Rempah giling memang mempunyai rasa yang sangat enak berbanding serbuk rempah sedia guna yang banyak dijual di pasaran. Aroma serta keaslian rasanya membuatkan hidangan menjadi kegemaran ramai. Nak cuba buat rempah giling untuk masak Gulai Ikan? Saudara Muhamad Farid Omar ada kongsikan resipi perkongsian dari ibunya. Selamat mencuba dan moga bermanfaat.
RESIPI REMPAH GILING UNTUK MASAK GULAI IKAN
(NOTA: Tiada sukatan tepat. Ibu empunya resipi hanya agak-agak dan ambil sukatan guna tangan sahaja)
Ads
BAHAN-BAHAN:
Rempah biji ( biji ketumbar)
Jintan manis ( sukatannya mesti lebih banyak dari jintan putih)
Jintan putih
Lada hitam
Cili kering
Kunyit hidup/segar
Bawang merah – potong kecil
Bawang putih
CARA MEMBUAT: 1. Satukan rempah biji, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan cili kering. 2. Rendam seketika ( beberapa saat sahaja) di dalam air panas. Tapis dan toskan sampai kering airnya. 3. Untuk proses mengguling, mula-mula, giling dulu kunyit hidup hingga sedikit hancur. 4. Kemudian campur pula bahan-bahan rempah yang direndam dengan air panas tadi. Giling hingga lumat.
5. Bila rempah dah kelihatan lumat, masukkan bawang merah dan vawang putih. Giling sampai bawang lumat dan sebati. 6. Lurutkan sisa rempah pada batu giling dan bulatkan. Sedia digunakan untuk masak Gulai Ikan.
Ads
TIP & PETUA:
Ads
1. Masa giling, rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
2. Kalau rempah agak kering, boleh titiskan air masa proses giling. Sebab itu kena giling kunyit hidup terlebih dahulu kerana kunyit akan keluarkan air. 3. Teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling. Pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan ke bawah. Kalau betul teknik dia, boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis. 4. Gulai nak rasa sedap, masa akhir sekali, masukkan kepala santan (santan paling pekat dari perahan pertama). Kacau sekejap dan tutup api. 5. Gulai ni kalau masak guna periuk tanah lagi sedap dan aroma rempah sangat best.
Bila tiba hujung minggu, pasti ada rakan-rakan dan saudara mara yang nak datang berkunjung ke rumah untuk beraya. Selain biskut dan kuih muih, kebiasaannya hidangan berat seperti aneka nasi tumis jadi pilihan. Nasi-nasi ini sesuai dihidangkan dengan aneka lauk pauk seperti ayam masak merah, kari daging, kurma dan sebagainya. Anda bolehlah cuba. Sangat mudah dan hanya perlu masak guna periuk nasi elektrik.
1. NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
500gm beras
600ml air
150ml susu sejat
1 biji bawang besar ]dihiris
2 ulas bawang putih ]dihiris
5cm halia ]dihiris halus
5cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu besar tomato puri
1 batang serai ]dititik
1 helai daun pandan
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Daun ketumbar, daun bawang dan daun sup secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:-
Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, serai dan tomato puri hingga terbit wangi dan pecah minyak. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumisan tadi, garam, serbuk pati ayam, daun ketumbar, daun bawang, daun sup dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
Sedia dinikmati bersama pelbagai jenis lauk pauk.
Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun ketumbar. Selain mendapat hasil yang menarik ia juga menambah perisa kepada nasi tomato.
2. NASI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm beras
600ml air
150ml susu sejat
250gm parutan lobak merah
1 biji bawang besar ]dihiris
2 ulas bawang putih ]dihiris
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Panaskan mentega, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air, susu sejat, parutan lobak merah, bahan tumis, garam dan serbuk ayam ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
Sedia dihidang dan dinikmati dengan lauk pauk pilihan.
Info Chef: Apabila nasi telah masak, kacau dengan garfu atau ‘chopstick’ supaya nasi tidak mudah patah.Tutup suis elektrik, jangan dibiarkan senantiasa berpanas kerana nasi akan berkerak.
3. NASI BERIANI TULANG KAMBING
BAHAN-BAHAN NASI:
500gm beras basmathi
750ml air rebusan tulang
1 biji bawang besar ]dihiris
2 ulas bawang putih ]dihiris
5 cm halia ]dihiris nipis
1 sudu besar serbuk rempah beriani
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam/daging
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh air mawar
1 sudu teh kewra
1 sudu teh perwarna kuning
1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
BAHAN-BAHAN UNTUK AIR REBUSAN TULANG:
300gm tulang kambing
1liter air (atau lebih)
5cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan air rebusan tulang kambing; Rebus tulang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang di dalam satu periuk sehingga isi tulang benar-benar empuk. Anggaran masa 1-2 jam proses merebus. Air boleh ditambah dari masa ke semasa sehingga daging benar-benar lembut. Ketepikan.
