Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui. Tipnya adalah seperti berikut:-
Guna Kuali Leper Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas untuk menggoreng sahaja.
Ads
Cara Goreng
Panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur. Gunakan api sederhana sahaja, jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi telur akan hilang.
Ads
Tutup Kuali
Boleh juga tutup kuali dan biarkan beberapa minit, tujuannya supaya kuning telur boleh masak tanpa perlu dibalikan dan mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Ads
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terpulang pada cita rasa.
Senangkan kalau ikut cara yang betul ! Orang bujang boleh amalkan tip ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya popia roti! Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan menggunakan lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik — pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ini.
Untuk rasa lebih rangup, pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng popia roti. Anda juga boleh gunakan air fryer jika mahu versi lebih sihat. Simpan dalam bekas kedap udara jika ingin disejukbekukan.
Selesema menyerang lagi, tetapi anda tidak suka untuk mengambil ubat-ubatan? Tidak perlu risau kerana 7 bahan semulajadi ini boleh mengubati selesema dan ianya mudah didapati dalam dapur anda. Apa tunggu lagi? Selongkar dapur sekarang dan cari 7 bahan semulajadi ini. In Sha Allah berkesan.
Halia
Menurut University Health News (UHN), halia adalah tumbuhan herba yang secara semulajadi mampu menangani masalah selesema, muntah dan loya kerana keberkesanannya menghilangkan rasa sejuk dalaman.
Cara merawat: Ketuk halia dan masukkan ke dalam minuman panas atau air limau atau amalkan minum teh halia.
Perhatian: Jika anda mengambil ubat-ubatan untuk darah tinggi, diabetes, atau kolesterol, sila dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan halia bagi merawat selesema.
Sup Ayam
Healthlinemelaporkan sup ayam mampu mengurangkan jangkitan pernafasan seperti selesema kerana ia memperlahankan pergerakan neutrofil dalam badan. Neutrofil adalah sejenis sel darah putih yang membantu melindungi badan anda.
Cara merawat: Reneh sup ayam dengan sayur-sayuran segar, lalu makan ketika panas.
Dr William Schaffner, Pengerusi Pencegah Perubatan Vanderbilt University School of Medicine di Nashville menasihatkan penghidap selesema agar minum air masak dengan mencukupi. Selesema mampu mengakibatkan badan anda kehilangan air. Air masak boleh menstabilkan kembali suhu badan anda.
Cara merawat: Minum air masak dengan secukupnya atau gantikannya dengan jus buah-buahan. Elakkan daripada minum kafein atau minuman beralkohol!
Madu ternyata amat berkhasiat dalam menangani pelbagai penyakit kerana bersifat antibakteria dan anti-mikrob. Kajian yang diterbitkan Pediatrics melaporkan madu mampu mencair dan mengeringkan kahak malah selesema.
Cara merawat: Campur madu dalam air limau nipis atau teh herba.
Sistem imun badan anda memerlukan vitamin C untuk menentang jangkitan selesema. Kajian yang diterbitkan oleh Annals of Nutrition and Metabolism menjelaskan vitamin C yang ada dalam limau, oren, lemon, anggur, buah-buahan dan sayur-sayuran lain mampu melegakan jangkitan pada saluran pernafasan. Malah, ia juga boleh menguatkan sistem imun badan agar anda tidak mudah dijangkiti penyakit.
Cara merawat: Masukkan buah lemon dan madu dalam teh panas.
American Journal of Preventive Medicine melaporkan amalan berkumur dengan air garam mampu mencegah jangkitan pada saluran pernafasan dan meringankan sakit tekak. Hal ini kerana air garam boleh mencair dan mengurangkan mukus yang mengandungi bakteria dan virus.
Cara merawat: Masukkan ¼ sudu kecil garam dan ¼ sudu kecil baking soda ke dalam air suam, kacau dan kumur atau masukkan air ke dalam rongga hidung. Pastikan air yang ingin diguna telah dimasak.
Daun sirih terkenal dengan pelbagai khasiat untuk mengubati penyakit. Kajian membuktikan daun sirih memiliki minyak yang mengandungi phenol dan dipanggil sebagai chavicol berupaya untuk bertindak sebagai antiseptik.
Cara merawat: Ramas daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung atau rendam dan lenyekkan daun sirih dalam minyak biji sawi lalu sapukan pada dada.
Info Penting: Selain itu, anda juga digalakkan untuk mandi dengan air panas atau air suam bagi melembapkan dinding mukosa hidung lalu mencairkan hingus. Menurut petua kaum Cina pula, elakkan daripada minum susu lembu ketika selesema kerana susu lembu mampu memekatkan kahak.
Daun kari ini memang banyak kita guna dalam masakan. Lagi senang kalau kita tanam sendiri, nak masak petik saja.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari (contoh ranting dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru (5-8 hari).
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.