Share

Hati siapa yang tak bangga bila tengok pokok tumbuh subur. Lebih lebih lagi kalau buahnya ranum dan mekar. Rupanya bukan susah pun nak tanam pokok capsicum atau lada benggala ni.


.

Ikut aja perkongsian ilmu daripada Mell Akmal ini. Katanya, “First time tanam alhamdulillah menjadi. Renek aje pokoknya tapi buah kerap jadi. Benih saya ambil dari capsicum yang dibeli dari pasar sahaja.”

Bagi yang nak tahu cara semainya, jom tengok langkah demi langkah dan teknik dari Mell ini :

CARA SEMAI POKOK CAPSICUM :

1. Beli capsicum di pasar berdekatan

2. Ambil bijinya, dan rendam dalam air semalam

3. Biji yang terapung itu dibuang . Yang lain lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.

4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.

5. Ini gambar usia anak pokok lebih 10 hari


.

6. Sembur air 2 kali sehari.


.

7. Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari. Bila besar sedikit pindah ke tanah atau pasu yang lebih besar. 

8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.

“Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar, akhiri Mell.

Kredit foto & info : FB Mell Akmal

 

ANDA INGIN MEMBELI CAPSICUM SEGAR, BOLEH LAYARI DI SINI

INGIN TAHU TEKNIK TANAMAN YANG LAIN , JOM TELITI INI:

 

 

 

IKLAN