Untuk menanak nasi, cuci dan basuh beras. Tapis dan ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air rebusan tulang bersama rempah-rempah yang direbus sekali, tulang kambing, air ros, air kewra, bahan tumis, garam, serbuk lada hitam dan pati ayam/daging ke dalam periuk nasi elektrik.
Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Apabila nasi telah masak, titiskan perwarna kuning pada nasi dan kacau rata.
Sedia untuk dihidang bersama lauk pilihan.
Info Chef: Sukat air rebusan tulang sehingga ukurannya menjadi 750ml. Jika air rebusan tersebut kurang daripada jumlah tersebut, bolehlah dicampur dengan air biasa. Biasanya air ros dan kewra boleh dibeli di kedai-kedai runcit India.
4. NASI KURMA
500gm beras basmathi
600ml air
150ml susu sejat
1 biji bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ]dihiris
5cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
1 sudu besar serbuk rempah kurma
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 helai daun pandan
1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
CARA MEMASAK:-
Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan serbuk kurma hingga wangi. Tutup api.Ketepikan.
Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam, serbuk pati ayam dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Hiaslah sebelum dihidang.
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk kegemaran.
Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun ketumbar selain mendapat hasil yang menarik ia juga menambah perisa kepada nasi kurma.
5. NASI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras basmathi
500ml air
250ml susu sejat
1 biji bawang besar ]dihiris
2 ulas bawang putih ]dihiris
5cm halia ]dihiris halus
5cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
1 sudu teh perwarna biru
1 sudu teh perwarna merah
1 sudu teh perwarna kuning
1 sudu teh perwarna hijau
CARA MEMASAK:
Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
Apabila nasi telah titiskan setiap warna pada keseluruhan nasi dan kacau supaya warna tadi berselerak dan hiaslah sebelum dihidang.
Sedia dinikmati bersama lauk pauk pilihan.
Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, kismis dan kacang gajus untuk mendapat hasil yang melain dan juga menambah perisa pada nasi pelangi.
6. NASI MINYAK
500gm beras basmathi
500ml air
250ml susu sejat
1 biji bawang besar ]dihiris
2 ulas bawang putih ]dihiris
5cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 susu teh garam
1 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
100 gram kismis
CARA MEMASAK:
Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam, ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
Sedia dihidang bersama lauk pauk pilihan.
Info Chef: Boleh hias dengan bawang goreng, daun bawang, kismis dan kacang gajus. Selain hidangan tambah menarik, ia juga menambah perisa pada nasi minyak.
7. NASI MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
500gm beras
750ml air
1 biji bawang besar ] dihiris
4 ulas bawang putih ] dihiris
1 susu teh garam atau secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu besar mentega untuk ]menumis
CARA MEMASAK:-
Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Panaskan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih hingga terbit wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air, bahan tumis, garam dan serbuk ayam ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
Sedia dihidang bersama lauk pilihan.
Info Chef: Apabila nasi telah masak, kacau dengan garfu atau ‘chopstick’ supaya nasi tidak mudah patah.Tutup suis elektrik jangan dibiarkan sentiasa panas
8. NASI KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
500gm beras
1 tin kecil kacang pis
750ml air (termasuk air kacang pis)
1 biji bawang besar ]dihiris
2ulas bawang putih ]dihiris
5cm kulit kayu manis
5cm halia dihiris halus
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 susu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1 helai daun pandan
Minyak untuk menumis
Bawang goreng sebagai hiasan
CARA MEMASAK:-
Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang puting, halia, kulit kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
Masukkan beras, air, bahan tumis, garam, serbuk ayam, kacang pis dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masak nasi hingga benar-benar masak.
Taburkan bawang goreng sebelum hidang.
Info Chef: Tutup suis elektrik jangan dibiarkan sentiasa panas kerana nasi akan menjadi berkerak.
9. NASI KABULI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras
500gm air
250gm santan pekat
5cm halia ]dititik
1 batang serai ]dititik
1 helai daun limau purut ]dikoyakkan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Beras dibasuh dan tapis. Ketepikan.
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk elektrik. Masaklah nasi seperti biasa.
Setelah masak, angkat dan sedia dinikmati bersama pelbagai lauk pauk.
Info Chef: Cara memasak nasi kebuli ini sama seperti memasak nasi lemak.
Milo chocolate mousse ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Kali ini RASA kongsikan resipi hidangan pencuci mulut yang ummmph.
Rasanya tak terlalu manis. Lemak berkrim je sebab menggunakan susu penuh krim. Milo dan coklat gelap pula menambah cita rasa wow.
MILO CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN
1 ¾ cawan susu penuh krim 1/3 cawan tepung jagung 60gm serbuk milo 1 sudu besar serbuk koko 2 sudu besar gula 50gm coklat masakan gelap
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali coklat masakan gelap. 2. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul. 3. Masukkan coklat masakan gelap dan kacau rata. 4. Letak atas dapur, hidupkan api dan masak menggunakan api sederhana.
5. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi sebati dan likat. Tutupkan api. 6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak masak. 7. Sejukkan seketika dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. 8. Untuk dihidang, keluarkan daripada acuan dan taburkan serbuk milo.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!