Buat Sendiri Pantri Dapur Guna 2 Rak Saja. Kemas & Jimat!

Share

Ruang pantri di dapur sememangnya sangat penting untuk menyimpan stok bahan makanan agar dapur sentiasa teratur dan tidak berselerak. Sama ada dapur kecil atau besar, pantri dapur tetap perlu ada untuk memudahkan kerja harian.

Idea Pantri Dapur Jimat Dari Nur Amani Abd Rani

Bagi yang mempunyai ruang dapur terhad, idea kreatif daripada Nur Amani Abd Rani boleh dijadikan inspirasi. Beliau membina pantri dapur sendiri menggunakan hanya dua buah rak dan beberapa bekas simpanan yang mudah didapati di pasaran.

Buat Sendiri Pantri Dapur Guna Dua Rak Ikea

Menurut Nur Amani, “Idea pantri menggunakan rak Ikea saja. Jimat sangat. Pantri ni kecil saja tapi saya happy. Saya suka susun barang, tak tidur pun tak mengapa,” katanya sambil berkongsi panduan membina pantri dapur

ringkas tetapi kemas ini.

Cara Buat Pantri Dapur Dengan Rak Ikea

  1. Gunakan dua rak Ikea yang sesuai dengan keluasan ruang dapur.
  2. Sediakan bekas, balang dan raga untuk meletakkan stok bahan makanan seperti rempah, tepung, gula dan pasta.
  3. Susun mengikut citarasa dan kategori bahan.
  4. Apabila semua bahan sudah diletakkan dalam bekas, hasilnya akan nampak lebih kemas dan praktikal. Siap!

Tip Pantri Dapur Kemas & Praktikal

  • Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, tepung, gula, pasta dan sebagainya.
  • Gunakan bekas yang seragam supaya kelihatan lebih teratur dan menarik.
  • Pastikan setiap barang dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.

Dengan cara ini, walaupun pantri dapur dibuat sendiri dan bersaiz kecil, ia tetap kelihatan kemas serta mudah diurus. Pendek kata, ruang dapur yang terhad bukan penghalang untuk memiliki pantri impian yang tersusun rapi dan sedap mata memandang.

Kredit: Nur Amani Abd Rani & Encik Roslam

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Elina