Sekarang ni ramai ibu-ibu yang suka buat bahan masakan secara homemade. Selain jimat belanja, bahan masak yang dihasilkan sendiri ni tentunya lebih bersih, diyakini halal, tanpa pengawet dan lebih sedap. Bagi puan-puan yang baru nak cuba, salah satu yang boleh dicuba ialah dengan membuat kuetiau mentah. Sangat mudah & anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA-CARA BUAT KUETIAU MENTAH SECARA HOMEMADE
2 3/4 cawan tepung gandum (340g)
1 cawan tepung pulut (125g)
1/2 cawan tepung beras (60g)
1 biji putih telur
1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
CARA-CARA:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Ads
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
Ads
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
Ads
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Tak susah pun. Tapi rasanya sangat sedap. Kalau anda elergik udang, jangan la buat. Mi udang ni sesuai untuk mereka yang memang suka makan seafood dan tak ada sebarang alahan. Makan panas-panas, fuhhhhh memang puas hati. Masak sendiri lagi best tau.
MI REBUS UDANG
BAHAN-BAHAN
500 gram mi kuning (dicelur)
1 kg udang segar (direbus dan dibahagikan kepada dua bahagian)
Minyak masak untuk menumis
20 tangkai cili merah (kisar halus)
10 ulas bawang merah (kisar halus)
5 ulas bawang putih (kisar halus)
50 gram udang kering (goreng tanpa minyak dan dikisar)
4 batang serai (dititik)
600 gram keledek oren
2 sudu besar gula melaka (dikikis)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
BAHAN HIASAN
Udang
4 ketul tauhu goreng (hiris nipis)
2 telur rebus (potong dua)
1 cawan taugeh (dicelur)
4 biji kentang (potong dadu dan digoreng)
6 biji limau kasturi (belah dua)
5 tangkai cili merah (hiris nipis)
Bawang goreng
3 tangkai daun sup (hiris nipis)
3 tangkai daun bawang (hiris nipis)
CARA MEMASAK
Cara Masak Kuah
1. Rebus keledek sehingga masak dan lenyek halus. Ketepikan
2. Rebus udang. Kopek kulitnya dan asingkan. Kisar halus kulit dan kepalanya. Tapis. Ketepikan.
3. Kisar halus cili merah, bawang merah, bawang putih dan cili kering. Tumis bahan kisar bersama serai.
4. Masukkan air rebusan udang. Keledek, gula melaka, serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan kuahnya pekat.
Cara Menghidang
1. Celurkan mi. Tuangkan kuah ke atas mi. Hiaskan dengan Bahan Hiasan. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.
Salah satu menu yang sangat sesuai dihidangkan di majlis rumah terbuka. Laksam tidak memerlukan cara memasak yang rumit menjadikan ia sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasanya pun sedap. Jom cuba!
RESIPI LAKSAM
BAHAN-BAHAN:
500gm (1 paket) tepung beras cap bunga teratai
500gm tepung gandum
2.3 liter air suam hangat
1/2 sudu makan garam halus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis bagi mengelakkan adunan berketul.
2. Guna tudung periuk atau loyang untuk mengukus laksam. Paling mudah guna penutup periuk. Sapu sedikit minyak di permukaan penutup periuk sebelum dituang adunan laksam tadi. Minyak perlu sapu pada kali pertama sahaja. Selepas laksam pertama masak, dah tak perlu sapu lagi untuk laksam kedua dan seterusnya.
3. Tuang adunan laksam ke atas penutup periuk dengan secukupnya. Jangan terlalu tebal.
4. Kukus selama 3-4 minit kemudian angkat. Tanda laksam dah masak ialah bila ia kelihatan sedikit menggelembung.
5. Sejukkan laksam seketika kemudian barulah boleh digulung. Jangan gulung ketika masih panas.
6. Ulang langkah sehingga semua adunan habis.
KUAH LAKSAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan sardin/selayang saiz sederhana – bersihkan, rebus dengan asam keping dan sedikit garam
1 sudu makan lada hitam – kisar
2 ulas bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
500ml santan kara
2 keping asam gelugur
Garam dan bahan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan sardin rebus, kisar dengan air secukupnya. Masukkan ke dalam periuk.
Kisar juga bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan juga ke dalam periuk bersama isi ikan kisar tadi.
Masukkan lada hitam dan asam keping. Biarkan hingga mendidih. Kacau sekali sekala supaya bahan sekata.
Seterusnya masukkan santan, garam dan perasa dengan secukupnya. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul.
Masak hingga kuah laksam mendidih. Siap!
SAMBAL CILI GARAM
BAHAN-BAHAN:
Cili kering secukupnya – dibuang biji
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan dan masak hingga mendidih. Tujuan supaya air sambal sedikit kering dan tahan lama.
Bila dah siap, boleh dihidangkan bersama laksam, kuah dan ulam-ulaman.
INFO: Sukatan laksam diatas untuk hidangan 10-12 orang. Gandakan jika nak jumlah yang lebih banyak.
Buat mereka yang menggemari masakan Cina, boleh cuba memasak menu ini. Katanya hidangan mi ni popular di Beijing. Rupa seakan-akan sama dengan hidangan popular Korea iaitu Jjajangmyeon (Korean Black Bean Noodle). Namun resepi sosnya berbeza. Zha Jiang Mian atau Chinese Fried Sauce Noodle menggunakan pes peram kacang soya kuning
Manakala Jjajangmyeon menggunakan pes peram kacang hitam. Tapi kita sedia maklum, Jjajangmyeon pun merupakan masakan cina yang popular di Korea.