Sudah dibaja, sudah disiram..sudah digembur tanahnya tapi kenapa tanaman kita masih tidak mahu berbunga atau berbuah? Daun kekuningan dan pokok tidak bermaya.. Pernah tak anda mengalami keadaan seperti ini? Mesti pernahkan.

Secara ringkasnya plant booster ialah penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan. Iaitu gabungan bahan-bahan semulajadi yang melalui proses permentasi bersama mikroorganisma yang ada didalamnya berperanan merawat tumbuhan, tanah seterusnya merangsang tanaman menyerap nutrisi dan baja untuk pembesaran.

Simpan kulit telur, bawang dan pisang. Buat sup! Tiga kulit ini amat berkhasiat dijadikan plant booster. Bebas kimia lagi. Kaedah yang paling mudah dan tidak melalui proses pemeraman.

Buat Sup! Tiga Kulit Ini Amat Berkhasiat Dijadikan Plant Booster. Subur Terus!

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit telur
  • Kulit pisang
  • Kulit bawang

Buat Sup! Tiga Kulit Ini Amat Berkhasiat Dijadikan Plant Booster. Subur Terus!

CARA-CARA:

IKLAN
  1. Rebus ketiga bahan setengah jam.
  2. Sejukkan dan blender.
  3. Siram di pokok.
  4. Sisanya boleh diletakkan di sekeliling pokok.

Kenapa 3 Kulit Ini Sahaja?

  • Kulit telur ada kalsium. magnesium fosforus, iron sulfur. Boleh neutralkan asid dan meningkatkan kualiti tanah dan pembentukkan akar.
  • Pisang kaya kalium / potasium, fosfor penting untuk mengalakkan bunga dan pembuahan.
  • Manakala kulit bawang pula merangsang pengeluaran hormon, pucuk dan tunas baru.

Cara lain penyediaan. Kulit telur & pisang di bakar, tumbuk kasar dan blender sampai halus. Boleh disimpan lama untuk bahan tabur.

Buat Sup! Tiga Kulit Ini Amat Berkhasiat Dijadikan Plant Booster. Subur Terus! Buat Sup! Tiga Kulit Ini Amat Berkhasiat Dijadikan Plant Booster. Subur Terus!

IKLAN

Bunga rose saya mendadak subur dengan sup di atas. Sepatutnya saya ambil gambar sebelum dan selepas penggunaan baru boleh lihat dengan jelas hasilnya. Tapi terlupa dan tidak sangka ia begitu cepat bertindak dan berkesan.

Bunga dari pucuk baru yang tumbuh. Tinggi menjulang. Walaupun begitu harus di ingat plant booster bukanlah baja, jadi pembajaan berjadual mesti dilakukan seperti biasa juga. Kulit udang, tulang dan air ikan juga bagus untuk pokok ini.

IKLAN

Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired.  Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok.

Happy gardening!

Sumber: malasaad

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI