Siapa suka makan tenggiri jeruk ni? Ha…Selain sedap digoreng bersama bawang dan cili, tenggiri jeruk ini juga boleh digunakan untuk masak lauk Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng dan sebagainya. Memang sedap! Tapi jika dibeli, satu botol tu harganya berbelas ringgit. Mahal kan? Sebenarnya puan-puan boleh buat tenggiri jeruk ni secara homemade. Caranya sangat mudah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Mahana Anzel Mua ni.
TENGGIRI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kepingan ikan tenggiri
Garam halus secukupnya (boleh juga guna garam kasar. Lebih elok.)
Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Ads
1. Bersihkan ikan dan lap dengan tisu bagi mengeringkan airnya. Jemur lebih kurang 4 jam.
2. Angkat ikan dan lumurkan dengan garam secukupnya. Lebih bagus jika guna garam kasar.
3. Seterusnya masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak secukupnya.
4. Ikan yang telah siap dimasukkan minyak.
Ads
5. Tutup bekas dan biarkan ikan dijeruk selama beberapa hari. Simpan diluar sahaja dan tidak perlu diletak dalam peti sejuk.
6. Untuk menikmatinya, keluarkan ikan jeruk dan masak ikut citarasa anda.
Ads
TIP:
Untuk elak lalat kerumun sewaktu dijemur, renjis sedikit cuka pada ikan.
Jika buat ikan jeruk seekor ( tanpa potong), selepas dibersihkan, terus jemur. Kemudian barulah masukkan garam dalam perut ikan.
Minyak yang digunakan untuk jeruk ikan, boleh diguna kembali untuk menjeruk ikan lain.
Walaunpun dimasak dengan cara yang cukup ringkas tapi rasanya cukup lazat. Sesuai untuk orang yang hilang selera makan kerana kuah ikan masam, manis dan pedas boleh menaikkan nafsu makan.
IKAN TERMENUNG GORENG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan temenung (cuci, kelar dan goreng)
CARA MEMASAK:
Jika suka goreng sehingga garing atau suku masak pun boleh, ikut selera.
BAHAN TUMIS:
4 biji cabai hidup dihiris nipis-nipis (banyak lagi sedap)
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
4 biji cabai melaka (boleh lebihkan jika suka pedas)
2cm halia
1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Tumis hingga layu semua bahan di atas.
Masukkn ikan dan alih-alihkan ikan hingga bahan tumis mesra.
Selepas itu masukkan air asam cair dlm 1/2 cawan.
Masukkan air 1½cawan. Perasakan dengan garam, gula secubit, serbuk perasa. Biarkan reneh seketika.
Tekak mual dengan makanan berminyak, sementelah lagi lepas raya ni ramai yang batuk-batuk menu berminyak memang kena tolak tepi dulu. Tapi korang masih boleh makan sedap dengan lima menu yang ringkas ini, sedap sesangat. Tak percaya kena cuba.
SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
BIla kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 tangkai cili merah | cincang halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 batang serai | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
Kukus semula dalam lima minit.
Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.
SALMON PANGGANG BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Untuk Salmon Panggang:
2 keping salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak zaitun
Sayuran:
Sedikit hirisan brokoli
Sedikit grisan lobak merah
Sedikit hirisan cendawan shitake
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
Panaskan ketuhar dan panggan salon dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan brokolo, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang orang jika suka.
SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau.
Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
KERABU KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN:
7- 8 batang kacang botol | hiris
1 biji bawang besar | hiris
1 batang bunga kantan | hiris
2 tangkai cili merah | hiris
3-4 tangkai cili padi | hiris
1 cawan kelapa | putih sahaja
Jus limau nipis secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan kacang botol, bawang besar, cili dan bunga kantan dalam mangkul. Gaul rata kesemuanya. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain campurkan kelapa parut bersama, garam, gula dan jus limau nipis. Gaul rata dan secukup rasa.
Seterusnya masukkan ke dalam mangkuk campuran bahan-bahan hirisan tadi.
Gaul rata dan hidangkan.
Jika belum sedia untuk dihidangkan simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sayur dan mengelakkan cepat basi.
Di Kelantan, menu nasi berlauk memang popular dan mempunyai beberapa pilihan lauk pauk. Antara yang popular ialah Gulai Ayam, Gulai Ikan Tongkol dan banyak lagi. Salah satu yang paling sedap adalah Gulai Ikan Kering @ Ikan Masin. Kena pula makan dengan nasi putih panas dan sambal belacan tumbuk. Fuhhh…Memang padu! Gulai ni pula ada macam-macam rencah dalam kuahnya. Ada timun, nanas dan cili. Lagi lama diperangat, lagi sedap! Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.